Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

13 April 2008

Sekretariat selaras 2,000 pemantau harga ditubuh

JOHOR BAHRU 13 April – Sebuah sekretariat diwujudkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menyelaras tugas 2,000 pegawai pemantau harga yang dilantik oleh Majlis Harga Barangan Negara.

Menterinya, Datuk Shahrir Abd. Samad berkata, sekretariat tersebut akan diketuai seorang pengarah dan dijangka memulakan tugas mereka pada Jun ini.

"Mereka telah menjalani temuduga pengambilan pada bulan lalu setelah jawatan itu diluluskan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Derma Darah dan Organ anjuran bersama Kelab Rotary dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) di Plaza City Square di sini hari ini.

Menurut beliau, pegawai berkenaan akan bertanggungjawab memantau semua barangan keperluan di seluruh negara termasuk beras bagi memastikan bekalan mencukupi di pasaran.

"Walaupun diletakkan di bawah KPDNHEP, tugas dan tanggungjawab mereka berasingan daripada pegawai penguat kuasa sedia ada,'' katanya.