Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

13 April 2008

Sara hidup dengan pusat perubatan tradisional


TELUK INTAN 12 April - Penat-lelah seorang ibu tunggal yang pada mulanya menjalankan perniagaan perubatan tradisonal dari rumah ke rumah berbalas apabila akhirnya berjaya membuka sebuah pusat perubatan tradisional sendiri.

Selepas kematian suami 20 tahun lalu, Hamidah Bahari, 68, yang bekerja sebagai bidan kampung terpaksa mencari alternatif dalam menambahkan pendapatan menyara hidup dia dan anak-anaknya.

Katanya, terdapat ubat-ubat yang menggunakan campuran perubatan moden tetapi ditambah dengan bahan kimia yang boleh merosakkan kulit jika tidak bersesuaian dengan pengguna.

Beliau berkata, semua ubat tradisional yang digunakan sejak seratus tahun lalu boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan tiada kesan sampingan.

"Peluang ini saya gunakan sepenuhnya untuk membuka pusat perubatan ini.

"Semua jenis perubatan yang digunakan di pusat perubatan ini merupakan bahan-bahan campuran tumbuhan herba yang mudah diperolehi di negara ini.

"Saya masih mengekalkan serai wangi, daun tulang, daun pandan, daun kunyit, daun limau pulut, daun setanggi dan daun cengkis," katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Katanya, beliau mula menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan setelah kematian suami 20 tahun lalu.

"Sebagai ibu tunggal, saya perlu berdikari untuk membesarkan anak-anak. Saya mempunyai kemahiran dalam bidang kecantikan sebab itu saya memilih untuk membuka perniagaan ini.

"Wang untuk membuka pusat perubatan ini saya kumpul sedikit demi sedikit dan kini saya mampu membuka perniagaan sendiri," katanya.

Sambutan agak luar biasa dari pelanggan kini membuatkan perniagaannya kini menghasilkan pulangan yang agak lumayan.