Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

17 April 2008

KDN akan bincang dengan Wisma Putra bantu wanita dijadikan alat sindiket


17/04/2008 5:55pm

KUALA LUMPUR 17 April — Kementerian Dalam Negeri akan berbincang dengan Wisma Putra bagi membantu wanita Malaysia yang ditahan di luar negara kerana terlibat dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata pihaknya akan berhubung dengan Wisma Putra bagi memastikan mereka yang ditahan pihak berkuasa di luar negara dapat dilawati dan dihubungi oleh kedutaan Malaysia di sana.

“Melalui Wisma Putra kita boleh berhubung dengan kedutaan negara-negara yang terlibat untuk melihat keadaan sebenar wanita yang ditahan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang mendakwa 20 wanita Malaysia yang berumur awal 20-an dikurung sindiket dadah di Sepanyol.