Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

05 January 2008

RUKUN NEGARA

RUKUN NEGARA

Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara.

MATLAMAT DAN PRINSIP RUKUN NEGARA.


i)Matlamat Rukun Negara

  • mengukuhkan perpaduan.
  • memelihara corak hidup demokratik.
  • mencipta sebuah masyarakat yang adil.
  • menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai.
  • membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.


ii)Prinsip-prinsip Rukun Negara

a)Kepercayaan kepada Tuhan

  • agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.
  • rakyat yang beragama mudah diurus.
  • perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.


b)Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

  • semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.
  • Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri.
  • Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.
  • penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.


c)Keluhuran Perlembagaan

  • perlembagaan merupakan undang-undang utama
  • perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul
  • rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya


d)Kedaulatan Undang-Undang

  • rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.
  • rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.
  • rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.


e)Kesopanan Dan Kesusilaan

  • rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila.
  • ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.
  • amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

KEMENTERIAN PENERANGAN

Menteri
Datuk Zainuddin bin Maidin

Timbalan Menteri
Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi
Chia Kwang Chye


Setiausaha Parlimen
Noriah binti Kasnon

Fungsi & Objektif


FUNGSI

Merancang, melaksana, menyelaras dan menilai semula dasar dan program penerangan yang bertujuan meningkatkan penerimaan rakyat terhadap Wawasan 2020 serta merancang, melaksana dan menyelaraskan perkhidmatan pengurusan serta sistem penyampaian.


OBJEKTIF

  • Menyampai dan menyebar maklumat rasmi Kerajaan;
  • Mengurus media massa dan maklumat Kerajaan;
  • Menimbang dan meluluskan bahan promosi dan mesej Kerajaan;
  • Menimbang dan meluluskan iklan komersial untuk siaran radio dan televisyen milik Kerajaan;
  • Menentukan pihak-pihak yang akan mewakili kepentingan Kerajaan untuk mengendalikan perkhidmatan dan kemudahan penyiaran Kerajaan; dan
  • Merancang, melaksana, menilai dan merumuskan keberkesenan strategi penyebaran maklumat yang telah dijalankan berasaskan kajian-kajian tertentu secara saintifik dan sistematik.
KLIK SINI:LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENERANGAN

ALAMAT KEMENTERIAN DAN AGENSI TERLIBAT:

Kementerian Penerangan Malaysia

Alamat : Bhg. Perhubungan Awam Tingkat 4, Wisma TV, Angkasapuri 50610 Kuala Lumpur
Telefon : 603-2282 4297
Faks : 603-2284 8115/ 2287 7926
Email : webmaster@kempen.gov.my;
Laman Web : http://www.kempen.gov.my/


4Jabatan Filem Negara

Alamat : Jalan Utara, 46547 Petaling Jaya, 46547 Petaling Jaya Selangor
Telefon : 603-7968 2137
Faks : 603-7956 7463
Email : urusetia@filemnegara.gov.my
Laman Web : http://www.filemnegara.gov.my/


4Jabatan Hal Ehwal Khas

Alamat : Tingkat 3-6 Blok D, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn, 50610 Kuala Lumpur. Wilayah Persekutuan
Telefon : 03-26987152
Faks :
Email : webadmin@jasa.gov.my
Laman Web : http://www.jasa.gov.my/


4Jabatan Penerangan

Alamat : Tingkat 7, 14 & 15, Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan
Telefon : 603-21734400
Faks : 603-21734403
Email : webmaster@inform.gov.my
Laman Web : http://www.penerangan.gov.my/


4Jabatan Penyiaran

Alamat : Unit Sistem Maklumat, Bahagian Kejuruteraan (Perkhidmatan Am), Bangunan IBC, Angkasapuri, 50614 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan.
Telefon : 603-2288 7675/7409
Faks : 603-2283 2446
Email : cyril@rtm.net.my
Laman Web : http://www.rtm.net.my/


4Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

Alamat : Wisma BERNAMA, 28, Jalan 1/65A, Off Jalan Tun Razak, P.O.Box 10024, 50700 Kuala Lumpur
Telefon : 603-2693 9933
Faks : 603-2698 9968
Email : project@bernama.com
Laman Web : http://www.bernama.com/