Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

14 April 2008

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.


Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.

Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.

Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.

Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.

Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.

Senarai-senarai Yang di-Pertuan Agong

YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 3 Ogos 1957 - 1 April 1960
Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
Negeri: Selangor
Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960
YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT
Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 21 September 1960 - 20 September 1965
Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum
Sultan Zainal Abidin
Negeri: Terengganu
Tempoh: 21 September 1965 - 20 September 1970
YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Negeri: Kedah
Tempoh: 21 September 1970 - 20 September 1975
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
Negeri: Kelantan
Tempoh: 21 September 1975 - 30 Mac 1979
YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN
Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Negeri: Pahang
Tempoh: 26 April 1979 - 25 April 1984
Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail
Negeri: Johor
Tempoh: 26 April 1984 - 26 April 1989
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH
Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Negeri: Perak
Tempoh: 26 April 1989 - 25 April 1994
Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 26 April 1994 - 25 April 1999
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUABELAS
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
Negeri: Selangor
Tempoh: 26 April 1999 - 21 November 2001
Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 13 Dec 2001 - 12 Dec 2006

YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGABELAS (KINI)

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah Negeri: Terengganu Tempoh: 12 Dec 2006 - kini