Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

14 April 2008

Statut 95

Kertas Statut 95 Tahun 1980
MALAYSIA

DIKEMUKAKAN DALAM DEWAN RAKYAT/DEWAN NEGARA

MENURUT STATUT

AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980

                     
MENURUT Seksyen 5 Akta Ahli Parlimen (Saraan 1980. Yang di-Pertuan Agong Akta 237
dengan ini mengarahkan supaya elaun-elaun dan keistimewaan-keistimewaan
bagi Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah
dinyatakan atas kadar-kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah ini;

1. ELAUN KERAIAN

Elaun ini layak dibayar sebanyak RM7,000 sebulan ST161/04 mdt 1.10.04

2.
KEDIAMAN RASMI


a) Disediakan rumah Kerajaan dengan penuh kelengkapan dan
diselenggarakan percuma.
b) Jika tidak disediakan rumah Kerajaan. Elaun Rumah layak dibayar
seperti berikut:

(i) jika mendiami rumah sendiri, dibayar Elaun Rumah sebanyak
RM3,000 sebulan;
(ii) jika mendiami rumah yang disewa, dibayar sewa rumah terus
kepada empunya rumah atau kepada Yang di-Pertua tetapi
tidak melebihi RM3,000 sebulan.

3. ELAUN PEMBANTU RUMAH

Layak dibayar elaun pembantu rumah secara bulanan sebanyak RM2,000 atau
dibekalkan dengan 4 orang pembantu rumah termasuk seorang tukang kebun.

4. BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK

Layak dibekalkan dengan percuma bekalan air dan elektrik bagi kediaman
rasmi atau tempat kediaman.

5. TELEFON

a) (i) Bagi Kediaman rasmi/tempat kediaman

(ii) Bayaran-bayaran pemasangan dan sewa telefon rasmi tersebut
ditanggung oleh Kerajaan.

(iii) Bayaran panggilan telefon ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.

b) Bagi Pejabat di Kawasan Pilihan raya bagi Ahli Dewan Rakyat atau tempat
kediaman asal bagi Ahli Dewan Negara.

(i) Dibekalkan dengan satu telefon talian terus.

(ii) Bayaran-bayaran pemasangan dan sewa telefon rasmi tersebut
ditanggung oleh Kerajaan,

(iii) Bayaran panggilan telefon atas urusan rasmi sebagai Ahli Parlimen
ditanggung oleh Kerajaan tertakluk kepada had maksimum
sebanyak RM200 sebulan.

c) Telefon Bimbit ST 101/01 mdt. 1.1.01

(i) Yang di-Pertua layak dibekalkan dengan suatu telefon bimbit yang
berharga tidak melebihi RM2,000 termasuk aksesori.

(ii)Semua bayaran yang perlu berhubung dengan pembelian,
pendaftaran, laluan, dsb. Ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.

(iii)Telefon bimbit itu tidak boleh digantikan lebih awal daripada 3 tahun
dari tarikh pembelian.

(iv)Yang di-Pertua bebas untuk mendaftar dengan mana-mana syarikat
telefon/telekomunikasi.

(v) Yang di-Pertua layak diberi semua kemudahan asas dan kemudahan
berbayar yang lain yang disediakan oleh syarikat telefon/telekomunikasi.

(vii) Caj bagi panggilan daripada telefon bimbit yang dilakukan
berkenaan dengan urusan rasmi ditanggung oleh Kerajaan, tertakluk
kepada maksimum sebanyak RM500 sebulan.
6. ELAUN HIDUP HARIAN SEMASA BERTUGAS RASMI

a) Elaun ini dibayar atas kadar RM175 bagi tiap-tiap 24 jam atau sebahagian
darinya, sekiranya tugas rasmi tersebut dilakukan di luar Kuala Lumpur iaitu
di luar lingkungan 32 km (20 batu dari pejabat tempat bekerja). ST 172/2003 mdt.1.10.20O3
      b) Sekiranya tugas  rasmi tersebut dilakukan di luar Malaysia, elaun ini dibayar 
atas kadar RM300 bagi tiap-tiap 24 jam atau sebahagian darinya.


7. PERBELANJAAN MAKAN SEMASA BERTUGAS RASMI

a) Perbelanjaan Makan yang sebenar disokong dengan resit layak dituntut
semasa menjalankan tugas rasmi di luar Kuala Lumpur iaitu di luar lingkungan
32 km (20 batu) dari pejabat tempat bekerja.


b) Jika bertugas rasmi di luar Malaysia, Perbelanjaan Makan yang sebenar
disokong dengan resit layak dituntut.

8. SEWA HOTEL/ELAUN LOJING SEMASA BERTUGAS RASMI

a) Bayaran Sewa Hotel semasa bertugas rasmi di luar Kuala Lumpur iaitu di luar
lingkungan 32 km (20 batu) dari pejabat tempat bekerja dan memerlukan
bermalam di luar tempat kediaman, adalah atas perbelanjaan sebenar
termasuk bayaran perkhidmatan (service charge) dan cukai perkhidmatan
yang terwajib berkaitan dengan sewa hotel itu dan hendaklah disokong
dengan resit.

b) Bayaran Sewa Hotel semasa bertugas rasmi di luar Malaysia adalah
sebanyak perbelanjaan sebenar dan hendaklah disokong dengan resit. Bayaran
perkhidmatan (service charge), cukai dan lain-lain bolehlah dikira sebagai
sebahagian dari kadar bayaran sewa hotel itu.
9. BELANJA PELBAGAI

Belanja Pelbagai bagi perjalanan semasa menjalankan tugas rasmi layak
dituntut seperti berikut:

a) tambang pengangkutan awam jika tidak menggunakan kereta rasmi;

b) bayaran telefon dan telegram atas urusan rasmi;

c) belanja dobi yang disokong dengan resit semasa menginap di hotel;

d) bayaran cukai lapangan terbang yang disokong dengan resit;

e) bayaran "excess baggage" untuk barang-barang rasmi yang disokong
denqan resit:

f) bayaran tempat letak kereta dan bayaran "toll" yang disokong
dengan resit;

g) 3% daripada jumlah tuntutan perjalanan di luar Malaysia sebagai ganti
rugi berkaitan penukaran mata wang asing.

10. BAYARAN "TIPS" SEMASA BERTUGAS RASMI DI LUAR MALAYSIA

Bayaran bagi perbelanjaaan "tips" semasa bertugas rasmi di luar Malaysia
layak dituntut sebanyak seperti berikut:

a) tidak melebihi RM200 sehari; atau
b) jika tinggal di rumah kediaman rasmi yang disediakan
oleh negara yang menjadi tuan rumah, sebanyak
perbelanjaan "tips" yang sebenar dibayarkan.
11. KELAYAKAN PERJALANAN                       

a) Bagi perjalanan rasmi dengan menaiki kapal terbang,
Yang di-Pertua dan juga isteri (jika mendapat
kebenaran) layak dibekalkan tiket kapal terbang kelas satu.

b) Yang di-Pertua layak dibekalkan dua Pas Keretapi Percuma bagi
kelas satu termasuk tempat tidur bagi diri sendiri dan isteri.

c) Bagi perjalanan yang menggunakan feri, keutamaan istimewa
adalah diberi.

12. KERETA RASMI

a) Kereta rasmi, jenis Proton Perdana V6 Executive ST. 101/01 mdt. 1.1.01
Standard Edition, yang dilengkapi dengan radio dan pendingin
udara, hendaklah dibekalkan. Kereta rasmi yang dibekalkan ini
tidak boleh digantikan lebih awal daripada sekali dalam tiap-tiap
empat tahun.

b) Yang di-Pertua diberi keistimewaan, sekali dalam perkhidmatannya
dengan Kerajaan, untuk membeli kereta yang pernah digunakannya
sebagai kereta rasmi mengikut terma-terma dan syarat-syarat yang
ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Kereta itu hanya boleh dibeli
pada masa Yang di-Pertua menamatkan perkhidmatannya.

13. PEMANDU KERETA

a) Elaun Pemandu Kereta

Yang di-Pertua layak dibayar Elaun Pemandu Kereta Bulanan ST. 101/01 mdt. 1.1.01
bersamaan dengan gaji dan syarat-syarat
perkhidmatan pemandu
kereta Kerajaan bagi seorang pemandu kereta termasuk apa-apa
faedah kewangan seperti yang dibayar atau diberikan kepada
pemandu kereta Kerajaan atau layak dibekalkan dengan seorang
pemandu kereta Parlimen.

b) Elaun bagi membekalkan pakaian seragam

Jika tidak dibekalkan dengan pemandu kereta Parlimen, Yang di-Pertua
layak diberi peruntukan bagi tujuan membekalkan pemandu kereta
dengan:

(i) 3 pasang pakaian seragam baju/seluar;
(ii) 2 pasang kasut.

c) Elaun Makan/ Elaun Harian bagi pemandu kereta ST.172/2003 mdt.1.6.2003

Jika Yang di-Pertua menggaji pemandu kereta sendiri bagi kereta rasmi
itu dan menggunakan pemandu kereta itu bagi memandu kereta rasmi
semasa menjalankan tugas rasmi di luar pejabat tempat bekerja, Yang
di-Pertua layak menuntut Elaun Makan atau Elaun Harian bagi pemandu
kereta itu bersamaan dengan Elaun Makan atau Elaun Harian bagi
pemandu kereta Kerajaan mengikut terma-terma dan syarat-syarat
seperti yang terdapat dalam Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan
atau apa-apa pindaan kepadanya.
     d) Elaun bagi bayaran  Sewa Hotel/Elaun Lojing bagi pemandu  kereta                              ST.172/2003 mdt.1.6.2003

Jika Yang di-Pertua menggaji pemandu kereta sendiri bagi kereta
rasmi itu dan menggunakan pemandu kereta itu bagi memandu
kereta rasmi semasa bermalam menjalankan tugas rasmi di luar
pejabat tempat bekerja, Yang di-Pertua layak menuntut Bayaran
Sewa Hotel atau Elaun Lojing bagi pemandu kereta itu bersamaan
dengan Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing bagi pemandu kereta
Kerajaan mengikut terma-terma dan syarat-syarat seperti yang terdapat
dalam Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan atau apa-apa pindaan
kepadanya.

e) Elaun Caruman Syer Majikan kepada K.W.S.P.

Elaun Caruman Syer Majikan kepada K.W.S.
P. bersamaan dengan
caruman bulanan majikan yang telah dibayar oleh Yang di-Pertua bagi
faedah pemandu kereta rasminya layak dituntut kembali sebagai
elaun bulanan.
      f) Elaun Sagu hati Pemandu Kereta Rasmi.


Elaun Sagu hati Pemandu kereta Rasmi layak dibayar kepada
Yang di-Pertua bagi faedah pemandu kereta rasminya atas syarat-syarat
dan perkiraan seperti berikut:


(i) pemandu kereta rasmi yang layak ialah yang akhir berkhidrnat
dengan Yang di-Pertua pada tarikh tamat perkhidmatan atau
kematian Yang di-Pertua sewaktu dalam perkhidmatan;

(ii) banyaknya Elaun Sagu hati Pemandu Kereta Rasmi Yang layak
dibayar ialah bersamaan dengan 17 1/2% daripada elaun
bulanan pemandu kereta rasmi yang akhir dibayar kepada
Yang di-Pertua bagi tiap-tiap bulan perkhidmatan yang tidak
terputus oleh pemandu berkenaan;

(iii) caruman syer majikan kepada K.W.S.P. serta faedah atasnya
hendaklah ditolak daripada jumlah Elaun Sagu hati Pemandu
Kereta Rasmi itu sebelum bayaran dilakukan;

(iv) Elaun ini adalah layak dibayar kepada Yang di-Pertua selepas
tamat perkhidmatannya atau terus kepada pemandu kereta
rasmi berkenaan jika Yang di-pertua telah meninggalkan dunia
semasa dalam perkhidmatannya.

14. ELAUN PAKAIAN PANAS

Yang di-Pertua yang menjalankan tugas rasmi di luar Malaysia di negara
beriklim sederhana adalah layak menuntut Elaun Pakaian Panas atas
kadar RM 2,000 sekali dalam tempoh 3 tahun, dengan syarat tuntutan
tersebut dibuat sebelum pergi ke luar Malaysia atau selewat-lewatnya
satu bulan selepas balik ke Malaysia.

15. ELAUN PAKAIAN RASMI ISTIADAT

Elaun Pakaian Rasmi Istiadat layak dibayar sebanyak RM1,000
sekali dalam tempoh 3 tahun.

16.KEMUDAHAN MERAIKAN PELAWAT


Yang di-Pertua diberi kernudahan meraikan pelawat atas kadar-kadar
dan syarat-syarat seperti berikut;

a) Bagi Makan Tengahari ST.172/2003 mdt.1.10.2003

Tidak melebihi RM 65 bagi seorang pelawat termasuk kos minuman.

b) Bagi Makan Malam ST.172/2003 mdt.1.10.2003

Tidak melebihi RM90 bagi seorang pelawat termasuk kos minuman

c) Bayaran perkhidmatan (service charge) cukai dan lain-lain bayaran
yang diwajibkan berhubung dengan perenggan kecil (a) (b) di atas
bolehlah dikira sebagai tambahan kepada kadar maksimum.

d) Erti kata "pelawat" ialah orang-orang kenamaan atau rombongan
rasmi baik dari luar Malaysia ataupun dalam negeri yang diakui
terwajib diraikan secara rasmi berkaitan dengan urusan Kerajaan.
17. SURAT-MENYURAT

Layak menghantar surat atas urusan rasmi sebagai Ahli Parlimen secara
percuma di dalam Malaysia menurut peraturan seperti ditetapkan oleh
Jawatankuasa Dewan Parlimen.

18. WARTA KERAJAAN

Dibekalkan percuma di pejabat Kawasan Pilihan raya bagi Ahli Dewan Rakyat
atau tempat kediaman bagi Ahli Dewan Negara satu naskhah Warta Kerajaan
Persekutuan bagi tiap-tiap keluaran semasa.

19. LENCANA KERETA

Satu lencana kereta percuma layak dibekalkan untuk digunakan menurut
arahan Jawatankuasa Dewan Parlimen.

20. LESEN PERCUMA SENJATA API

Lesen percuma bagi satu senjata api yang didaftarkan atas nama sendiri
adalah dibekalkan.

21. LESEN PERCUMA KERETA MOTOR

Satu lesen percuma kereta bermotor layak dibekalkan bagi sebuah kereta
yang didaftarkan atas nama sendiri.

22. KAD YANG DI-PERTUA

Satu Kad Yang di-Pertua percuma layak dibekalkan untuk digunakan menurut
arahan Jawatankuasa Dewan Parlimen.

23. CUTI REHAT


Bagi setahun perkhidmatan, Yang di-Pertua layak mendapat
cuti rehat sebanyak 30 hari tidak termasuk hari-hari
kelepasan mingguan atau hari cuti am. Dengan kebenaran Perdana Menteri,
baki cuti rehat boleh dibawa ke tahun berikutnya dengan syarat jumlahnya
bagi sesuatu tahun berkenaan menjadi tidak melebihi kelayakan cuti bagi
2 tahun.

23A. KEMUDAHAN CUTI LAUT REHAT DI SEBERANG

a) Yang di-Pertua layak mendapat kemudahan tambang berbayar untuk
bercuti rehat di seberang laut sekali dalam tiap-tiap tahun, iaitu ST 30/97 mdt 1.1.1996
tambang kapal terbang kelas satu untuk 2 orang dan kelas ekonomi
untuk 3 orang anak tanggungan tetapi kemudahan itu tidak boleh
melebihi tambang bagi perjalanan pergi balik di antara Kuala Lumpur
dan London.

b) Yang di-Pertua boleh dibayar sebanyak RM 600 sehari bagi bayaran
penginapan, tanpa bukti resit, bagi cuti rehat di seberang laut.

c) Kemudahan ini hendaklah diberikan setelah perkhidmatan
Yang di-Pertua genap setahun.

24. KEMUDAHAN PERUBATAN


a) Diberi kemudahan rawatan dan perubatan secara percuma,
dikecualikan daripada bayaran wad di hospital-hospital serta
klinik-klinik Kerajaan dan berkelayakan mendapat tempat di dalam
wad kelas satu bilik khas (jika ada kosong); melainkan di dalam
keadaan kecemasan di mana Yang di-Pertua itu terpaksa
mendapatkan rawatan dan perubatan di sesuatu hospital atau
klinik swasta (tetapi tidak termasuk rawatan pergigian), bayaran
mengenainya serta bayaran wad akan dibayar balik oleh Kerajaan.

b) Ketika berada di luar Malaysia semasa menjalankan tugas rasmi,
Kerajaan akan membayar balik sepenuhnya bayaran rawatan dan
perubatan termasuk bayaran wad di hospital tetapi tidak termasuk
rawatan pergigian.

c) Yang di-Pertua yang memerlukan rawatan khas di luar Malaysia layak
mendapat kemudahan atas syarat-syarat yang sama seperti dinikmati
oleh pegawai Kerajaan.

d) Kemudahan perubatan ini dipanjangkan juga kepada keluarga Yang
di-Pertua. Bagi maksud ini keluarga bermakna:

(a) isteri atau suami;
                          (b) anak yang  ditanggung sepenuhnya oleh Yang di-Pertua
dan berumur di bawah 21 tahun kecuali anak-anak yang
daif disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani yang
mana had umur ini tidak dipakai.


25. PINJAMAN KERETA ST.17 2/2003 mdt.1.10.2003

a) Yang di-Pertua layak memohon pinjaman kereta sehingga maksimum
RM100,000 bagi pembelian kereta nasional atau RM60,000.00 bagi
pembelian kereta lain daripada kereta nasional untuk sekali dalam
tempoh 5 tahun dengan dikenakan bayaran perkhidmatan 4% setahun
yang dikira atas baki bulanan yang belum selesai.

b) pinjaman dan bayaran perkhidmatan hendaklah dibayar balik dengan
bayaran yang sama banyak jumlahnya pada tiap-tiap bulan dalam
masa tidak melebihi 60 bulan bagi sebuah kereta yang baru dan
bulan bagi kereta yang sudah dipakai atau sebelum tamat tempoh
perkhidmatan sebagai Yang di-Pertua.

c) Syarat-syarat dan peraturan-peraturan lain mengenai pinjaman kereta
bagi Yang di-Pertua adalah seperti ditetapkan oleh Jawatankuasa
Dewan Parlimen.
26. PINJAMAN PERUMAHAN
   a) Yang di-Pertua layak  memohon pinjaman perumahan sehingga                                ST.172/2003mdt.1,10.2003  
maksimum RM400,000 bagi maksud- maksud seperti berikut:
                  (i) membeli tanah dan rumah yang telah siap dibina;


(ii) membina rumah di atas tanah sendiri;


(iii) membeli tanah dan terus membina rumah;


(iv) menyelesaikan pinjaman wang perumahan atau baki pinjaman
yang diambil dari bank atau punca-punca lain yang disahkan
oleh Kerajaan;


(v) membeli tanah sahaja dengan syarat kadar pinjaman adalah
separuh daripada kelayakannya. Baki pinjaman layak diberi
apabila hendak mendirikan rumah atas tanah itu.

b) Pinjaman perumahan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 4%
setahun yang dikira atas baki bulanan yang belum selesai.
     c) Tempoh pembayaran balik adalah seperti berikut:


(i) bagi jenis pinjaman tersebut di (a) (i), (ii), (iii) dan (iv), tempoh
pembayaran balik adalah tidak melebihi 25 tahun;

(iii) bagi membeli tanah sahaja, tempoh pembayaran balik adalah
tidak melebihi 12 tahun.

d) Pinjaman perumahan adalah juga bagi memperbaiki rumah dan
kelengkapan rumah yang dipasang tetap.

e) Syarat-syarat dan peraturan-peraturan mengenai pinjaman perumahan
adalah seperti dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5/1980.

27. PERBELANJAAN MENGENAI MEMEGANG/
MELEPASKAN JAWATAN.

Apabila Yang di-Pertua Dewan Negara atau Yang di-Pertua Dewan Rakyat
mula memegang jawatan ataupun semasa melepaskan jawatan sebagai
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, perbelanjaan-perbelanjaan layak dituntut
seperti berikut:

a) Tambang kapal terbang Kelas satu dari tempat mastautinnya ke Kuala Lumpur
(apabila mula memegang jawatan) dan dari Kuala Lumpur ke tempat
mastautinnya (apabila melepaskan jawatan) bagi diri dan isterinya. Bagi
anak-anak dan orang gaji yang diperlukannya layak menuntut tambang kapal
terbang kelas ekonomi, atau perbelanjaan pengangkutan awam atas
kadar sebenar.
     b) Perbelanjaan pengangkutan dan bungkus membungkus  termasuk upah  
buruh, bayaran stor, insurans dan apa-apa perbelanjaan lain yang perlu
ditanggungnya untuk mengemas dan menjaga keselamatan barang-
barangnya layak dituntut atas kadar sebenar.
     c) Layak menuntut atas kadar sebenar tambang pengangkutan kerana
membawa kenderaan kepunyaannya sendiri dari tempat mastautinnya
ke Kuala Lumpur apabila mula dilantik atau dari Kuala Lumpur ke tempat
mastautinnya apabila melepaskan jawatan.
     d) Layak menuntut Perbelanjaan Makan dan Sewa Hotel atas  kadar sebenar
bagi dirinya, keluarga dan orang gajinya sebelum berlepas ke Kuala Lumpur
dan sesudah sampai di Kuala Lumpur dan sebaliknya apabila melepaskan
jawatan. Dengan syarat bagi tempoh menginap di hotel, Elaun Rumah
tidak akan dibayar.

27A. PINJAMAN KOMPUTER ST. 101/01 mdt. 1.1.01

Yang di-Pertua layak diberi pinjaman komputer mengikut amaun,
terma-terma dan syarat-syarat yang terdapat dalam Pekeliling/Surat
Pekeliling Perbendaharaan mengenai Pinjaman Membeli Komputer bagi
anggota perkhidmatan awam.