Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

11 April 2008

Petikan dari Kayangan

Mari kita mencecah bumi mencari ganjaran mempertingkatan prestasi Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan Majlis Anugerah Citra Wangsa Malaysia untuk meraikan perbadanan dan orang perseorangan daripada sektor swasta, awam dan pendidikan yang menggunakan Bahasa Malaysia dengan kreatif dalam bidang masing-masing. Di sini, saya mengemukakan petikan dua orang wakil sebuah syarikat iklan yang menerima anugerah tersebut kerana menghasilkan iklan Nespray yang bermutu.


"Sebilangan daripada mereka yang terlibat dalam industri ini mempunyai tanggapan salah bahawa Bahasa Melayu mengehadkan daya kreatif...mereka tidak sedar bahawa bahasa itu jiwa sesuatu bangsa."---Tun Khalidah Tun Khalid, Pengarah Kreatif Bersekutu McCann Erickson (M) Sdn. Bhd.


"Kami di Malaysia komited kepada penggunaan Bahasa Kebangsaan untuk mencapai semua bangsa. Bahasa Malaysia mempunyai perbezaan halusnya yang tersendiri yang senang difahami."---Tony Savarimuthu, Ketua Pegawai Eksekutif McCann Worldgroup.