Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

11 April 2008

PERMOHONAN SEMAK SEMULA MATA PELAJARAN / KES ‘T’

PANDUAN PERMOHONAN

1. Permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Borang Semak Semula SPM 2007.
2. Borang Semak Semula SPM 2007 boleh didapati di sekolah, Sektor/Unit Penilaian & Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri, di Kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Malaysia Putrajaya atau melayari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my/lpm/)
3. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan borang ini tidak akan diproses.
4. Borang Semak Semula SPM 2007 yang telah lengkap diisi bersama dengan dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar terus ke Lembaga Peperiksaan.
5. Kadar Bayaran Semak Semula ialah RM 50.00 bagi satu mata pelajaran.
* Kes ‘T’ tidak dikenakan bayaran.
6. Bayaran hanya boleh dibuat dengan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf sahaja. Wang tunai atau cek persendirian tidak diterima.
7. Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf hendaklah ditulis atas nama Pengarah Peperiksaan.
8. Sila sertakan dua (2) sampul surat beralamat sendiri 11 cm x 22 cm dan lekatkan setem 50 sen.
9. Sila tulis perkataan “SEMAK SEMULA SPM” atau “KES T” pada sudut atas kiri sampul surat permohonan dan kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada borang permohonan supaya tidak tercicir.
10. Borang permohonan yang diterima sebulan selepas pengumuman rasmi keputusan SPM 2007 tidak akan diproses.
11. Keputusan permohonan semak semula akan dimaklumkan dalam tempoh tiga ( 3 ) bulan daripada permohonan diterima.
12. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

Pengarah Peperiksaan,
Lembaga Peperiksaan Malaysia,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 8, Blok E 11,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
(U.P. Unit Peperiksaan SPM)

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN SEMAK SEMULA SPM 2007 DI SINI
(Tips : Untuk membuka fail Word Document ini pada paparan yang baru, sila Klik Kanan Tetikus pada pautan(link) dan klik Open link in New Tab (bagi pengguna Mozilla Firefox) atau Open in New Window (bagi pengguna Internet Explorer). Untuk menyimpan fail PDF tersebut, klik kanan dan klik pada Save Target As atau Save Link As).