Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

14 April 2008

Malaysia cadang pusat latihan anti-terrorisme dimanfaatkan.

KUALA KLAWANG 13 April – Malaysia, yang menghadiri Dialog Asia Timur Tengah Kedua (AMED) di Sharm El-Sheikh, Mesir, mulai 5 April lepas mencadangkan supaya pusat latihan anti-terrorisme di Kuala Lumpur dimanfaatkan oleh negara-negara yang berhadapan dengan masalah terrorisme.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pandangan Malaysia agar pusat latihan anti-terrorisme dimanfaatkan itu diterima baik.

Beliau berkata, dialog dua hari itu menghasilkan beberapa keputusan, antaranya ialah merapatkan dunia Asia dengan negara-negara Arab dan bekerjasama dalam bidang anti-terrorisme.

“Kita juga telah menganjurkan supaya dunia Arab menghakis imej keburukan sebahagian daripada gelagat orang Islam yang cenderung kepada terrorisme yang diasaskan oleh Barat.

“Untuk itu kita akan mengadakan beberapa mesyuarat serantau dan pihak negara-negara Arab akan dijemput bersama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.