Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

14 April 2008

Wawasan/Misi/Objektif Perpustakan Negara

Wawasan

Perpustakaan Negara Malaysia sebagai pembangunan perkhidmatan perpustakaan diseluruh negara bagi menyokong pencapaian matlamat Dasar Wawasan Negara.


Misi Organisasi

Memastikan peluang saksama kepada rakyat Malaysia menikmati perkhidmatan perpustakaan dan memanfaatkan ilmu.


Objektif

  • Menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan suatu koleksi sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan;
  • Memudahkan penggunaan di seluruh negara sumber perpustakaan yang terdapat di dalam dan di luar negara; dan
  • Mengadakan kepimpinan dalam perkara yang berkaitan dengan perpustakaan.


Strategi

  • Mengemaskini dan Memperkukuhkan Fungsi dan Peranan Perpustakaan Negara Malaysia Melalui Penyusunan Semula Struktur Organisasi PNM.
  • Memartabatkan Peranan PNM Sebagai Pusat Kecemrlangan Sumber Ilmu dan Perkhidmatan Maklumat Malaysiana.
  • Mengadakan Program Pembangunan Sumber Manusia yang Menyeluruh Bagi Meningkatkan Kompetensi dan Kepakaran Anggota Perpustakaan.
  • Meningkatkan Tahap Aplikasi Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) Bagi Meningkat Pengurusan dan Pelaksanaan Sistem Maklumat Perpustakaan.
  • Mengecilkan Jurang dan Ketidaksamarataan Peluang Pencapaian dan Penguasaan Ilmu dan Teknologi di Kalangan Masyarakat Melalui Pembangunan Infrastruktur Sistem-Sistem Perkhidmatan Perpustakaan yang terancang.
  • Meningkatkan Program Penyelidikan dan Penerbitan untuk Memajukan Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat.
  • Memperluaskan Program Pembudayaan Ilmu dan Maklumat di Seluruh Negara Selaras dengan Dasar K-Ekonomi.

Perkhidmatan Teras

  • Memberi kepimpinan dalam pembangunan perpustakaan dan kepustakawanan di peringkat Kebangsaan.
  • Pengawal (custodian) repositori pemeliharaan warisan intelek negara.
  • Menyediakan perkhidmatan rujukan dan perujukan di peringkat kebangsaan; dan
  • Pembangunan Program Pembudayaan Ilmu.