21. KEMUDAHAN PERUBATAN a) Diberi kemudahan rawatan dan perubatan secara percuma, dikecualikan daripada bayaran wad di hospital-hospital serta klinik- klinik Kerajaan dan berkelayakan mendapat tempat di dalam wad kelas satu bilik khas (jika ada kosong); melainkan di dalam keadaan kecemasan di mana Timbalan Yang di-Pertua itu terpaksa mendapatkan rawatan dan perubatan di sesuatu hospital atau klinik swasta (tetapi tidak termasuk rawatan pergigian), bayaran mengenainya serta bayaran wad akan dibayar balik oleh Kerajaan. b) Ketika berada di luar Malaysia semasa menjalankan tugas rasmi, Kerajaan akan membayar balik sepenuhnya bayaran rawatan dan perubatan termasuk bayaran wad di hospital tetapi tidak termasuk rawatan pergigian. c) Timbalan Yang di-Pertua yang memerlukan rawatan khas di luar Malaysia layak mendapat kemudahan atas syarat-syarat yang sama seperti dinikmati oleh pegawai Kerajaan. d) Kemudahan perubatan ini dipanjangkan juga kepada keluarga Timbalan Yang di-Pertua. Bagi maksud ini keluarga bermakna: (a) isteri atau suami; (b) anak yang ditanggung sepenuhnya oleh Timbalan Yang di- Pertua dan berumur di bawah 21 tahun kecuali anak-anak yang daif dtsebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani yang mana had umur ini tidak dipakai. 22. PINJAMAN KERETA a) Timbalan Yang di-Pertua layak memohon pinjaman kereta ST 173/2003 mdt. 1.10.2003 sehingga maksimum RM100,000 bagi pembelian kereta nasional atau RM60,000 bagi pembelian kereta lain daripada kereta nasional untuk sekali dalam tempoh 4 tahun dengan dikenakan bayaran perkhidmatan 4% setahun yang dikira atas baki bulanan yang belum selesai. b) Pinjaman dan bayaran perkhidmatan hendaklah dibayar balik dengan bayaran yang sama banyak jumlahnya pada tiap-tiap bulan dalam masa tidak melebihi 60 bulan bagi sebuah kereta yang baru dan 48 bulan bagi kereta yang sudah dipakai atau sebelum tamat tempoh perkhidmatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua. c ) Syarat dan peraturan lain mengenai pinjaman kereta bagi Timbalan Yang di-Pertua adalah seperti ditetapkan oleh Jawatankuasa Dewan Parlimen.
23. PINJAMAN PERUMAHAN ST 147/02 mdt. 1.7.02
a) Timbalan Yang di-Pertua layak memohon pinjaman perumahan sehingga ST 173/2003 mdt.1.10.2003 maksimum RM400,000 bagi maksud-maksud seperti berikut:
(i) membeli tanah dan rumah yang telah siap dibina;
(ii) membina rumah di atas tanah sendiri;
(iii) membeli tanah dan terus membina rumah;
(iv) menyelesaikan pinjaman wang perumahan atau baki pinjaman yang diambil dari bank aiau punca-punca lain yang disahkan oleh Kerajaan;
(v) membeli tanah sabaja dengan syarat kadar pinjaman adalah separuh daripada kelayakannya. Baki pinjaman layak diberi apabila hendak mendirikan rumah atas tanah itu. b) Pinjaman perumahan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 4% setahun yang dikira atas baki bulanan yang belum selesai. c ) Tempoh pembayaran balik adalah seperti berikut: (i) bagi jenis pinjaman tersebut di (a) (i), (ii), (iii) dan (iv). tempoh pembayaran balik adalah tidak melebihi 25 tahun;
(ii) bagi membeli tanah sahaja, tempoh pembayaran balik adalah tidak melebihi 12 tahun. d) Pinjaman perumahan adalah juga bagi memperbaiki rumah dan kelengkapan rumah yang dipasang tetap. e) Syarat-syarat dan peraturan-peraturan mengenai pinjaman perumahan adalah seperti dalam Pekeliiing Perbendaharaan Bil. 5/1980. 24. PERBELANJAAN MENGENAI MEMEGANG/MELEPASKAN JAWATAN Apabila Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat mula memegang jawatan ataupun semasa melepaskan jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, perbelanjaan-perbelanjaan layak dituntut seperti berikut; a) Tambang kapal terbang Kelas satu dari tempat mastautinnya ke Kuala Lumpur (apabila mula memegang jawatan) dan dari Kuala Lumpur ke tempat mastautinnya (apabila melepaskan jawatan) bagi diri dan isterinya. Bagi anak-anak dan orang gaji yang diperlukannya layak menuntut tambang kapa! terbang kelas ekonomi, atau perbelanjaan pengangkutan awam atas kadar sebenar. b) Perbelanjaan pengangkutan dan bungkus membungkus termasuk upah buruh, bayaran stor, insurans dan apa-apa perbelanjaan lain yang perlu ditanggungnya untuk mengemas dan menjaga keselamatan barang-barangnya layak dituntut atas kadar sebenar. c) Layak menuntut atas kadar sebenar tambang pengangkutan kerana membawa kenderaan kepunyaannya sendiri dan tempat mastautinnya ke Kuala Lumpur apabila mula dilantik atau dari Kuala Lumpur ke tempat mastautinnya apabila melepaskan jawatan. d) Layak menuntut Perbelanjaan Makan dan Sewa Hotel atas kadar sebenar bagi dirinya, keluarga dan orang gajinya sebelum berlepas ke Kuala Lumpur dan sesudah sampai di Kuala Lumpur dan sebaliknya apabila melepaskan jawatan. Dengan syarat bagi tempoh menginap di hotel, Elaun Rumah tidak akan dibayar. 25A. ELAUN PEMBANTU RUMAH Elaun yang layak dibayar ialah RM1,000 sebulan. ST 147/02 mdt. 1.7.02 25B. ELAUN MENYELENGGARA RUMAH
Timbalan Yang di-Pertua layak dibayar e!aun menyelenggara rumah sebanyak RM3,000 setahun.
25C. PINJAMAN KOMPUTER
Timbalan Yang di-Pertua layak diberi pinjaman komputer mengikut amaun terma-terma dan syarat-syarat yang terdapat dalam Pekeliling/Surat Pekeliling Perbendaharaan mengenai Pinjaman Membeli Komputer bagi anggota perkhidmatan awam.
25D. KEMUDAHAN CUTI SEBERANG LAUT
a) Timbalan Yang di-Pertua layak mendapat tambang untuk percutian di seberang laut sekali dalam tiap-tiap tahun, iaitu 2 tambang kapal terbang kelas satu bagi Timbalan Yang di-Pertua dan isteri/suami dan kelas ekonomi untuk 3 orang anak dalam tanggungan iaitu yang berumur kurang daripada 21 tahun tetapi kemudahan itu tidak boleh melebihi tambang bagi perjalanan pergi balik di antara Kuala Lumpur dan London. b) Timbalan Yang di-Pertua boleh dibayar RM300 sehari bagi penginapan, tanpa bukti resit bagi percutian di seberang laut. Jika menginap di rumah tetamu Kerajaan, elaun ini tidak layak dibayar. c) Kemudahan ini diberikan selepas satu tahun perkhidmatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua.
25E. KEMUDAHAN MERAIKAN PELAWAT ST 147/02 mdt. 1.7.02 Apabila meraikan pelawat, Timbalan Yang di-Pertua layak diberi kemudahan atas kadar-kadar dan syarat-syarat seperti yang berikut:
a) Makan Tengah Hari ST173/2003 mdt.1.10.2003
Tidak melebihi RM50 bagi seorang pelawat termasuk kos minuman.
b) Makan Malam ST 173/2003 mdt.1.10.2003
Tidak melebihi RM65 bagi seorang pelawat termasuk kos minuman.
c) Bayaran Perkhidmatan
Bayaran perkhidmatan dan cukai yang dikenakan, dan bayaran-bayaran lain yang dikenakan berhubung dengan subperenggan (a) dan (b) boleh dikira sebagai tambahan kepada kadar maksimum.
d) "pelawat" ertinya orang kenamaan atau rombongan rasmi dari luar atau dalam Malaysia yang dikehendaki untuk diraikan secara rasmi berhubung dengan urusan Kerajaan. |