Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

19 March 2008

SENARAI PORTFOLIO EXCO NS

Berikut adalah senarai Exco Negeri Sembilan serta portfolio masing-masing:

1. Datuk Seri Mohamad Hasan
Menteri Besar
(Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perancang, Kewangan dan Pelaburan; Tanah dan Sumber Asli; Keselamatan dan Penerangan; Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu)

2. Datuk Ismail Lasim
(Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi)

3. Ismail Taib
(Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi)

4. Mohamad Razi Kail
(Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan)

5. Zainab Nasir
(Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat)

6. Datuk Hasim Rusdi
(Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam)

7. Datuk Yunus Rahmat
(Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi)

8. Abd Samad Ibrahim
(Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan)

9. Shamsulkahar Mohd Deli
(Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Institusi Pengajian Tinggi)

10. Siow Shen Tin
(Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam)

11. VS Mogan
(Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Perladangan dan Sumber Manusia)

Kelantan umum portfolio Exco Kerajaan Negeri

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan hari ini mengumumkan portfolio 11 Ahli Exco Kerajaan Negeri yang baru, tiga daripada muka baru, selepas Pas berjaya membentuk kerajaan negeri buat penggal kelima pada pilihan raya umum, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob ketika mengumumkan senarai itu berkata, kerajaan negeri mengekalkan 11 portfolio seperti penggal lalu, namun ada beberapa perubahan daripada segi nama portfolio.

Katanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan, memegang portfolio Tanah, Perhutanan dan Sumber Asli, manakala Timbalan Menteri Besar bertanggungjawab terhadap Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah.


“Portfolio Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan yang sebelum ini dikenali sebagai Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat dipegang Datuk Husam Musa.

“Manakala Datuk Anuar Tan yang sebelum ini bertanggungjawab terhadap jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat bertukar portfolio kepada jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata, sektor pelancongan kini dimasukkan bersama Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan yang dipegang oleh Datuk Takiyuddin Hassan.

Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang sebelum ini memegang portfolio Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi berubah kepada Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah menggantikan Hassan Mahmood yang sebelum ini Exco bagi jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah.

Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman masih mengekalkan portfolionya sebelum ini iaitu Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar yang sebelum ini dikenali sebagai Kerja Raya, Infrastruktur dan Alam Sekitar.

Bagi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO pula dipegang oleh Abdul Fattah Mahmood yang sebelum ini memegang portfolio Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan.

Tiga muka baru yang dilantik sebagai Exco iaitu Dr Mohd Fadhli Datuk Hassan memegang portfolio Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi.

Ini diikuti Che Abdullah Mat Nawi yang memegang portfolio Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi menggantikan Dr Nik Mazian Nik Mohamed yang digugurkan daripada senarai Exco kali ini.

Sementara satu-satunya Exco wanita, Wan Ubaidah Omar yang menang tanpa bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang diberi tanggungjawab memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan. — Bernama

Exco Perlis dibarisi muka baru

KANGAR: Semua tujuh Ahli Exco Kerajaan Perlis yang dilantik Menteri Besar, Datuk Dr Md Isa Sabu hari ini adalah terdiri daripada muka baru.

Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pauh, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail, Sabri Ahmad (Santan), Ahmad Bakri Ali (Kayang), Abdul Jamil Saad (Sena), Mat Rawi Kassim (Beseri), Jafperi Othman (Guar Sanji) dan Yip Sun Onn (Titi Tinggi).

Mereka mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau dengan disaksikan Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Md Isa.


Semua Adun hadir di majlis itu, kecuali bekas Menteri Besar yang juga Adun Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan juga tidak menghadiri majlis mengangkat sumpah Md Isa sebagai Menteri Besar, Isnin lalu.

Ketika ditemui selepas majlis itu, Md Isa berkata, beliau akan mempengerusikan portfolio Pentadbiran, Kewangan, Perancangan, Keselamatan dan Pembangunan Luar Bandar.

Syed Razlan mempengerusikan portfolio Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sabry (Pertanian dan Industri Asas Tani), Ahmad Bakri (Pelancongan dan Kesihatan), Abdul Jamil (Belia, Sukan, Kebudayaan, Kesenian, Sumber Manusia dan Perpaduan), Mat Rawi (Tanah, Perhutanan, Alam Sekitar dan Penguatkuasaan), Jafperi (Agama Islam dan Pembangunan Hadhari) dan Yip (Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Bandar Baru).

Md Isa berkata, beliau mengundang Adun Simpang Empat, Rus’seli Eizan, satu-satunya Adun yang mewakili Pas untuk menyertai portfolio tertentu sebagai ahli jawatankuasa.

Sementara itu, Rus’seli berkata, beliau sedia untuk memberi pandangan kepada kerajaan melalui portfolio yang ditawarkan kepadanya kelak untuk kepentingan negeri dan rakyat. — Bernama

BARISAN KABINET BARU MALAYSIA 2008

18 March 2008

Kabinet lebih kecil, jawatan Setiausaha Parlimen dihapuskan

PUTRAJAYA 18 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan Kabinet yang lebih kecil selain menghapuskan jawatan Setiausaha Parlimen.

Katanya, jumlah anggota pentadbiran kerajaan kini hanya seramai 68 orang terdiri daripada Menteri dan Timbalan Menteri berbanding 90 orang, termasuk Setiausaha Parlimen, selepas pilihan raya umum 2004.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, kini hanya ada 27 buah kementerian, termasuk Jabatan Perdana Menteri, berbanding 32 kementerian empat tahun lalu.

Abdullah memberitahu sidang akhbar di sini bahawa dengan ketiadaan jawatan Setiausaha Parlimen, Menteri dan Timbalan Menteri perlu lebih aktif di Parlimen. - Utusan

16 menteri baru dalam Kabinet

Sebanyak 16 muka baru akan menganggotai Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mereka terdiri daripada:

1. Datuk Shaziman Abu Mansor, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi

2. Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan

3. Datuk Shahrir Samad, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

4. Datuk Ismail Sabri Yaakob, Menteri Belia dan Sukan

5. Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

6. Datuk Ahmad Zahid Hamid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

7. Datuk Zaid Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

8. Datuk Amirsham Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

9. Datuk Douglas Unggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

10. Datuk Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

11. Datuk Ir. Mohamad Zin Mohamed, Menteri Kerja Raya

12. Datuk Ong Ka Chuan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

13. Datuk Dr. Ng Yen Yen, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

14. Datuk Ong Tee Keat, Menteri Pengangkutan

15. Datuk Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan

16. Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam.

BARISAN KABINET BARU 2008

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

JABATAN PERDANA MENTERI

Menteri
Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz
Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Zaid Ibrahim
Datuk Amirsham A. Aziz

Timbalan Menteri
Datuk Mohd. Johari Baharom
Datuk Dr. Masitah Ibrahim
Datuk Hassan Malik
S.K. Devamany

KEMENTERIAN KEWANGAN

Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Timbalan Menteri
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanazlah
Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PERTAHANAN

Menteri
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

Timbalan Menteri
Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Menteri
Datuk Seri Syed Hamid Albar

Timbalan Menteri
Datuk Chor Chee Heung
Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Menteri
Datuk Ong Ka Chuan

Timbalan Menteri
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Datuk Hamzah Zainuddin

KEMENTERIAN KERJA RAYA

Menteri
Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamad

Timbalan Menteri
Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

Menteri
Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin

Timbalan Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Menteri
Datuk Seri Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri
Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar

KEMENTERIAN PENERANGAN

Menteri
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri
Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Menteri
Datuk Dr. S. Subramaniam

Timbalan Menteri
Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Menteri
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri
Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

Menteri
Datuk Shahrir Abdul Samad

Timbalan Menteri
Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI

Menteri
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri
Datuk Joseph Salang Anak Gandum

KEMENTERIAN PELAJARAN

Menteri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri
Dr. Wee Ka Siong
Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Menteri
Datuk Seri Khaled Nordin

Timbalan Menteri
Datuk Dr. Hou Kok Chung
Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

Menteri
Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri
Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Menteri
Datuk Douglas Unggah Embas

Timbalan Menteri
Datuk Abdul Ghapur Salleh

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Menteri
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri
Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PENGANGKUTANMenteri
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri
Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Menteri
Datuk Dr. Maximus @ Johnity Ongkili

Timbalan Menteri
Fadilah YusOf

KEMENTERIAN PELANCONGAN

Menteri
Datuk Seri Azalina Othman Said

Timbalan Menteri
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN

Menteri
Datuk Mohd. Shafie Apdal

Timbalan Menteri
Teng Boon Soon

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Menteri
Datuk Dr. Ng Yen Yen

Timbalan Menteri
Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Menteri
Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib

Timbalan Menteri
Tan Sri Joseph Kurup
Joseph Entulu Belaun

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Menteri
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri
Senator A. Kohilan Pillay

KEMENTERIAN KESIHATAN

Menteri
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri
Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Menteri
Datuk Seri Zulhasnan Rafique

Timbalan Menteri
Datuk M. Saravanan

Minda Pengarang: Kabinet baru permulaan pulih kuasa, prestasi BN



KECUALI Terengganu, negeri yang bermasalah dengan pelantikan Menteri Besar sama ada dikuasai Barisan Nasional (BN) atau pakatan pembangkang, sudah menyelesaikan kemelut itu. Semalam, Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin dan Perlis, Datuk Dr Md Isa Sabu masing-masing mengangkat sumpah jawatan. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sudah mengangkat sumpah jawatan masing-masing sebelum ini. Bila Menteri Besar Terengganu dijangka mengangkat sumpah jawatannya belum diketahui tetapi kemungkinan besar Datuk Seri Idris Jusoh akan kekal menerajui negeri itu. Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri lain juga sudah mengangkat sumpah. Jemaah Menteri dalam Kabinet Persekutuan pula dijangka mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong esok selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan senarai itu hari ini. Sudah semestinya, tumpuan seluruh negara terarah kepada siapa akan dilantik dalam Kabinet baru Abdullah setelah berjaya membentuk kerajaan di peringkat Pusat dengan majoriti mudah. Kabinet itu akan bermesyuarat buat kali pertama, yang lebih berupa suai kenal, esok. Harapan rakyat memang tinggi dan barisan Kabinet yang bakal dibentuk Perdana Menteri juga perlu terdiri daripada golongan yang benar-benar boleh menjalankan tugas dengan baik dan berkesan di samping mempunyai integriti tinggi, rekod bersih daripada masalah dan isu.

Inilah peluang terbaik Abdullah dan BN mengembalikan keyakinan rakyat dengan menyenaraikan barisan Kabinet yang kita harap memberi nafas baru untuk terus memacu negara ke arah lebih membangun walaupun memerintah tanpa majoriti dua pertiga. Selepas ini, semua wakil rakyat yang dipilih sama ada sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen hendaklah memulakan tugas dengan baik. Begitu juga barisan jemaah menteri, timbalan menteri dan Setiausaha Parlimen. Mereka perlu memikul tanggungjawab yang diamanahkan rakyat dan jangan sesekali mengabaikan tugas itu. Biarlah segala kenangan pahit dan manis sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 dijadikan iktibar. Tidak perlu lagi untuk menuding jari atau mencari ‘kambing hitam’. BN selepas ini akan mengkaji segala kelemahan yang ada dan memperbaikinya segera untuk memastikan segala kesilapan tidak berulang menjelang pilihan raya umum akan datang.

Rakyat, yang menjadi hakim setiap empat atau lima tahun sekali akan menilai prestasi setiap wakil rakyat sama ada wakil pembangkang atau kerajaan. Mereka hendaklah memberi khidmat yang terbaik dan mengelak daripada sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Rakyat kini sudah matang untuk menilai sendiri wakil rakyat mereka. Zaman retorik sudah berlalu dan rakyat lebih suka melihat wakil mereka sama ada di DUN atau Parlimen bertindak membela nasib mereka. Justeru, langkah pertama yang perlu diambil oleh wakil rakyat adalah untuk segera turun padang dan mendalami masalah rakyat di kawasan masing-masing serta menyalurkannya kepada pihak yang berkaitan bagi membolehkan tindakan segera diambil. Wakil rakyat yang sudah menang dalam pilihan raya jangan hanya menunjukkan muka sewaktu berkempen tempoh hari, dan selepas itu sudah tidak lagi turun mendekati rakyat dan bersama mereka. Sifat eksklusif yang ada pada golongan tertentu, perlu segera dihapuskan kerana seseorang wakil rakyat bukan saja mewakili kaumnya bahkan semua kaum dalam negara majmuk seperti Malaysia.




Pertumbuhan ekonomi agenda utama



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan yang dipimpinnya selepas menang majoriti mudah dalam pilihan raya umum lalu akan memberi tumpuan terhadap pertumbuhan ekonomi yang memberi keuntungan kepada semua kaum.

Katanya, keputusan pilihan raya lalu menunjukkan ada perasaan tidak puas hati sebahagian masyarakat dan memberi jaminan akan mendengar keluhan mereka dan mencari penyelesaian praktikal.

"Kita mendengar (keluhan itu). Sejak menjadi Perdana Menteri, saya sudah berusaha merapatkan pelbagai komuniti dan negara. Saya juga menentang mereka yang menggunakan isu perkauman, agama dan etnik untuk memecah-belahkan rakyat Malaysia.


"Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti berganding bahu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara progresif dan bersatu-padu," katanya dalam surat kepada Wall Street Jurnal, kelmarin.

Abdullah berkata, antara langkah awal penggal keduanya sebagai Perdana Menteri ialah mengubati perpecahan yang berlaku dalam masyarakat ketika kempen pilihan raya lalu.

"Untuk itu, kita memerlukan inisiatif baru dan konkrit, bukan sekadar retorik, bagi menyatukan rakyat dan memastikan tiada sesiapa terpinggir, tidak kira etnik Melayu, Cina atau India, supaya secara bersama menikmati kemakmuran negara.

"Kita boleh mencapai matlamat itu kerana ekonomi kita kukuh dan stabil, dengan purata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) mencapai 7.3 peratus pada suku terakhir yang lalu, tahap guna tenaga hampir penuh, rizab tukaran asing melebihi AS$100 bilion (RM320 bilion), selain kemasukan banyak pelaburan asing langsung dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan yang mencecah rekod AS$13.7 bilion (RM43.84 bilion) tahun lalu," katanya.

Abdullah berkata, beliau juga berhasrat mengekalkan Malaysia sebagai negara mesra pelabur dan pasaran bebas supaya terus menjadi tarikan untuk pelabur asing.

Katanya, dalam tempoh 12 bulan lalu beberapa syarikat antarabangsa seperti General Electric, Amerika Syarikat; Virgin Group (Britain) dan pelabur dari Timur Tengah dan China melabur di Malaysia.

Perdana Menteri juga memberi jaminan untuk terus mempertahankan kestabilan dan keselamatan negara supaya rakyat dapat berkongsi kemakmuran dan peluang ekonomi dengan selamat.

"Kita juga akan meneruskan usaha memerangi rasuah dan jenayah," katanya.

Mengenai Pilihan Raya Umum Ke-12, Sabtu lalu, Abdullah berkata, beliau kecewa dengan pengurangan saiz majoriti kerana kerajaan tidak mendapat majoriti dua pertiga.

Bagaimanapun, katanya, bagi pihak yang selama ini mempersoalkan kesahihan proses pilihan raya di Malaysia, keputusan pilihan raya lalu adalah bukti proses demokrasi di negara ini bebas, adil dan berdaya saing.

"Walaupun saiz majoriti ini dianggap besar di kebanyakan negara, hakikat bahawa ia berkurangan secara signifikan dan kekalahan di lima daripada 13 negeri menunjukkan kita perlu bekerja keras untuk mereka yang tidak berpuas hati.

"Meskipun ada pihak yang meminta saya meletak jawatan, parti saya memberikan sokongan padu kepada saya untuk meneruskan agenda membangunkan negara kami, sesuatu yang amat saya hargai," katanya.

Hak istimewa Melayu tetap kekal


Oleh Shad Faruqi

Budi bicara Yang di-Pertuan Agong alternatif kepada kehilangan majoriti dua pertiga

SELEPAS keputusan mengejutkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, ramai yang mula tertanya-tanya berkaitan soal Perlembagaan, Parlimen, hubungan antara Kerajaan Pusat-negeri dan hak keistimewaan orang Melayu.

Misalnya, ada yang bertanya apa akan jadi kepada Barisan Nasional (BN) berikutan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, apabila memperoleh cuma 140 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan atau 63 peratus sokongan dalam Dewan Rakyat.


Ini adalah pencapaian paling rendah dalam sejarah BN. Tetapi kehilangan majoriti dua pertiga sebenarnya bukan sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Keadaan serupa berlaku selepas Pilihan Raya Umum 1969. Perikatan (kini BN) hanya menang 49 peratus undi popular dan 66 peratus kerusi di Dewan Rakyat.

Tetapi ketika ini, ia melebihi 50 peratus undi popular dan 63 peratus kerusi. BN mempunyai lebih 28 Ahli Parlimen bagi mengatasi jumlah 112 majoriti mudah dan cuma kurang lapan bagi mendapat majoriti dua pertiga.

Jika mengguna pakai standard dunia, keputusan itu dianggap kemenangan yang hebat dan cukup selesa. Penyandang jawatan Perdana Menteri di United Kingdom (UK), India dan Jepun boleh bertahan dan kekal di jawatan itu, walaupun kemenangan itu lebih berkurangan.

Apa yang membimbangkan ialah kehilangan untuk mencapai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, bermakna pindaan terhadap undang-undang dan bajet mungkin tidak boleh diluluskan.

Kebimbangan ini sebenarnya tidak berasas. Secara psikologinya, kita sudah biasa dengan majoriti yang tinggi dan tiada halangan perundangan, tetapi apabila sesuatu yang ‘biasa dan sihat’ seperti majoriti 63 peratus terjadi, kita melihat akan ada bahaya.

Mengikut Artikel 62 (3) Perlembagaan Persekutuan, semua rang undang-undang biasa memerlukan majoriti mudah mereka yang hadir di Parlimen dan mengundinya. Rang Undang-Undang Kewangan memerlukan majoriti mudah. Undang-undang untuk menangani subversif mengikut Artikel 149 dan perkara berkaitan darurat mengikut Artikel 150 juga memerlukan majoriti mudah.

Ordinan Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong tidak memerlukan kelulusan Parlimen terlebih dulu atau kemudian dan kerajaan boleh bersandarkan kepada kuasa biasa ini dalam keadaan luar biasa seperti itu.

Jumlah cabang perundangan yang banyak ini yang dirangka oleh eksekutif tidak memerlukan kelulusan Parlimen terlebih dulu.

Sekiranya Perlembagaan perlu dirangka semula mengikut Seksyen 10 Jadual 13, ia memerlukan undi ‘tidak kurang separuh daripada jumlah ahli di Dewan Rakyat’. BN mempunyai lebih separuh daripada jumlah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, halangan memang wujud dalam tiga bentuk:

l Pindaan Perlembagaan mengikut Artikel 159 (3), 159 (5) dan 161E memerlukan majoriti dua pertiga dan majoriti itu tidak ada pada BN. Bagaimanapun, perlu diingat, Perikatan dulu pun tidak mempunyai majoriti dua pertiga antara 1971 hingga 1974;

l Mengikut Artikel 2 (b), jika persempadanan negeri (contohnya Selangor dan Sabah pada masa lalu) diubah, pindaan itu akan memerlukan pertimbangan Dewan Undangan Negeri;

l Dalam usaha untuk menyeragamkan undang-undang mengikut Artikel 76, misalnya hasrat Kerajaan Persekutuan untuk meminda undang-undang yang berada dalam kuasa negeri, kemudian tertakluk kepada pengecualian tertentu, maka undang-undang seperti itu mesti diterima pakai oleh Dewan Undangan Negeri.

Amat jelas, Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan akan menyokong langkah itu, tidak boleh diambil ringan.

Selain tiga perkara itu, kita juga boleh menjangka berlaku perdebatan yang hangat apabila tiba waktu perbahasan selepas bacaan kedua terhadap sesuatu rang undang-undang yang dibentangkan di Dewan Rakyat dan cadangan kerajaan itu akan melalui penelitian yang lebih rapi.

Pembangkang sudah pasti, mahukan suara mereka kedengaran di situ, tetapi akhirnya kerajaan akan mendapat apa yang mereka mahu dan kemudian melaksanakannya.

Bagaimana pula dengan kedudukan Perdana Menteri?. Secara perundangan, mana-mana ahli Dewan Rakyat yang disokong oleh majoriti mudah daripada jumlah keseluruhan ahli, layak menyandang jawatan itu mengikut Artikel 43 (2).

Tiada keperluan bahawa orang ini mesti mewakili parti terbesar atau mana-mana parti sekali pun.

Sebagai contoh, pada suatu ketika dulu, Perdana Menteri India, Indira Gandhi pernah dipecat daripada Parti Kongres pimpinannya. Pada akhir 1980-an, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berparti apabila Umno diisytiharkan haram. Namun, kedua-dua Perdana Menteri itu kekal dengan jawatan disebabkan sokongan di Parlimen.

Bagaimanapun, jika sokongan hilang, yang mengubah suasana politik dan soal perundangan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara untuk memilih orang lain yang mendapat sokongan majoriti.

Berikutan lima negeri iaitu Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang selain Kelantan kini dikuasai pembangkang, timbul pula soal berkaitan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Adalah dijangka berlaku ketegangan antara Kerajaan Persekutuan dengan lima negeri yang dikuasai pembangkang itu. Tetapi ini adalah sesuatu yang bukan luar biasa dalam sistem Persekutuan.

Apa yang perlu diingat ialah Perlembagaan Persekutuan menyediakan mekanisme yang cukup (dalam bentuk Majlis Kewangan Kebangsaan, Majlis Tanah Kebangsaan dan Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan) untuk menyelesaikan konflik itu.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, beberapa sumber hasil pendapatan dijamin masuk ke kantung negeri dan Kerajaan Persekutuan tidak berhak untuk menahan sumber kewangan itu. Sumber itu ialah pemberian ikut kepala mengikut Artikel 109; Peruntukan Jalan raya Negeri mengikut Jadual 10 dan 14, mengenai sumber pendapatan yang disebut mengikut Artikel 110 dan Jadual 9.

Sebagai tambahan, ada Tabung Simpanan Negeri mengikut Artikel 109 (6), Peruntukan bersyarat kepada negeri mengikut Artikel 109 (3) dan pinjaman. Kerajaan Persekutuan mempunyai budi bicara yang luas dalam aspek ini.

Apakah keadaan sekarang juga boleh menggugat kedudukan hak keistimewaan orang Melayu?. Mengikut Artikel 153 Perlembagaan adalah satu perlindungan terbaik dan peruntukan yang kukuh sebagai asas kepada perkara ini. Di samping majoriti dua pertiga, pindaan atau pemansuhannya akan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja. Ia bukanlah sesuatu hujah yang boleh dipermain-mainkan bagi meminda artikel ini.

Dalam hal peruntukan Perlembagaan kepada Kerajaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong adalah pelindung dan pertahanan kepada hak keistimewaan orang Melayu. Apa juga perubahan dalam keputusan pilihan raya, hak keistimewaan orang Melayu tidak akan terjejas secara perundangan.

Pada peringkat negeri, semua Perlembagaan di negeri Melayu mengandungi peruntukan yang sama seperti Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Pulau Pinang dan Melaka tidak ada seperti peruntukan mengikut Artikel 153. Tetapi dalam semua perkara di mana kuasa Pusat wujud, dasar tindakan afirmatif akan terus dilaksanakan. Saya tidak percaya Melayu perlu bimbang mengenai perkara ini.

Penulis ialah Profesor Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Barisan baru Kabinet penuhi aspirasi rakyat

Barisan baru Kabinet penuhi aspirasi rakyat


SEMINGGU sudah berlalu tetapi rakyat pelbagai lapisan masih 'berhujah dan berdebat' mengenai kejutan keputusan pilihan raya umum - baik kedai kopi, warung mamak, kantin pejabat mahupun di institusi pengajian tinggi.

Keputusan yang memberi prestasi terburuk kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam sejarah telah dihurai ramai pemerhati dan penganalisis politik, masing-masing dengan hujah dan pandangan tersendiri.

Persoalannya sekarang, rakyat tertunggu-tunggu barisan Kabinet baru yang dijadual diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seawal-awalnya, hari ini.


Adakah komposisi Kabinet yang baru ini akan lebih menawarkan perkhidmatan cemerlang dan mampu bertugas dengan lebih baik berbanding barisan terdahulu agar kesilapan lama tidak berulang.

Bagaimana pula dengan nasib perwakilan daripada parti komponen BN yang mengalami kekalahan teruk dan kehilangan begitu banyak kerusi.

Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusof, berkata parti komponen BN iaitu MCA, MIC dan Gerakan harus menerima kekalahan dan memuji tindakan sesetengah pemimpin mereka untuk berundur bagi memberi perhatian kepada parti.

Bagi beliau, jalan singkat dengan dilantik sebagai Senator bagi memudahkan perwakilan yang kalah mempunyai harapan cerah untuk tersenarai dalam barisan Kabinet bukanlah kaedah terbaik kerana rakyat sudah bersuara dengan jelas mengenai apa yang mereka mahukan.

Pada 2004, MCA menang 31 daripada 40 kerusi Parlimen yang ditandinginya dan mereka mempunyai kuota empat menteri, lapan timbalan menteri dan dua setiausaha Parlimen sebelum Parlimen dibubarkan 13 Februari lalu.

Namun, kali ini, MCA hanya menang 15 daripada 40 kerusi yang ditandingi. Selasa lalu, Presidennya, Datuk Seri Ong Ka Ting mengambil keputusan untuk menolak sebarang jawatan dalam Kabinet kerana mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha membina semula parti.

Parti Gerakan yang hanya menang dua kerusi Parlimen daripada 12 yang ditandingi juga mengumumkan tidak mahu meminta sebarang jawatan menteri Kabinet. Sebelum ini, Gerakan mempunyai satu menteri, tiga timbalan menteri dan dua setiausaha Parlimen.

MIC yang juga tewas teruk termasuk Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu dan timbalan Datuk G Palanivel hanya mempunyai tiga wakil di Parlimen kali ini. Parti kaum India itu sebelum ini mempunyai satu jawatan menteri, tiga timbalan menteri dan tiga setiausaha Parlimen.

Dr Mohammad Agus berkata, Perdana Menteri perlu mengurangkan portfolio daripada wakil parti komponen BN yang kalah bagi memberi laluan kepada muka baru yang lebih berwawasan.

"Terlalu awal untuk kita katakan komposisi Kabinet yang akan dilantik nanti tidak mampu bekerja, tetapi yang kalah portfolio mereka perlu dikurangkan, bagi memilih barisan baru perlu memberi perhatian kepada dua perkara iaitu berdasarkan parti dan negeri yang banyak menyumbang kepada kemenangan BN," katanya.

Pada pilihan raya umum minggu lalu, BN Sabah dan Sarawak memberi sumbangan besar kepada kemenangan BN iaitu di Sarawak, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) memenangi 14 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) (enam), Parti Rakyat Sarawak (PRS) (enam), Parti Progresif Demokrasi Sarawak (SPDP) (empat).

Di Sabah pula, Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) (empat), Parti Bersatu Sabah (PBS) menang tiga kerusi, Parti Maju Sabah (SAPP) (dua), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Liberal Demokratik masing-masing satu kerusi.

Mengikut komposisi pelantikan pada 2004, selain MIC, MCA dan Gerakan, Abdullah memberikan 21 jawatan menteri, 18 timbalan menteri dan 11 setiausaha Parlimen kepada Umno.

PBB mempunyai dua kuota menteri, satu timbalan menteri dan satu setiausaha Parlimen, SUPP mempunyai satu kuota menteri dan satu timbalan menteri manakala UPKO dan PBS masing-masing mempunyai satu kuota menteri. SPDP pula mempunyai satu jawatan timbalan menteri.

Dr Mohammad Agus berkata, jawatan menteri Kabinet wajar diberikan kepada parti berkenaan, tetapi kerusi mereka agak terhad di dalam Dewan Rakyat.

Beliau berkata, menteri Kabinet yang bakal dilantik perlu mempunyai ciri-ciri yang diingini rakyat seperti berketrampilan untuk memegang amanah, mempunyai rekod kerja yang baik dan yang penting tidak menafikan masalah rakyat.

"Jangan lantik mereka yang akan menafikan suara rakyat dan gagal untuk memahami hati rakyat. Bila mereka menafikan suara rakyat dengan menggunakan media ia seolah-olah memperbodohkan intelektual rakyat," katanya.

Beliau berkata, peluang perlu diberi kepada muka baru yang menang bagi membuktikan kebolehan mereka untuk menterjemahkan hasrat dan suara hati rakyat.

"Malang jika selama empat tahun negara ditadbir dengan pelbagai rancangan, tetapi rakyat tidak dapat melihat pelaksanaannya, ada (muka baru) yang harus dilihat keupayaan mereka untuk dinilai, kita perlu tindakan drastik kerana negara perlu dipacu," katanya.

Dalam satu wawancara kelmarin, Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan melantik semula menteri yang tewas, sebaliknya Kabinet baru akan dianggotai pemimpin berwibawa dan mampu melaksanakan apa yang dirancang kerajaan. - Bernama

Kemapanan ekonomi dikekalkan



BERIKUT ialah wawancara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan pengulas Bernama TV, Datuk Zuraidah Atan di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya, kelmarin. Wawancara itu menyentuh pasaran saham, keyakinan pelabur, dasar ekonomi dan projek selepas pilihan raya.

BTV: Selepas berakhirnya pilihan raya umum, kita semua tahu bagaimana keadaan pasaran saham atau bursa. Ia tidak menentu dan pasaran memerlukan sedikit keyakinan. Apakah pesanan Datuk Seri kepada pelabur.

PM:
Saya perlu memastikan mereka mempunyai keyakinan terhadap kerajaan. Itu sangat penting. Perkara pertama yang saya perlu lakukan ialah membentuk Kabinet. Saya mahu memastikan orang ramai yakin terhadap Kabinet. Sudah tentu akan ada muka baru. Pada masa sama saya mahu memastikan mengenai dasar yang telah kami laksanakan sebelum ini. Dasar yang baik, adakah kami akan teruskannya atau tidak atau adakah kami menukarnya untuk dasar lain.


Dasar yang menambat keyakinan pelabur dan komuniti perniagaan akan dikekalkan terutama dasar yang berfungsi dengan baik. Ia akan terus menjadi mesra pelabur. Sebarang insentif yang kami rasa akan merangsang lagi keyakinan, pastinya kami akan pertimbangkan, tetapi buat masa ini kami belum memikirkannya.

Bagaimana kami menangani inflasi dan kenaikan harga minyak sekarang. Apa yang kami lakukan. Ini adalah isu yang sangat besar. Saya yakin kami berupaya menangani perkara ini.

Menangani inflasi sangat penting. Pada masa sama, saya mahu melihat ekonomi kita terus dikekalkan. Kita perlu mengekalkan kemampanan ekonomi kita pada tahap tertentu. Kita akan berusaha mencapainya, saya tidak pasti bagaimana ia boleh dicapai, tetapi kita mahukan pertumbuhan ekonomi mapan pada tahap tertentu dengan mengambil kira apa juga keadaan yang kita ada, ekonomi perlu terus mapan.

Menguruskan ekonomi perlu cekap dan hubungan antara Kerajaan Malaysia dan sektor swasta perlu diteruskan. Program transformasi yang membabitkan kerajaan dan pentadbiran dan sektor swasta terutama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu diteruskan, ini benar-benar amat penting kepada saya. Kami perlu memastikan kita menikmati keselamatan dan keamanan sepanjang masa, itu merupakan prasyarat paling penting. Bagaimana kami menguruskan kerajaan, itu akan diperhati dengan berhati-hati. Apa yang kami janjikan, kami akan laksanakan. Program yang kami telah komited, kami akan laksanakan.

Projek-projek baru yang kami telah berjanji untuk dilancarkan di bawah rancangan pembangunan koridor, itu pastinya kami akan laksanakan. Jika ia membabitkan kerajaan negeri, kami akan berbincang dengan mereka. Ini yang perlu kami lakukan dan saya pasti sektor swasta berminat dan yakin dengan apa yang kami lakukan.

Kami setiap masa sedar, kemapanan ekonomi perlu dikekalkan.

BTV: Sudah semestinya ini merupakan antara yang dibimbangkan, berkaitan dengan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang. Dari sudut pandangan komuniti pelabur antarabangsa, adakah akan ada perubahan dalam dasar?

PM: Kami tidak perlu menukar dasar. Dasar-dasar yang dilancarkan telah dipertimbangkan dengan begitu teliti. Sudah tentunya kami perlu berurusan dengan negeri yang kini berada di bawah pembangkang atau dikuasai parti lain. Kami perlu membincangkannya.

Kami telah berbincang dengan Pas sebelum ini. Pas menjadi parti pembangkang yang menguasai Kelantan. Seterusnya kami perlu berbincang dengan empat lagi negeri yang kini berada di bawah parti lain. Tidak menjadi masalah kepada saya untuk berbincang dengan mereka.

Apa juga projek yang kami putuskan untuk dilaksanakan, projek yang telah diberi peruntukan dan yang kami telah komited, sudah tentu akan menjadi keutamaan untuk dilaksanakan. Tetapi jika atas alasan tertentu mereka tidak mahu projek baru, bagaimana saya boleh memaksa mereka dengan projek baru. Namun begitu, kami mengawal projek Persekutuan.

BTV: Jadi maksudnya projek dilulus Persekutuan akan diteruskan, projek yang telah diberi peruntukan dan kerajaan telah komited akan diteruskan.

PM:
Ya.

BTV: Menyentuh pelaburan asing berkaitan dengan ekuiti swasta, persoalan yang lazim akan ditanya oleh orang ialah, bagaimana pandangan Kerajaan Persekutuan jika pelabur ini melabur di negeri yang dikuasai pembangkang.

PM:
Saya tidak akan membantah. Mengapa perlu saya bantah pelaburan dari luar negara untuk melabur di negeri ini jika ada peluang. Ya tentu saja, teruskan, saya tidak akan menghalang mereka daripada berbuat demikian sekiranya ia baik untuk rakyat.

BTV: Nyata sekali, apabila kita menyentuh mengenai projek, terutama di negeri Datuk Seri sendiri iaitu Pulau Pinang seperti jambatan kedua dan monorel, adakah ia masih akan diteruskan.

PM:
Ia telahpun diluluskan dan kami telah membincangkan pinjaman dengan Kerajaan China dan pinjaman yang sangat wajar dan dengan kadar faedah yang sangat munasabah. Saya tak nampak mengapa kita tidak perlu memulakan projek jambatan kedua. Jambatan kedua perlu untuk Pulau Pinang. Ia bukan hanya bagi Pulau Pinang, tetapi bagi keseluruhan wilayah utara. Pulau Pinang merupakan hab logistik bagi koridor utara

Kita perlukan jambatan kedua. Ia baik untuk rakyat dan juga untuk ekonomi.

BTV: Bagi penggal pertama pemerintahan, keutamaan Datuk Seri ialah pertanian yang diterima dengan baik oleh rakyat. Penyusunan semula GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan sudah tentunya penubuhan pelbagai koridor ekonomi. Tetapi dengan penggal kedua sekarang, apakah yang menjadi teras utama Datuk Seri dalam rancangan ekonomi.

PM:
Macam inilah. Kami telah membangunkan banyak program sepanjang empat tahun lalu dan kami mula melaksana untuk melancarkannya. Pembangunan koridor merupakan yang terakhir akan dilancarkan. Kami telahpun melancarkannya dan oleh itu, saya tidak boleh membiarkannya dan memikirkan dasar baru lain.

Dasar-dasar telah dibentuk, program telah diputuskan, wang telah diperuntukkan. Jadi untuk 2008, banyak pelaksanaan telah dilaksanakan.

BTV: Ini adalah untuk susulan.

PM:
Ini adalah untuk susulan. Kami yakin projek yang kami lancarkan adalah projek yang baik, baik untuk ekonomi kita, baik untuk negara, baik untuk rakyat. Ia akan mewujudkan peluang pekerjaan, banyak pelabur masuk, ia akan mewujudkan kekayaan baru, peluang baru kepada kita. Tiada sebab mengapa saya harus hentikan hanya kerana sekarang kami mempunyai beberapa (negeri yang) tidak menjadi milik BN. Saya akan terus berbuat demikian. Kami perlu melaksanakannya. Terdapat tempat lain juga (di mana pembangunan perlu dilaksanakan).

Kawasan koridor pertanian kini dikuasai parti lain. Sabah masih berada di bawah Barisan, Sarawak masih di bawah Barisan, sebagai contoh.

BTV: Jadi, pertanian merupakan teras utama.

PM:
Bagi keutamaan yang telah ditentukan sebelum ini, kami telah mencapai kejayaan. Sektor pertanian mencatatkan prestasi baik bukan saja sektor perladangan tetapi juga sektor tahap ketiga. Jadi mengapa saya harus berhenti setengah jalan.

BTV: Jadi, akan ada lebih banyak teras, lebih banyak peningkatan.

PM:
Kami perlu mempunyai (peningkatan). Saya bersetuju dengan anda. Kami harus menggunakan perkataan peningkatan dan pada masa yang sama, kami mempunyai projek baru untuk dilaksanakan. Saya akan laksanakan. Terdapat banyak perkara yang kami telah kami lancarkan. Kami terus melancar tetapi bukan melaksana.

BTV: Akan ada banyak pengumuman. Saya gembira Datuk Seri berkata demikian kerana ini merupakan antara perkara yang ramai orang memperkatakannya.

PM:
Ada banyak pada 2004. Pada 2004, semasa kami datang, kami datang dengan asas manifesto yang rakyat sangat gembira dengannya. Tetapi manifesto 2004 mempunyai begitu banyak perkara yang tidak boleh dilaksanakan antara 2004 dan 2008.

Banyak perkara yang kami kata mahu lakukan, saya berhasrat melaksanakannya sehingga 2020 kerana kami mempunyai tempoh tiga rancangan pembangunan lima tahun. Kami perlu menggabungkannya. Ia permulaan fasa kedua pembangunan bagi Wawasan 2020. Dan ia perlu dilakukan selangkah demi selangkah.

Ia membabitkan beberapa program jangka panjang, beberapa masalah dan sebahagian boleh dilaksana dan diselesaikan dalam tempoh empat tahun lalu yang telah dilakukan. Begitu banyak bahagian yang kami boleh usahakan. Saya gembira untuk menyatakan bahawa rakyat masih mahukan kami.

Kita masih diberikan mandat yang baik. Sebenarnya majoriti itu kuat. Ia bukannya menjadikan kita susah untuk bekerja. Tentunya tidak. Saya tidak percaya dengan majoriti yang kurang daripada sepertiga, kita menjadi tidak berupaya atau lumpuh atau kita menjadi tidak bermaya dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

Kita boleh. Kita boleh menjadi kerajaan yang kuat, dan saya berhasrat menubuhkan kerajaan yang kuat.

BTV: Mungkin ada halangan psikologi berhubung majoriti dua pertiga.

PM:
Rakyat sudah terbiasa dengan itu (majoriti dua pertiga), tiba-tiba kita capai kurang daripada itu.

BTV: Tetapi, Datuk Seri masih mentadbir kerajaan, itu yang penting.

PM:
Saya akan mentadbir kerajaan. Saya yang bertanggungjawab.

BTV: Kita bercakap mengenai sentimen pasaran. Ia sentiasa mencerminkan keyakinan dan sebagainya. Melihat kepada ekonomi dunia, seperti yang kita sedia maklum AS telah menjadi rakan dagang kita dan negara itu kini mengalami kelembapan. Kata orang ia menuju ke arah kemelesetan. Jadi, itu akan menjejaskan kita tetapi pada masa sama, saya percaya kita ada lebihan dagangan yang kukuh. Adakah Datuk Seri berasakan ekonomi kita cukup kukuh, adakah ia berdaya tahan.

PM:
Pada dasarnya, ekonomi kita kukuh. Kita telah mempelbagaikan pasaran kita, kalau boleh saya gunakan ungkapan itu. Kita telah mempelbagaikannya. Kita tidak bergantung semata-mata kepada pasaran AS saja.

Hari ini, dari segi jumlah dagangan, dari segi peratusan, kita lebih banyak berurusan dengan Asean. Dagangan kita dengan negara-negara Asean meningkat kepada 26 peratus. Dagangan dengan AS kurang daripada 18 peratus, 16 peratus lebih. Dan kita lebih banyak berdagang dengan negara Asia Timur, dengan Jepun, China.

China juga adalah rakan dagang terbesar kita. Kita sedang membina hubungan perdagangan baru dengan India yang kita anggap sebagai rakan kongsi strategik yang sangat penting, malah sekarang lebih banyak perdagangan dengan Timur Tengah.

Jadi, kita berpuas hati. Kita berada pada kedudukan yang baik di rantau ini, yang diharapkan dapat memperlihatkan prestasi baik. Kita perlu ingat itu. Jadi, kita akan teruskan apa jua yang kita lakukan. Kita dapat mandat, tetapi kita mesti pilih apa yang terbaik untuk dimajukan, projek apa, sektor apa yang harus kita bangunkan, yang boleh memberikan kita kelebihan daya saingan, sesuatu yang berbeza daripada orang lain.

Misalnya, kalau kita bercakap mengenai pelancongan, banyak negara yang mahu menggalakkan pelancongan, betul tak, Tetapi apa yang istimewa mengenai Malaysia, apa yang unik dan berkesan mengenai Malaysia ialah kita mahu melakukannya. Ini adalah sesuatu yang kita mahu lakukan. Kita perlu memastikan kedudukan kita tetapi kita mesti lakukannya dengan cekap, barulah kita dapat pulangan terbaik daripada apa yang kita lakukan.

Kita perlu menambah baik banyak bidang. Contohnya, saya rasa (bidang) yang boleh (ditambah baik) ialah perkhidmatan kewangan Islam, ini adalah sesuatu yang merupakan bidang kepakaran kita. Kita boleh mengembangkannya, ia boleh berkembang, ia sedang berkembang hari ini. Kemudian, bidang bioteknologi. Pembangunan biotek sebagai sebuah industri. Kita berada pada kedudukan yang baik untuk melakukannya. Kita boleh lakukannya. Ini industri baru. Oleh itu, kita mesti gunakan sumber kita dan dapatkan orang yang sesuai.

Yang pentingnya, kita perlu memberi penekanan kepada pembangunan modal insan. Bagi saya, aset paling penting yang kerajaan perlu ada ialah produk yang satu ini, yang dipanggil modal insan. Kita perlu ada pengurus yang cekap, juruteknik yang cekap. Kita mesti ada orang yang pakar dalam banyak bidang, orang yang melabur dalam pengetahuan, teknik pengurusan.

Jadi, inilah orang yang membuat Malaysia bergerak. Inilah orang yang akan mempunyai kekuatan minda dan ketinggian ilmu untuk menghadapi cabaran, menghadapi masalah, kemelesetan, apa saja. (Jika) mereka cukup kuat, kita akan selamat. Jika modal insan tidak kuat, walau kelengkapan terbaik, kemudahan terbaik (sekalipun) tidak akan membantu kita. (Yang dapat membantu kita) ialah lelaki dan wanita Malaysia yang terpelajar, yang bersedia bersaing dan menang, dan cekap dalam apa yang mereka lakukan. Inilah satu perkara, satu keutamaan yang akan saya berikan perhatian.

BTV: Jadi, boleh saya andaikan ini adalah satu daripada cabaran utama yang akan dihadapi Datuk Seri dan Kabinet baru. Cabaran ekonomi, dan jangan lupa, ada juga tekanan inflasi yang mula muncul dan menjadi isu.

PM:
Ya. Inflasi. Memang menjadi satu isu. Rakyat perlu lebih berhati-hati terhadap lebih banyak perkara yang akan datang, disebabkan kenaikan harga minyak. Sebelum 2004, harga minyak AS$50 setong tetapi melonjak ke paras lebih sekali ganda. Ini bukan mudah. Situasi ini tidak mudah dihadapi, tetapi apa yang boleh kita lakukan.

Apa yang kita lakukan ialah memastikan rakyat mempunyai lebih banyak wang dalam saku mereka. Bukan hanya berikan mereka wang, tetapi mewujudkan peluang bagi mereka meraih pendapatan tambahan. Kita berikan mereka permit, lesen untuk membuka warung atau melaksanakan projek kecil, perniagaan kecil-kecilan supaya mereka boleh mendapat sedikit wang bagi keluarga mereka. Kita perlu wujudkan peluang bagi ini dan kita juga ada pembiayaan mikro. Mudah bagi mereka mendapatkan wang daripada bank untuk memastikan perniagaan kecil boleh berkembang dan menjana pendapatan. Pada masa sama, kita juga memastikan harga yang dibayar bagi perkhidmatan lain atau keperluan mereka, berada pada paras serendah mungkin.

Kita sedia maklum kita ada senarai barang keperluan yang kita kawal pada paras harga tertentu. Itu akan diteruskan. Kita akan terus mengadakan senarai ini dan memastikan jika harga meningkat, ia meningkat kerana tidak dapat dielakkan, sekurang-kurangnya ia meningkat pada kadar berpatutan.

Rumah dikenakan sewa termampu, harga termampu. Kita prihatin. Ini adalah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya. Pada masa yang sama kita perlu memastikan ekonomi kita berkembang kukuh. Kita mesti galakkan pelaburan.

Pelaburan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan. Ini amat penting. Tetapi kita perlu melatih orang kita agar dapat mengambil kesempatan daripada peluang pekerjaan yang diwujudkan. Jika mereka tiada kemahiran, apa boleh mereka buat.

BTV: Jadi, semuanya adalah soal pengagihan sumber modal insan.

PM:
Sumber-sumber mesti ada. Jika pelabur datang, kita ada sumber modal insan yang baik, pekerja yang baik, ada disiplin, ada kemahiran, serta sikap yang betul dan cekap, mereka akan datang.

BTV: Maksudnya, Datuk Seri tentunya mahu bercakap mengenai menamakan atau melantik barisan Kabinet baru, dari sudut pandangan pelabur, semua orang berminat (untuk mengetahuinya).

PM:
Semua orang berminat.

BTV: Sebab mereka akan membantu Datuk Seri memerintah Malaysia bagi lima tahun akan datang. Jadi, beberapa portfolio tertentu, khususnya, jika boleh saya kata demikian, akan diteliti, iaitu portfolio kewangan dan perdagangan. Boleh Datuk Seri beri komen mengenainya.

PM:
Mereka akan memerhati dengan teliti siapa akan ditempatkan di situ. sama ada mereka berpuas hati atau tidak, sama ada kita yakin atau tidak. Banyak perkara perlu dipertimbangkan. Tentunya semua orang ada kaedah penilaian dan sebagainya. Ada juga muka baru.

BTV: Maksud saya, sejauh manakah Datuk Seri akan mengambil kira suara rakyat.

PM:
Tentu sekali saya mesti mengambil kira suara rakyat. Mana boleh kerajaan tidak mengambil kira suara rakyat, apa yang mereka mahu. Saya melalui empat tahun lalu. Saya tahu, ada banyak perkata yang mereka fikir saya tidak buat, yang mereka ingin buat. Mereka tanya Pak Lah kenapa Pak Lah tak mahu dengar cakap mereka. Inilah antara sebab mereka memberi reaksi sedemikian.

BTV: Sekarang ini, pilihan raya, kesudahannya, kejutan, apa jua, sudah agak reda. Jadi, perkara apakah yang Datuk Seri mahu rakyat tumpukan perhatian memandangkan pilihan raya sudah berlalu.

PM:
Tumpukan perhatian kepada kerja mereka selepas pilihan raya. Pastikan kita mencapai produktiviti, keupayaan kita untuk bersaing lebih baik hari ini daripada semalam. Keazaman untuk berjaya mesti ada. Bersamalah kita. Kita akan lakukan apa yang terbaik untuk Malaysia.

BTV: Datuk Seri rasa dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan semua cabaran yang Datuk Seri hadapi, Datuk Seri agak yakin, saya pasti Datuk Seri yakin, untuk terus mengorak langkah ke hadapan.

PM:
Saya cuka cabaran. Ia membuat saya bertenaga.

Insentif pelabur kekal




Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika ditemu bual Bernama TV, kelmarin.

PM jamin senario politik sekarang tak gugat kepentingan perniagaan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan meneruskan dasar mesra perniagaan sedia ada bagi menarik pelabur dan bersedia menawarkan lebih banyak insentif untuk menarik pelaburan langsung asing.

Perdana Menteri ketika memberi jaminan itu, berkata walaupun hanya menang majoriti mudah pada pilihan raya umum minggu lalu, kerajaan BN tetap akan menjaga kepentingan mereka (pelabur) dan melaksanakan dasar yang sesuai.


Abdullah berkata, keutamaan sekarang adalah untuk membentuk Kabinet baru bagi memberi jaminan semula kepada komuniti pelaburan mengenai senario politik Malaysia dan memastikan mereka yakin dengan negara ini.

"Dasar yang menambat hati pelabur dan komuniti perniagaan akan kekal, terutama dasar yang berfungsi dengan baik," katanya ketika wawancara dengan Bernama TV yang dihoskan Datuk Zuraidah Atan di sini, semalam.

Beliau berkata, dasar sudah dibuat, program sudah diputuskan dan wang sudah diperuntukkan dan bagi 2008, banyak pelaksanaan sudah dilaksanakan.

"Bagaimanapun, perkara pertama yang perlu saya lakukan ialah membentuk Kabinet. Itu sangat penting. Sudah tentu akan ada muka baru," katanya.

Dalam wawancara terdahulu bersama Bernama, beliau berkata, barisan Kabinet baru akan diumumkan sebelum mesyuarat jemaah menteri Rabu depan.

Abdullah berkata, beliau juga akan memastikan Kerajaan Persekutuan terus mempunyai hubungan komunikasi dengan negeri dikuasai pembangkang bagi memastikan kejayaan pelaksanaan projek.

BN hanya memperoleh majoriti mudah dalam Parlimen pada pilihan raya yang baru berakhir apabila lima negeri jatuh ke tangan Pembangkang. Ia termasuk Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.

"Tidak ada masalah bagi saya untuk berbincang dengan mereka. Apa juga projek yang kami putuskan projek yang telah diberi peruntukan dan projek yang kami komited untuk melaksanakannya, sudah semestinya akan menjadi keutamaan kami untuk melaksanakan.

"Bagaimanapun jika atas alasan tertentu mereka (negeri yang dikuasai pembangkang) tidak mahu projek baru, bagaimana saya boleh memaksa mereka," katanya.

Abdullah berkata, beliau akan memastikan projek yang sudah dilaksanakan diteruskan kerana ia mewujudkan peluang pekerjaan dan membawa kekayaan baru kepada rakyat.

"Kami yakin projek yang kami lancarkan adalah projek yang baik, baik kepada ekonomi, negara dan rakyat. Tiada sebab mengapa saya harus menghentikannya hanya kerana kami kini mempunyai negeri yang tidak menjadi milik BN.

"Saya akan terus berbuat demikian (melaksanakan projek). Kami perlu melaksanakannya di tempat lain juga," katanya.

Menekankan bahawa kepentingan nasional adalah keutamaan, Abdullah berkata, beliau tidak akan menghalang pelabur asing yang mahu melabur di negeri yang dikuasai pembangkang.

"Mengapa saya perlu halang pelaburan dari luar negara untuk melabur di negeri ini sekiranya terdapat peluang. Ya tentu saja, teruskan, Saya tidak akan halang mereka daripada berbuat demikian jika ia baik kepada rakyat," katanya.

Selangor dan Pulau Pinang yang menjadi hab bagi banyak syarikat multinasional kini dikuasai oleh pembangkang.

Apabila ditanya cabaran daripada hasil pilihan raya ke atas beliau untuk terus mengorak langkah ke hadapan, beliau berkata: "saya suka cabaran. Ia membuat saya bertenaga." - Bernama

Wawancara penuh bersama Perdana Menteri di ruangan Rencana

Melayu kurang cerdik buat pilihan



SAYA bersetuju dengan pandangan beberapa penulis rencana di akhbar ini berkaitan nasib masa depan orang Melayu dan Bumiputera berikutan beberapa negeri tumbang kepada parti pembangkang pada pilihan raya umum kali ini.

Selepas melihat keputusan pilihan raya, saya akui kematangan politik di kalangan sesetengah pengundi semakin jelas. Tetapi, selepas menganalisis dengan lebih terperinci, timbul rasa sedih dan bimbang kerana negeri yang dulunya didominasi Melayu, terutama Perak dan Selangor kini berada dalam genggaman pembangkang.

Negeri yang berada di bawah kuasa komponen BN, terutama Pulau Pinang juga jatuh ke tangan DAP. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut jatuh ke tangan parti pembangkang DAP, PKR dan PAS. Mujurlah wilayah bukan negeri dan tidak ada Sultan.


Walaupun di Selangor PKR memperoleh lebih kerusi, iaitu 15 berbanding DAP 13 dan PAS lapan kerusi, DAP tetap parti dominan kerana PKR sendiri tidak dapat menubuhkan kerajaan dan terpaksa bergabung dengan parti lain.

Yang pasti, gabungan itu bukan dengan BN tetapi DAP dan Pas. Oleh itu, parti itu mempunyai kuasa dan suara besar dalam gabungan itu. Keadaan lebih buruk di Perak di mana DAP adalah parti terbesar dalam gabungan Kerajaan Perak dengan 18 kerusi diikuti tujuh (PKR) dan enam (Pas).

Hasrat wakil DAP untuk menjadi menteri besar mungkin tidak kesampaian disebabkan negeri itu diselamatkan oleh undang-undang tubuh Perak yang memperuntukkan menteri besar daripada kalangan orang Melayu beragama Islam.

Kini, DAP terpaksa mencari menteri besar boneka yang akan memerintah bagi pihak mereka.

Mungkin wakil Pas atau PKR dipilih tetapi DAP awal-awal lagi menyatakan bakal Menteri Besar Perak tidak mewakili parti tetapi mewakili semua rakyat Perak. Kenyataan ini seolah-olah memberitahu bahawa mereka sebenarnya berkuasa dengan wakil terbesar dalam gabungan Kerajaan Perak.

Keadaan paling menyedihkan ialah di Pulau Pinang di mana jika kerajaan sebelum ini pun gagal menangani masalah orang Melayu yang miskin dan terpinggir daripada arus kepesatan pembangunan negeri Pulau Mutiara ini, apatah lagi kerajaan yang kurang mesra Melayu kini memerintah dengan majoriti besar.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru awal-awal lagi menyatakan dasar DEB akan dihapuskan yang bermaksud tiada lagi keistimewaan terhadap orang Melayu di negeri itu.

Mujurlah pucuk pimpinan negeri itu melantik dua Timbalan Ketua Menteri � seorang Melayu dan seorang India dengan harapan dapat mewakili kaum masing-masing.

Keadaan di Kuala Lumpur juga agak mencemaskan apabila DAP menguasai lima kerusi Parlimen, empat PKR, manakala satu Pas, BN pula menang di satu kerusi saja.

DAP sudah menyatakan mereka akan menyokong usaha jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur dipilih melalui pilihan raya setempat.

Saya amat faham mengapa kerajaan melantik Datuk Bandar di kalangan orang Melayu adalah untuk mengimbangi kekuatan semua kaum di Kuala Lumpur agar tidak dikuasai satu kaum saja.

Kaum Cina adalah penduduk majoriti Kuala Lumpur dan dengan jelas menyokong DAP berdasarkan pilihan raya umum 2008.

Oleh itu, kita sepatutnya sudah dapat menjangkakan mengapa DAP sangat tegas ingin jawatan itu dipilih melalui pilihan raya setempat dan sudah tentu kita dapat meneka kaum mana yang akan dipilih nanti.

Pada pandangan saya, keadaan yang menyedihkan ini mungkin ada kaitan dengan sikap orang Melayu yang kurang cerdik berpolitik dan membuat pilihan.

Ia ditambah dengan kesudian orang Melayu, terutama PKR bekerjasama dengan DAP demi mencapai cita-cita masing-masing.

Harakah, lidah rasmi Pas pula banyak memberikan ruang kepada PKR dalam menyampaikan ideologi mereka.

Kini saya mula tertanya-tanya, sekiranya Datuk Seri Anuar Ibrahim betul-betul ingin memperjuangkan keadilan, kenapa tidak menyertai Pas sebaliknya memilih untuk menubuhkan parti baru yang lebih memecahkan orang Melayu.

Jika alasan ingin mendapatkan sokongan pelbagai kaum, Pas kini dikatakan mempunyai kelab kaum bukan Islam mereka sendiri.

Semua keadaan ini sebenarnya hanya menguntungkan satu pihak, iaitu DAP di ketiga-tiga negeri itu,.

Ternyata, pada Pilihan Raya Umum 2008, DAP adalah parti dianggap paling 'cerdik' berpolitik dan menggunakan kesempatan yang ada dan orang Melayu terpedaya dengan 'kecerdikan' itu.

Jika DAP menggunakan slogan 'Undi MCA sama seperti mengundi Umno/Melayu' yang sangat berjaya mempengaruhi masyarakat Cina, sebenarnya yang lebih jelas ialah 'Undi PKR sama seperti undi DAP'.

Kini parti yang didakwa tidak menerima Islam itu menguasai tiga negeri dan orang Melayu terus bersorak 'kita berjaya menumbangkan BN'. Maka, terbuktilah pepatah Melayu yang terkenal, menang sorak kampung tergadai.

Kini nasi sudah menjadi bubur. Apa pun, orang Melayu harus berfikir secara rasional dan matang pada pilihan raya akan datang supaya pisang tidak berbuah dua kali. Fikirlah masa depan anak bangsa kita dan hanya BN yang sudah berpengalaman mampu memperjuangkan nasib Melayu, kaum majoriti di negara ini.

MELAYU WARAS,
UTM, Skudai, Johor.

Demokrasi kita sukar disanggah



SEBELUM Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan, pelbagai tohmahan dan dakwaan dilemparkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk tidak telus dan mengikut telunjuk kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika menjalankan tanggungjawabnya. Namun, apabila keputusan pilihan raya diperoleh, sekali gus menyaksikan BN gagal mendapatkan majoriti dua pertiga, terdengar suara memuji dan mengakui ketelusan SPR menjalankan tugasnya. Wartawan Rohaniza Idris menemubual Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berhubung perkara itu.

BH: Bagaimana dengan perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12) kali ini? Adakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpuas hati?

WAN AHMAD:
SPR berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya yang kita sifatkan berjalan lancar walaupun ada beberapa kejadian tidak diingini berlaku seperti bot karam di Sarawak dan helikopter tidak boleh beroperasi kerana masalah cuaca di Sabah. Itu semua di luar perkiraan kita dan tidak diduga serta bukan di bawah kuasa kita. Perkara lain sama seperti pilihan raya lalu yang mana berlaku kesesakan di pusat membuang undi pada waktu pagi di beberapa kawasan di seluruh negara.


Namun, saya menganggap (kesesakan) itu sebagai petanda rakyat sedar dan keluar mengundi. Keseluruhannya berjalan lancar, tiada kejadian besar kecuali sehari sebelum pilihan raya di Terengganu, penyokong sebuah parti menghalau pengundi yang pulang ke kampung masing-masing untuk membuang undi, yang mana mereka fikir sebagai pengundi hantu. Perkara itu sudah diselesaikan dan kita jelaskan bahawa pengundi itu adalah mereka yang mahu pulang mengundi.

BH: Bagaimana dengan keputusan PRU 12 yang diumumkan agak lewat berbanding pilihan raya sebelum ini. Malah, ada keputusan yang diumumkan keesokan harinya?

WAN AHMAD:
Sebenarnya keputusan bukan lewat, tetapi kita hanya lewat buat perisytiharan. Pegawai pengurus lewat mengisytiharkan keputusan kerana kali ini kita bersikap lebih berhati-hati dan tidak mahu keputusan tidak tepat atau tidak betul diumumkan. Kita berhati-hati memastikan hanya keputusan disahkan diumumkan. Ini berdasarkan pengalaman Pilihan Raya Umum 2004, yang mana berlaku pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan keputusan yang salah sehingga ada bantahan dan petisyen di mahkamah. Kita tidak mahu perkara ini berlaku.

Dalam PRU 12, kita pastikan pejabat pilihan raya negeri menerima borang 16 sebelum menelitinya serta dijumlah dengan betul. Selepas itu, pejabat pilihan raya negeri memberikan kebenaran untuk mengumumkan keputusan kepada pegawai pengurus pilihan raya. Ini mengambil masa sedikit, kerana pejabat pilihan raya negeri kena buat penelitian dan semakan. Lebih menyukarkan jika membabitkan kawasan panas dan pertandingan sengit, kita kena berhati-hati.

Kali ini kita lihat banyak keputusan yang mengejutkan, jadi kita kena pastikan betul-betul dan tidak berlaku kesilapan. Ini semua membabitkan petugas kita, jadi ia agak lewat sedikit. Pada prinsipnya, SPR lebih berhati-hati sebelum mengumumkan keputusan, kita tidak mahu terburu-buru sehingga berlaku kesilapan yang akan membawa implikasi kurang baik kepada SPR di kemudian hari. Kita kalau boleh nak elakkan adanya petisyen dan bantahan pengundi yang tidak puas hati selepas pilihan raya.

BH: Setakat ini, berapa jumlah petisyen dan bantahan diterima?

WAN AHMAD:
Sebarang petisyen tidak puas hati calon atau sesiapa saja boleh dibuat selepas keputusan pilihan raya diwartakan. Apabila keputusan diwartakan, dalam tempoh 21 hari selepas itu, sesiapa saja boleh membuat petisyen. Individu atau parti politik yang ingin mengemukakan petisyen di mahkamah perlu menunggu sehingga keputusan diwartakan.

Kini kita Ibu Pejabat SPR menerima semua data dan dalam proses menyemak serta mengemas kini sebelum dicetak dan diwartakan. Seksyen 34 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 membolehkan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati keputusan pilihan raya memfailkan petisyen pilihan raya kepada Mahkamah Tinggi mengikut negeri bertanding. Seksyen 38(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 pula menyebut, petisyen pilihan raya hendaklah difailkan di mahkamah dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan diwartakan.

SPR akan mengumumkan tarikh pewartaan bagi membolehkan semua pihak, termasuk parti politik menyemak semua data. Sebaik diwartakan, keputusan pilihan raya sudah menjadi dokumen awam dan sesiapa saja boleh mendapatkannya sama ada di Ibu Pejabat SPR atau di pejabat SPR negeri untuk semakan.

BH: Reaksi awal umum menyatakan pilihan raya umum kali ini lebih telus dan adil terutama apabila keputusan menyaksikan pakatan pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR)-Pas-DAP meraih kejayaan besar, termasuk merampas lima negeri?

WAN AHMAD:
Pilihan raya sejak dulu telus dan adil. Sejak dulu kita memang telus malah perkara ini sudah dijelaskan dengan panjang lebar... sudah berkali-kali aspek ketelusan dan kebebasan mengundi ini kita jelaskan. Kita sudah lama meyakinkan rakyat yang pilihan raya ini telus, sejak dulu lagi. Ini kita boleh tengok dengan kemenangan parti pembangkang di beberapa negeri, malah kita kena ingat Pas sudah memerintah 18 tahun di Kelantan, begitu juga Terengganu yang pernah jatuh ke tangan Pas pada 1999. DAP pula setiap kali pilihan raya pasti ada wakil mereka menang di mana-mana kerusi sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketelusan kita sejak dulu bukannya sekarang saja. Kita percaya sejak dulu mereka gunakan isu ketelusan SPR sebagai alasan kekalahan mereka... mereka juga cuba gunakan isu pengundi hantu dan kata kita tidak telus. Ini semua sudah dijelaskan dan kita sentiasa berani menghadapi tuduhan sebegitu. Keputusan pilihan raya kali ini membuka mata dan menguatkan lagi bahawa tuduhan wujud pengundi hantu dan SPR tidak telus adalah tidak benar. Mereka yang membuat tuduhan ini mulai sedar yang SPR bukan begitu (tidak telus).

BH: Adakah kemenangan parti yang menuduh SPR tidak telus selama ini menyebabkan mereka mengubah persepsi terhadap ketelusan dan keadilan SPR.

WAN AHMAD:
Ketelusan kita tiada kaitan dengan kemenangan parti politik yang bertanding. Ini mungkin gelombang baru dan ada kaitan dengan 'trend' pengundi yang sudah bertukar selera. Mungkin pengundi mulai sedar hak mereka. Sebelum ini mereka yang keluar pengundi hanya berumur 35 tahun ke atas.

Kira-kira 1.4 juta pengundi yang berdaftar pertama kali mengundi dan dalam kelompok generasi muda. Mereka ini mungkin mempunyai selera berbeza, perkiraan dan pandangan mereka mengambil kira faktor sekeliling mereka.

Saya berpandangan banyak faktor lain mempengaruhi keputusan pilihan raya kali ini terutama kini adanya kempen menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), penggunaan internet dan siber. Semua yang dikemukakan menerusi kempen ini ditafsirkan kumpulan generasi berbeza mengikut pandangan mereka, itu sebab keputusan kali ini amat mengejutkan. Ini hanya pendapat peribadi saya.

BH: Apakah cabaran yang dihadapi SPR untuk PRU 12?

WAN AHMAD:
Cabaran paling besar adalah memastikan pilihan raya ini berjalan lancar dan berjaya. Kita berusaha memastikan persiapan pilihan raya berjalan dan diyakini rakyat. Kita juga serius kerana pilihan raya umum adalah acara yang penting dan besar kepada SPR. Satu lagi cabaran untuk meyakinkan rakyat keluar mengundi dan menerima pilihan raya sebagai proses untuk memilih pemimpin.

Syukur Alhamdulillah pada pilihan raya umum kali ini hanya kira-kira 2.5 juta daripada 10 juta pengundi berdaftar tidak keluar mengundi atau hanya 20 peratus. Pada 2004, kira-kira 73 peratus pengundi berdaftar keluar mengundi dan PRU12 menyaksikan 76 peratus membuang undi. Satu lagi cabaran adalah dakwaan mengenai pengundi hantu seperti didakwa sesetengah parti politik. Ia (pengundi hantu) hanya taktik politik mereka saja, dan mereka yang salah tafsir.

Kita sudah jelaskan kepada parti politik berkenaan bahawa pengundi boleh memilih untuk berdaftar di mana mereka bermastautin, namun ada juga yang berdaftar di kampung halaman masing-masing. Jika berdaftar di kampung halaman mereka tentunya akan balik kampung untuk membuang undi jadi mana ada pengundi hantu. Kita juga sentiasa ingatkan rakyat yang berdaftar sebagai pengundi boleh keluar mengundi, tunaikan tanggungjawab mereka.

Surat Mukhriz kpd PM