Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

27 April 2008

Tiada dana teruskan misi angkasa 2011



KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi buat masa ini tidak mempunyai peruntukan kewangan untuk meneruskan misi menghantar angkasawan kedua negara ke stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang dijadualkan pada 2011.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan Hari Kreativiti dan Inovasi anjuran Malaysian Association of Creativity and Innovation (Macri) di Menara Kuala Lumpur di sini, semalam, Menterinya, Datuk Seri Maximus Ongkili, berkata pada masa ini kementeriannya tidak mempunyai apa-apa peruntukan berkaitan misi itu dan masih menunggu analisis daripada Agensi Angkasa Kebangsaan (Angkasa) mengenai perbelanjaan yang diperlukan untuk meneruskan misi itu.

Bagaimanapun beliau berkata, misi itu pada dasarnya akan diteruskan dan kementeriannya ketika ini sedang meneliti mengenai bentuk, jumlah dan sumber peruntukan sebelum membuat keputusan meneruskan program itu.


“Buat masa ini dari segi kewangan kita masih kosong kerana kita tiada langsung wang untuk meneruskan misi itu,” katanya.

“Pada program angkasawan pertama, 70 peratus daripada perbelanjaan hasil timbal balas pembelian pesawat pejuang Sukhoi daripada Kerajaan Russia dan kita hanya menampung 30 peratus perbelanjaan keseluruhan,” katanya.

Brunei contohi Malaysia



BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei Darussalam berkemungkinan besar mengikuti jejak langkah Malaysia dengan mengundurkan pasukan pemantau di Filipina yang bertanggungjawab mengawasi perjanjian damai Manila dan anggota pemisah Muslim.

Langkah itu meningkatkan lagi kemungkinan misi pemantau itu dibubarkan.

Malaysia dan Brunei menjadi negara penyumbang terbesar hampir 60 askar, polis dan pegawai yang bertanggungjawab mengawal selia perjanjian damai dimeterai Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang dimeterai pada 2003.


Akhbar Brunei, Borneo Bulletin dalam laporannya semalam memetik, seorang pegawai Kementerian Pertahanan negara itu yang enggan dikenali berkata: “Brunei mungkin mengeluarkan anggota pemantau jika itu dilakukan Malaysia.”

Wakil Kementerian itu tidak dapat dihubungi bagi mengulas lanjut. - AP

Isnin lalu, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim, berkata mandat Malaysia dalam pasukan pemerhati antarabangsa yang berada di Mindanao tidak akan dilanjutkan apabila ia tamat September depan.

“Persoalannya, kita perlu mendapatkan kerjasama daripada kedua-dua pihak. Tetapi jika salah satu pihak tidak menunjukkan usaha, kita perlu menamatkan misi berkenaan,” kata Rais yang dipetik agensi berita Bernama.

Kelmarin, Manila menyuarakan rasa terkejut di atas keputusan Malaysia dan bimbang tindakan Kuala Lumpur itu boleh mencetuskan lebih banyak keganasan di wilayah selatan berkenaan.

Pasukan pemantau antarabangsa diketuai Malaysia sejak 2004, turut disertai beberapa pegawai tentera dari Libya dan pakar ekonomi Jepun.

Malah, Malaysia menjadi orang tengah rundingan di antara kerajaan Filipina dan MILF, tetapi proses itu menjadi buntu Disember lalu selepas perunding pemisah itu bertindak keluar mesyuarat kerana tidak berpuas hati dengan syor Manila, termasuk perluasan wilayah yang mahu diletakkan di bawah kuasa Muslim.

Tentera Filipina mendakwa MILF mempunyai 11,000 pejuang dan menjadi kumpulan pemisah terbesar berjuang mendapatkan wilayah tadbiran sendiri di selatan Filipina.

Chin Peng berhak balik: Peguam



PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi melakukan kesilapan apabila mengarahkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng mengemukakan kertas pengenalan diri bagi membuktikan bahawa dia adalah seorang warga negara Malaysia sebelum dia boleh meneruskan tindakan undang-undang terhadap kerajaan, menurut seorang peguam, semalam.

Peguam, Raja Aziz Addruse, berkata Chin Peng berasal dari negara ini dan berhak kembali ke Malaysia berdasarkan perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989 yang membenarkan bekas anggota PKM yang yang berasal dari negara ini berkediaman dan tinggal di Malaysia.

Raja Aziz berhujah demikian di depan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dalam usaha mendapatkan mahkamah mengembalikan permohonan Chin Peng untuk mendapatkan perisytiharan bahawa dia dan bekas anggota PKM lain dibenarkan memasuki dan tinggal di Malaysia.


Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak permohonan bekas Setiausaha Agung PKM itu selepas pemimpin berusia 84 tahun itu gagal mematuhi perintah mahkamah supaya mengemukakan sijil kelahiran dan dokumen kewarganegaraannya.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wira Low Hop Bing yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Abdul Malek Ishak dan Datuk Sulaiman Daud menangguhkan keputusan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Eurocopter Malaysia harap dipilih untuk penggantian Nuri



KUALA LUMPUR: Eurocopter Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat European Aeronautic Defence and Space Co (EADS), telah meletakkan Cougar EC725 terbarunya sebagai pengganti yang ideal untuk rangkaian lama S61-A4 Sikorsky, dikenali sebagai Nuri.

"Bukan tempat saya untuk membuat keputusan. Kami harap mereka (Tentera Udara Diraja Malaysia) akan membuat keputusan mengenai EC725," kata pengarah kanan untuk kualiti, operasi penerbangan dan latihan, Syed Abdul Rahman Alhadad kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja mengenai "Perkongsian dalam Industri Pertahanan: Isu dan Teladan yang Dipelajari" di sini hari ini.

"Saya percaya ada pesaing lain. Tetapi saya percaya kami ada kelebihan kerana kami berpangkalan di sini, Malaysia. Saya rasa bukti terbaik kepada Eurocopter Malaysia ialah angkatan laut Malaysia," katanya.


Cougar EC725 Eurocopter, tambahan terbaru kepada keluarga Cougar, dimajukan khusus bagi misi paling dikehendaki, iaitu dari sokongan taktikal jarak jauh sehinggalah kepada mencari dan menyelamat.

Sebagai produk penanda aras untuk Eurocopter, EC725 dianggap memenuhi syarat utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menggantikan Nuri bagi misi utiliti dan mencari serta menyelamat (SAR).

Cougar EC725 Eurocopter adalah antara empat helikopter yang disenarai pendekkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menggantikan Nuri.

Helikopter lain ialah Sikorsky S92, Agusta Westlands EH 101 dan Mil MI 171 buatan Russia yang telah menyertai tender di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi tahun lalu.

Perwakilan puji Malaysia



KUALA LUMPUR: Eurocopter Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat European Aeronautic Defence and Space Co (EADS), telah meletakkan Cougar EC725 terbarunya sebagai pengganti yang ideal untuk rangkaian lama S61-A4 Sikorsky, dikenali sebagai Nuri.

"Bukan tempat saya untuk membuat keputusan. Kami harap mereka (Tentera Udara Diraja Malaysia) akan membuat keputusan mengenai EC725," kata pengarah kanan untuk kualiti, operasi penerbangan dan latihan, Syed Abdul Rahman Alhadad kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja mengenai "Perkongsian dalam Industri Pertahanan: Isu dan Teladan yang Dipelajari" di sini hari ini.

"Saya percaya ada pesaing lain. Tetapi saya percaya kami ada kelebihan kerana kami berpangkalan di sini, Malaysia. Saya rasa bukti terbaik kepada Eurocopter Malaysia ialah angkatan laut Malaysia," katanya.


Cougar EC725 Eurocopter, tambahan terbaru kepada keluarga Cougar, dimajukan khusus bagi misi paling dikehendaki, iaitu dari sokongan taktikal jarak jauh sehinggalah kepada mencari dan menyelamat.

Sebagai produk penanda aras untuk Eurocopter, EC725 dianggap memenuhi syarat utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menggantikan Nuri bagi misi utiliti dan mencari serta menyelamat (SAR).

Cougar EC725 Eurocopter adalah antara empat helikopter yang disenarai pendekkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menggantikan Nuri.

Helikopter lain ialah Sikorsky S92, Agusta Westlands EH 101 dan Mil MI 171 buatan Russia yang telah menyertai tender di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi tahun lalu.

Eurocopter Malaysia harap dipilih untuk penggantian Nuri



KUALA LUMPUR: Eurocopter Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat European Aeronautic Defence and Space Co (EADS), telah meletakkan Cougar EC725 terbarunya sebagai pengganti yang ideal untuk rangkaian lama S61-A4 Sikorsky, dikenali sebagai Nuri.

"Bukan tempat saya untuk membuat keputusan. Kami harap mereka (Tentera Udara Diraja Malaysia) akan membuat keputusan mengenai EC725," kata pengarah kanan untuk kualiti, operasi penerbangan dan latihan, Syed Abdul Rahman Alhadad kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja mengenai "Perkongsian dalam Industri Pertahanan: Isu dan Teladan yang Dipelajari" di sini hari ini.

"Saya percaya ada pesaing lain. Tetapi saya percaya kami ada kelebihan kerana kami berpangkalan di sini, Malaysia. Saya rasa bukti terbaik kepada Eurocopter Malaysia ialah angkatan laut Malaysia," katanya.


Cougar EC725 Eurocopter, tambahan terbaru kepada keluarga Cougar, dimajukan khusus bagi misi paling dikehendaki, iaitu dari sokongan taktikal jarak jauh sehinggalah kepada mencari dan menyelamat.

Sebagai produk penanda aras untuk Eurocopter, EC725 dianggap memenuhi syarat utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menggantikan Nuri bagi misi utiliti dan mencari serta menyelamat (SAR).

Cougar EC725 Eurocopter adalah antara empat helikopter yang disenarai pendekkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menggantikan Nuri.

Helikopter lain ialah Sikorsky S92, Agusta Westlands EH 101 dan Mil MI 171 buatan Russia yang telah menyertai tender di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi tahun lalu.

Eurocopter Malaysia harap dipilih untuk penggantian Nuri



KUALA LUMPUR: Eurocopter Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat European Aeronautic Defence and Space Co (EADS), telah meletakkan Cougar EC725 terbarunya sebagai pengganti yang ideal untuk rangkaian lama S61-A4 Sikorsky, dikenali sebagai Nuri.

"Bukan tempat saya untuk membuat keputusan. Kami harap mereka (Tentera Udara Diraja Malaysia) akan membuat keputusan mengenai EC725," kata pengarah kanan untuk kualiti, operasi penerbangan dan latihan, Syed Abdul Rahman Alhadad kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja mengenai "Perkongsian dalam Industri Pertahanan: Isu dan Teladan yang Dipelajari" di sini hari ini.

"Saya percaya ada pesaing lain. Tetapi saya percaya kami ada kelebihan kerana kami berpangkalan di sini, Malaysia. Saya rasa bukti terbaik kepada Eurocopter Malaysia ialah angkatan laut Malaysia," katanya.


Cougar EC725 Eurocopter, tambahan terbaru kepada keluarga Cougar, dimajukan khusus bagi misi paling dikehendaki, iaitu dari sokongan taktikal jarak jauh sehinggalah kepada mencari dan menyelamat.

Sebagai produk penanda aras untuk Eurocopter, EC725 dianggap memenuhi syarat utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menggantikan Nuri bagi misi utiliti dan mencari serta menyelamat (SAR).

Cougar EC725 Eurocopter adalah antara empat helikopter yang disenarai pendekkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menggantikan Nuri.

Helikopter lain ialah Sikorsky S92, Agusta Westlands EH 101 dan Mil MI 171 buatan Russia yang telah menyertai tender di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi tahun lalu.

Thailand dan Malaysia bincang pastikan keselamatan makanan di wilayah

PUTRAJAYA: Thailand dan Malaysia membincangkan cara untuk memperkukuhkan kerjasama bagi memastikan keselamatan makanan di wilayah ini, berikutan kebimbangan utama global berhubung kekurangan makanan.

Perdana Menteri Thai, Samak Sundaravej, berkata beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membincangkan perkara itu dalam pertemuan mereka di sini, hari ini.

“Saya beritahu Abdullah bahawa Thailand menganggap Malaysia sebagai satu daripada jiran yang paling rapat dan penting.


“Kerajaan saya akan terus memperkukuhkan perkongsian strategik kita dan mempertingkatkan kerjasama sedia ada dalam bidang ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar bersama selepas mesyuarat delegasi.

Samak, yang juga Menteri Pertahanan, mengetuai delegasi 35 anggota untuk melakukan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, lawatannya yang pertama sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Isu hak milik budaya diatasi



TINDAKAN mengadakan demonstrasi bagi membantah isu hak milik beberapa tradisi budaya antara Indonesia dan Malaysia yang berlaku di depan Kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia sebelum ini, bukan langkah penyelesaian kerana ia hanya boleh menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia, Tjetjep Suparman, berkata masalah itu yang berlaku sejak kebelakangan ini tidak seharusnya dipolemikkan, sebaliknya diselesaikan secara perbincangan.

“Kerajaan Malaysia dan Indonesia kini dalam proses perbincangan untuk mencari penyelesaian mengenai isu hak milik beberapa tradisi budaya seperti tarian dan lagu rakyat yang menimbulkan kontroversi di kedua-dua negara.


“Kita tidak mahu masalah ini timbul lagi pada masa depan. Kita (Indonesia dan Malaysia) berasal dari rumpun sama...berlaku perpindahan seperti orang Jawa dari Sumatera yang membawa kebudayaan, ragam, tari makanan dan muzik ke Malaysia,” katanya di sini, semalam.

Permata Sarawak

Oleh Kandau Sidi



RANGKAIAN batu karang di perairan Miri, Sarawak dikenal pasti antara yang tersihat dan tercantik di dunia. Perairan ini menjadi tempat pembiakan 600 daripada 800 spesies batu karang di seluruh dunia, sekali gus menjadikannya kawasan paling kaya dengan spesies batu karang dan hidupan marin selain mempunyai lebih 3,000 spesies ikan.

Berikutan itu pemuliharaan khazanah marin itu amat penting. Sempena Hari Bumi 20 April setiap tahun, minggu lalu, penyelam sukarela menjalankan tanggungjawab sosial mereka membersihkan pelantar tukun tiruan Kenyalang Wreck, kira-kira 18 batu nautika dari Marina Bay di Kuala Sungai Miri. Berpuluh-puluh kilogram pukat, plastik, tali dan pelbagai bahan buangan diangkat dari dasar laut itu.

Aktiviti itu bukan saja bagi mengawal kegiatan manusia yang boleh menjejas dan membantutkan pertumbuhan hidupan laut di kawasan berkenaan tetapi juga memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya pemuliharaan marin di situ.

Terumbu karang perairan Miri paling cantik, sihat

PUKAT, plastik, tali dan pelbagai bahan buangan lain dikenal pasti menjadi satu ancaman utama kemusnahan khazanah alam semula jadi dasar laut taman marin di seluruh negara.

Situasi ini, tidak terkecuali berlaku kepada hidupan marin dan kawasan terumbu karang di perairan Miri, utara Sarawak yang semakin dikenali antara lokasi skuba tercantik di Malaysia.
SEKUMPULAN penyelam meletakkan poster di Kenyalang Wreck sempena sambutan Hari Bumi Sedunia.

Walaupun, tahap kemusnahan itu masih terkawal namun usaha awal perlu dilakukan. Berikutan itu, sekumpulan 32 penyelam dari pelbagai agensi, termasuk media massa mengambil inisiatif membersihkan terumbu karang di perairan Miri sempena sambutan Hari Bumi Sedunia 2008 yang disambut pada 22 April setiap tahun.

Matlamat program anjuran bersama kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Miri (MBM), Sarawak Shell Berhad (SSB), Sarawak Forestry Corporation (SFC), Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) dan Tropical Divers ialah mencetuskan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan taman marin.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, merasmikan aktiviti membersihkan pelantar tukun tiruan Kenyalang Wreck terletak 18 batu nautika dari Marina Bay di Kuala Sungai Miri mulai jam 9 pagi hingga petang.

Berpuluh-puluh kilogram serpihan pukat dan tali yang melekat pada tukun tiruan itu dialihkan penyelam sukarelawan berkenaan, yang boleh menjejas dan membantutkan pertumbuhan hidupan laut di kawasan itu.
PENYELAM membersihkan kawasan batu karang.

Pakar Biologi Marin SFC, James Bali, berkata kerajaan negeri mengambil langkah drastik mewartakan beberapa kawasan terumbu karang di perairan Bintulu-Niah-Sibuti-Miri sebagai taman laut yang dilindungi, bagi mengelak kemusnahan.

"Mungkin tidak ramai menyedari perairan utara Sarawak memiliki khazanah laut yang agak unik dibandingkan negeri lain di Malaysia, termasuk Pulau Sipadan di Sabah.

"Misalnya, jika ingin melihat rumpai laut, kita pergi ke Seafan Garden. Pelbagai jenis rumpai laut yang tiada di lokasi lain boleh dilihat di situ. Begitu juga dengan Kenyalang Werck yang menjadi kawasan pembiakan ikan kecil pelbagai spesies," katanya.

Kenyalang Wreck adalah satu daripada 28 lokasi skuba di sepanjang persisiran pantai dari Sibuti (Kuala Niah) ke Lutong, Miri.

Kawasan skuba yang paling hampir dengan pantai Miri ialah Eve's Garden, Azam's Reff, Seafan Garden, Anemone Garden, Sunday, Siwa, Tusan, Lakim, Atagomaru Wreck, New Reef V, dan Siwa Oil Rigs. Tempat lain ialah Pelantar Minyak Tukau, Barracuda Point, Sri Gadong Wreck, Beting Niah, Batu Butik, Berabok Bubble dan Batu Tar.

Kawasan seluas hampir 100,000 kilometer persegi yang menjadi kediaman lebih 3,000 spesies ikan itu ditumbuhi 34 peratus daripada jumlah batu karang di seluruh dunia. Selain itu, ia juga menjadi tempat pembiakan 600 daripada 800 spesies batu karang di seluruh dunia, sekali gus menjadikan perairan Miri kawasan paling kaya dengan spesies batu karang dan hidupan marin.

Douglas Fenner dari Institut Sains Marin Australia dalam buku Underwater Jungles Sarawak yang ditulis jurugambar dasar laut berpengalaman Michael AW yang diterbitkan pada September 2002, berkata, rangkaian batu karang di Miri bebas daripada aktiviti pencemaran dan paling sihat serta tercantik di Malaysia," katanya.

Penyelam dari SSB, Steve Axon, 46, berkata, perairan Miri mempunyai rangkaian batu karang yang pelbagai dan berwarna-warni hingga membentuk gambaran seperti hutan rimba berwarna merah, hitam, putih, hijau dan perang keemasan di dasar laut.

"Di dasar laut yang berwarna biru dengan suhu 30 darjah Celsius amat sesuai untuk pertumbuhan batu karang dan saya menemui enam spesies batu karang berwarna oren, merah dan merah muda.

"Daripada spesies yang menyerupai pokok berwarna jingga kemerah-merahan hingga karang lembut berwarna terang dan menyerupai 'span' berwarna ungu serta ikan badut dan batu karang yang dinamakan Sunday," katanya.

Steve mengkategorikan terumbu karang itu berdasarkan kelompok tertentu mengikut warna, jenis karang sama ada keras mahupun lembut, berbentuk kipas, kulat dan sebagainya.

Antara spesies itu ialah batu karang keras seperti Gorgonian Seafan, Montipora, koloni Massive Staghorn seperti Acropora Solitaryensis, koloni batu karang lembut (Siphonogorgian dan Dendronephthya), koloni sea whip (spesies Junceella, Ellisella, Rhabdamia Cypseluca serta Ellisella) koloni karang kulat Sarcophyton dan beberapa spesies lain seperti ubergorgiidae dan Comanthina Nobilis serta karang hitam dan banyak lagi.

Penyelam dari Tropical Divers, Voo Heng Kong, berharap pihak berkuasa terus memerangi aktiviti tidak sihat yang boleh menyumbang kepada kemusnahan sumber alam semula jadi yang menjadi 'permata' Sarawak.

Sementara itu, Dr Chan berkata, hasil penemuan dan pendedahan pakar dalam aktiviti menyelam dan batu karang, Miri kini menjadi salah satu destinasi menyelam di Malaysia dan yang pertama memiliki pelantar yang dijadikan terumbu karang atau 'rig to reef'.

Katanya, Program 'rig to reef' Baram 8 yang diberikan nama Kenyalang Wreck, adalah antara jaminan yang bakal membuka pasaran amat cerah dalam memasarkan produk menyelam di dasar laut Miri.

17 April 2008

Pelajar perlu peka perkembangan ilmu

KOTA KINABALU 16 April - Para pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) diminta peka dengan keperluan terhadap ilmu pengetahuan dan kemahiran baru agar mampu bergerak selari dengan perkembangan semasa.

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah berkata, pendidikan merupakan proses sepanjang hayat dan tidak harus terhenti sebaik seseorang pelajar itu menamatkan pengajian di sesebuah IPT.

Beliau berkata, kecemerlangan yang akan dikecapi pula bukan lagi satu pilihan tetapi menjadi satu kemestian.

''Jadi saya berharap agar anda tidak menganggap proses belajar itu sudah tamat. Bagi insan yang berjaya dia akan menganggap bahawa menimba ilmu adalah proses sepanjang hayat," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Konvokesyen Ke-11 Politeknik Kota Kinabalu di Dewan Canselori Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Maznah Abdul Ghani; Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Politeknik, Mokhlis Jaafar; Naib Canselor UMS, Prof Dr. Mohd. Noh Dalimin dan Pengarah Politeknik Kota Kinabalu, Mustafar Kamar Ujang.

Pada konvokesyen kali ini, seramai 1,877 graduan sesi Januari dan Julai 2007 menerima sijil dan diploma masing-masing.

Menurut Ahmadshah, para pelajar harus mempelajari bidang-bidang baru yang lebih kompeten dan mempunyai nilai tambah sebagaimana yang dikehendaki dalam pasaran kerja masa kini.

Jelasnya, langkah ini menjadikan pelajar memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang sekali gus menghindarkan daripada berlakunya pengangguran yang kritikal.

Katanya, selain daripada mempelbagaikan bidang kemahiran, para graduan digalak meneruskan pengajian sekiranya berpeluang dan berkemampuan.

"Bagi lepasan sijil, teruskanlah lagi pengajian anda ke peringkat diploma dan bagi yang memiliki diploma teruskanlah perjuangan anda ke peringkat ijazah pertama dan seterusnya," katanya.

Bagaimanapun, katanya, bagi graduan yang memilih untuk bekerja, mereka harus mengambil peluang ini untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin yang dapat digunakan untuk meningkatkan kerjaya masing-masing pada masa akan datang.

Sementara itu, beliau mengharapkan agar politeknik dan industri akan terus bekerjasama bagi membangunkan dan memajukan Sabah dalam pelbagai sektor seperti perindustrian, pelancongan, pendidikan dan perkilangan.

"Saya mengharapkan politeknik boleh membantu mencapai hasrat kerajaan dengan memperhebatkan hubungan kerjasama di antara politeknik dengan pihak-pihak industri,'' ujarnya.

Katanya, hubungan dengan pihak industri harus dijalinkan dengan baik dan murni agar peluang untuk melahirkan tenaga mahir separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan hospitaliti sejajar dengan misi politeknik akan tercapai dengan jayanya.

Cipta satelit bukti kemampuan Unisel

Oleh LAUPA JUNUS

UNISSAT v. 1 menjulang nama universiti tempatan di peringkat antarabangsa.

Teknologi satelit bermula apabila Soviet Union melancarkan Sputnik - 1 dan selepas itu beberapa siri Sputnik dilancarkan oleh negara tersebut.Hari, ini satelit antara 'penghuni' objek buatan manusia di angkasa dengan pelbagai misi atau tujuan sama ada nyata dan juga tersembunyi.

Satelit biasanya dihantar ke angkasa untuk tujuan komunikasi, penderiaan jauh atau pencerapan data bumi selain kajian angkasa.

Bagi negara maju daripada segi ketenteraan, satelit biasanya dihantar ke angkasa untuk tujuan risikan atau mengintip.

Malaysia tidak ketinggalan menceburi bidang pembangunan satelit dan umum mengetahui beberapa satelit telah dilancarkan termasuk siri MEASAT dan Tiung Sat-1 dan akan datang, RazakSat.

Meskipun penglibatan Malaysia secara hanya kira-kira sedekad lepas dan penggunaan satelit itu pun menerusi Pusat Remote Sensing Negara (Macres), namun usaha mereka bentuk satelit sudah dirintis di peringkat institusi pengajian tinggi dan syarikat swasta.

Penubuhan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dan Astronautic Technology Sdn. Bhd. (ATSB) serta terbaru Pusat Angkasa Negara di Banting, Selangor menunjukkan keseriusan kerajaan dalam pembangunan teknologi satelit.

Namun, teknologi satelit sebenarnya amat kompleks bukan sahaja kerana melibatkan pelbagai disiplin tetapi juga misi dan saiznya yang pelbagai.

Begitu juga jenis-jenis orbit, satelit mempunyai pelbagai kategori orbit yang berbeza.

Apatah lagi, pembangunan dan reka bentuk satelit perlu disusuli dengan pembinaan stesen bumi yang berfungsi menerima data yang dihantar.

Daripada segi pengelasan misalnya, satu daripadanya ialah satelit miniature yang ringan dan bersaiz kecil.

Satelit kategori ini terbahagi kepada satelit mini yang mempunyai berat antara 200 kilogram dan 500 kilogram (kg), satelit mikro (bawah 200kg) dan satelit nano (bawah 10kg).

Bagi Malaysia satu daripada satelit yang bakal dilancarkan September ini ialah RazakSat yang dikelaskan dalam satelit mikro dan ini merupakan satu kejayaan bagi Angkasa dan ATSB yang membangunkan projek tersebut.

Kejayaan tersebut membawa satu petanda bahawa satu anjakan dalam pembangunan aeroangkasa di negara ini tetapi teknologi tidak pernah kekal statik.

Apabila saintis mula membicarakan nanoteknologi iaitu pengecilan produk dan komponen bersaiz satu bilion lebih kecil berbanding satu meter, tempiasnya juga terkena kepada pembikinan satelit tersebut.

Berkemungkinan atas perkembangan nanoteknologi itu, Angkasa telah mengambil inisiatif yang cukup bermakna apabila menganjurkan pertandingan pembangunan model satelit nano peringkat siswazah pada tahun lepas.

HarapanMeskipun ia hanya peringkat model dan bukan komersial, langkah menganjurkan pertandingan tersebut sangat penting kerana ia mampu menyediakan asas teknologi angkasa kepada siswazah bagi meningkatkan pengetahuan, memperoleh pengalaman dan bertukar-tukar informasi di bidang teknologi tersebut.

Selain itu ia juga penting untuk mempromosikan 'kerjasama berpasukan' dan integrasi teknologi di antara pelbagai bidang serta mencabar siswazah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan melewati had normal.

Pada masa sama, ia dapat membangunkan sistem telemeteri modular yang lasak dan boleh dikomersialkan, menggalakkan pertumbuhan pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan siswazah dan mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat dan di luar dewan kuliah.

Kejayaan awal sebuah universiti tempatan dalam pertandingan pembangunan model satelit baru-baru ini menampakkan harapan kepada perkembangan teknologi tersebut secara keseluruhannya.

Sekumpulan pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel) berjaya mengondol hadiah dalam pembangunan satelit nano pada Pertandingan Cansat Nano Satelit Antara Varsiti Dunia di Madrid Sepanyol pada 10 hingga 12 April lalu.

Mereka berjaya memenangi tempat pertama bagi kategori terbuka dan tempat ketiga bagi kategori roket telemetri.

Pelajar dari Fakulti Kejuruteraan itu membangunkan dua model satelit nano dan dan satu daripadanya merupakan hasil kejayaan di peringkat domestik.

Ia bermula dengan pertandingan di peringkat tempatan yang juga dikenali sebagai CANSAT 2007 membabitkan universiti awam dan swasta yang memerlukan peserta membangunkan satelit nano termasuk subsistem.

Ia hendaklah berskala kecil berat antara 350 gram (g) dan 1,050g bagi menguji kemampuan siswazah dalam reka bentuk, fabrikasi dan operasi.

Yang uniknya, kesemua sistem tersebut hendaklah boleh dimasukkan dalam tin minuman.

Angkasa yang merupakan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akhirnya memilih Universiti Industri Selangor (Unisel) sebagai juara.

Model satelit nano Unisel diberi nama UNiSSAT V. 1 yang beratnya hanya 348 gram termasuk semua komponen dan sistem di dalamnya.

Sistem telemeteri pula dilengkapi dengan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), antena, pemancar dan penerima, penderia tekanan atmosfera dan penderia suhu.

Menurut Dekan Fakulti Kejuruteraan Unisel, Prof. Dr. Anuar Ahmad, meskipun tempoh pembangunan model itu hanya untuk tiga bulan iaitu bermula Julai 2007, pihaknya mampu menyiapkan lebih awal iaitu kurang daripada tempoh tersebut.

"Kumpulan kami terpilih sebagai juara dan bercadang menaikan taraf satelit ini yang masih di peringkat prototaip," katanya ketika ditemui di makmal Fakulti Kejuruteraan, Unisel di Berjuntai Bestari baru-baru ini.

Pelbagai sistemKumpulannya terdiri daripada dua penasihat termasuk dua pensyarah iaitu Zulkifli Abdul Rahman (bahagian mekatronik) dan Juwairiyyah Abdul Rahman (elektronik) dan dianggotai oleh Tan Pei Tih , Nedunchelian A/L Gurusamy Mohd. Norhalim Zainudin, Irwan Rustang , Ahmad Danial Ridwan Mohamad Bolhair dan Mohd. Firdaus S. Abd. Hadi.

Satelit tersebut terdiri daripada pelbagai sistem termasuk elektrikal yang mengandungi sistem pengkomputeran, sistem deria, sistem kuasa dan sistem perhubungan.

Bagi sistem pengkomputeran, komponen paling penting ialah pengawal mikro yang berfungsi sebagai otak bagi keseluruhan sistem.

Ia berfungsi sebagai pengawal untuk sistem masa, penyimpanan maklumat sementara dan pengawalan laluan isyarat.

Beban informasi terdiri daripada penderia tekanan, penderia suhu, penderia GPS dan kamera digital COMPLEMENTARY METAL-OXIDE-SEMICONDUCTOR (CMOS). Sistem GPSnya disepadukan dengan pengawal mikro dan fungsinya ialah untuk menjejaki kedudukan dan mengumpul maklumat seperti latitud dan longitud serta ketinggian altitud

Kamera yang dipasang pada satelit ini akan diaktifkan apabila pengawal mikro menghantar isyarat elektrikal untuk mengarahkan kamera merakam imej.

Imej yang dirakam akan disimpan dalam memori yang terbina pada papan kamera dan kemudiannya imej itu berkenaan dapat dikembalikan oleh pasukan stesen bumi selepas satelit mendarat.

Penderia tekanan pula mengukur tekanan atmosfera dan pada masa sama, ketinggian dapat dikira.

Satelit ini juga boleh berkomunikasi dengan stesen Bumi dengan syarat sistem pemprosesan dan penghantaran data dapat dibangunkan.

Stesen Bumi akan menghantar isyarat arahan penghantaran maklumat kepada satelit berkenaan manakala maklumat yang diterima dari satelit akan diproses di bumi menggunakan aturcara komputer yang telah dibangunkan.

Satu sistem payung terjun juga dikhususkan kepada satelit berkenaan yang diperbuat daripada fabrik lembut untuk memperlahankan gerakan objek melalui atmosfera dengan menghasilkan seretan apabila mendarat ke bumi.

Payung terjun dibina khas oleh kumpulan pelajar tersebut dan digunakan semasa demonstrasi pada 31 Januari lalu menunjukkan ia sesuai untuk satelit berkenaan.

Selain satelit tersebut, Unisel juga menghantar sebuah lagi satelit bagi kategori telemeteri yang mempunyai sedikit perbezaan dengan model asal.

Bezanya satelit yang memenangi pertandingan peringkat domestik itu mempunyai kamera GPS.

Menurut Anuar, pertandingan yang diadakan di Universiti Politeknik Madrid itu membabitkan 14 penyertaan dari Sepanyol dan Malaysia.

"Saya dapati universiti yang menganjurkan pertandingan ini memiliki makmal berkaitan bidang sains angkasa sejak lima dekad lalu,'' katanya.

Oleh itu berdasarkan pengalaman Unisel sebagai sebuah universiti muda, teknologi tempatan tidak jauh bezanya dengan apa yang ada di Eropah itu.

Kesimpulannnya, meskipun satelit tersebut sekadar sebuah model prototaip, tetapi berjaya membuktikan kemampuan pelajar tempatan dalam mereka bentuk satelit.

Memahami teknologi satelit

Misi ANALISIS misi satelit adalah penting kerana ia memastikan misi satelit ditepati. Analisis yang selalu dilakukan adalah seperti analisis orbit yang diperlukan untuk menetapi misi satelit, analisis sistem beban bayar dan analisis bus satelit. Ia selalu dilakukan oleh jurutera aeroangkasa.Secara khususnya, satelit melibatkan komponen seperti

l Payloads atau beban bayar yang dapat menentukan misi satelit.

Ia terdiri daripada sistem penderiaan jauh, sistem komunikasi dan kajian sains angkasa,

- Penderiaan jauh (remote sensing)

Penderiaan jauh adalah sistem untuk mengimbas permukaan bumi membabitkan pemerolehan maklumat untuk tujuan pemetaan.

l Sistem Komunikasi Satelit

- Melibatkan sistem perhubungan yang menggunakan satelit sebagai penghubung antara dua (atau lebih) titik komunikasi di bumi dan terdiri daripada reka bentuk sistem komunikasi dan pengoperasian stesen bumi oleh jurutera komunikasi dan elektrik/elektronik.

l Kajian Sains Angkasa - merupakan pakej saintifik yang kajiannya diadakan di angkasa lepas dan melibatkan saintis dalam bidang sains fizik.

Bas Satelit (Satellite Bus)Ia melibatkan pelantar satelit itu sendiri, iaitu terdiri daripada struktur satelit dan subsistem satelit yang perlu kepakaran yang khusus.

Melibatkan struktur yang memerlukan kepakaran dalam reka bentuk, analisis, ujian dan pembuatan. Bidang-bidang yang diperlukan adalah:

l Jurutera aeroangkasa dalam reka bentuk, analisis, ujian dan penggunaan bahan logam dan bukan logam yang sesuai untuk misi satelit.

l Jurutera bahan dalam penggunaan bahan logam (seperti aluminium, dan lain-lain) dan bukan logam (seperti komposit).

l Jurutera awam dalam analisis struktur.

Subsistems melibatkan:

Kuasa (Power)

Subsistem kuasa memerlukan kepakaran dalam reka bentuk, analisis, ujian dan pembuatan. Bidang-bidang yang diperlukan adalah:

l Jurutera aeroangkasa dan jurutera kuasa dalam reka bentuk, analisis, ujian dan penggunaan teknologi kuasa seperti sel suria dan bateri yang sesuai untuk misi satelit.

l Jurutera aeroangkasa dalam mereka bentuk sistem kuasa misi, iaitu kaedah penggunaan penggunaan kuasa semasa satelit mengorbit bumi.

l Jurutera elektrik dan elektronik untuk membangunkan litar yang mengawal penjanaan kuasa dan penggunaan kuasa, termasuk pengaturcaraan dan algoritma yang sesuai

l Saintis dalam bidang fizik untuk mengkaji bahan-bahan dalam pembuatan sel suria yang terkini.

Penentuan Sikap dan Kawalan

Subsistem ADCS memerlukan kepakaran dalam reka bentuk, analisis, ujian dan pembuatan.

l Sistem penentuan sikap seperti penderia matahari (sun sensor), penderia bumi (earth sensor), magnetometer dan penderia bintang (star sensor).

l Sistem kawalan sikap seperti magnetork (magnetorque), roda tindakbalas (reaction wheel), sistem pendorong (propulsion system) dan lain-lain.

Kawalan Haba Subsistem kawalan haba memerlukan kepakaran dalam reka bentuk, analisis, ujian dan pembuatan sistem-sistem kawalan haba sama ada aktif atau pasif di angkasa. Bidang-bidang yang diperlukan adalah:

l Jurutera aeroangkasa untuk reka bentuk, analisis, ujian dan penggunaan teknologi kawalan haba yang sesuai untuk misi satelit.

l Jurutera mekanikal, dan jurutera bahan untuk membangunkan bahan-bahan terkini yang boleh digunakan untuk mengawal haba.

l Saintis dalam bidang fizik

Kawalan Telemetri & Telekomunikasi (TT&C)

Sistem TT&C satelit adalah sistem perhubungan yang menghantar maklumat kesihatan satelit (satellite health) dan pengawalan (control) satelit. Ia terdiri daripada

l Reka bentuk sistem komunikasi yang akan dibuat oleh jurutera. aeroangkasa dan jurutera komunikasi.

l Pengoperasian stesen bumi oleh jurutera komunikasi.

l Sistem pendorong satelit adalah sistem pendorong dan kawalan satelit.

Ia terdiri daripada:

- Reka bentuk sistem pendorong yang akan dibuat oleh jurutera aeroangkasa dan jurutera mekanikal.

- bahan pembakarnya pula akan dijalankan oleh jurutera aeroangkasa, jurutera kimia, jurutera mekanikal dan saintis dalam bidang sains kimia.

Data Arahan dan PengendalianSistem ini merupakan sistem pengoperasian satelit yang mengawal semua subsistem dan beban bayar satelit. Ia akan memerlukan kepakaran jurutera aeroangkasa, jurutera elektronik, jurutera komputer dan pakar pengaturcaraan (programmer) untuk mereka bentuk sistem pemproses komputer dan menulis program dan algoritma yang sesuai.

Teknologi pelancarIa berkaitan dengan pemilihan pelancar untuk melancarkan satelit ke angkasa. Ia selalu dilakukan oleh jurutera aeroangkasa.

Aplikasi/Penggunaan teknologi satelit

Untuk melihat penglibatan kerjaya dalam penggunaan teknologi satelit, terdapat dua kategori, iaitu

l Penderiaan jauh

Penderiaan jauh adalah sistem untuk mengimbas permukaan bumi di mana maklumat yang diperolehi akan digunakan untuk pemetaan, perancangan, pertanian dan pembuat keputusan.

l Komunikasi Satelit

Sistem komunikasi satelit adalah sistem perhubungan yang menggunakan satelit sebagai penghubung antara dua (atau lebih) titik komunikasi di bumi.

Satelit tempatanMEASAT-1

Dilancarkan pada 13 Januari 1996 di Kourou, French Guaiana

- Menyediakan aplikasi khas iaitu perkhidmatan 'terus ke rumah' dalam iklim hujan dan tropika serta isyarat tinggi untuk memancarkan program televisyen di negara ini, sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.

MEASAT-2

Dilancarkan pada 13 November tahun yang sama di Kourou, French Guianan.

Kesinambungan kepada siri gemilang negara dalam dunia komunikasi satelit.

Seperti juga MEASAT-1, MEASAT-2 merupakan sistem satelit komunikasi dua pesawat putar distabil berkuasa tinggi HS376 yang dibina oleh syarikat Hughes Space and Communications Inc. dari Amerika Syarikat.

Perkhidmatannya memberi kesan dalam tiga bidang utama iaitu komunikasi, maklumat dan pembaharuan kepada industri hiburan.

TiungSAT-1

Dilancarkan pada 26 September 2000.

Pemantauan TiungSAT-1 dari stesen bumi di negara ini, dijalankan sepasukan empat jurutera dari stesen bumi yang ditempatkan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Mampu merakamkan imej muka bumi menggunakan empat kamera pelbagai guna dengan resolusi 80 meter.

MEASAT-3

Dilancarkan 12 Disember 2006 di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.

Direka bentuk dengan objektif untuk menyediakan landasan transmisi satelit serba guna yang paling berkuasa dan paling berpotensi dari segi komersial.

RazakSat

Dijadualkan dilancarkan September tahun ini di Pulau Omelek, Kwajelin, Kepulauan Marshall, Guam.

Pusat Angkasa Negara akan berfungsi sebagai stesen Bumi yang akan menerima data satelit berkenaan selepas ia berada di angkasa lepas.

Keledek vitato diperluas

Oleh KAMARUDIN HAMZAH

Muhammad Pehimi Yusof (tengah) melihat keledek vitato selepas merasmikan majlis tuaiannya di Kampung Gong Machang, Besut, kelmarin.

BESUT 16 April - Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pelagat dekat sini bakal menjadi pengeluar utama keledek vitato di negeri ini apabila projek tanaman tersebut diperluaskan kepada 100 hektar tidak lama lagi.

Pengurus Besar PPK Pelagat, Hasmadi Hassan berkata, pada masa ini seluas 50 hektar tanaman itu sedang diusahakan secara berkelompok oleh 47 ahlinya yang hasilnya telah mula dituai.

Katanya, projek penanaman di Kampung Gong Machang, Tembila dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera itu merupakan projek perintis di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Menurutnya, PPK Pelagat merupakan antara dua PPK di negeri ini yang diberi peluang mengusahakan tanaman keledek vitato selain dua lagi PPK di Kelantan iaitu PPK Bachok dan PPK Kandis.

"Projek yang dimulakan sejak awal Januari lalu akan turut menjadikan Kampung Gong Machang, Tembila sebagai Lembah Vitato.

''Ia sekali gus membantu penduduk setempat menyertai aktiviti pertanian yang menguntungkan," jelasnya selepas majlis perasmian tuaian keledek vitato di kampung itu semalam.

Perasmian yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof turut dihadiri oleh Pemangku Pengarah LPP negeri, Sulaiman Embong.

Hasmadi berkata, projek tersebut turut mendapat kerjasama Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

"Setiap peserta dijangka memperolehi pendapatan kira-kira RM6,000 bagi setiap hektar bergantung kepada keluasan tanaman masing-masing dan mampu membantu golongan petani menambah pendapatan sekeluarga.

"Lebih ramai ahli serta petani di kawasan ini akan mendapat peluang untuk mengusahakan tanaman ini yang boleh memberikan pulangan lumayan jika diusahakan bersungguh-sungguh," ujarnya.

Keledek vitato diperluas

Oleh KAMARUDIN HAMZAH

Muhammad Pehimi Yusof (tengah) melihat keledek vitato selepas merasmikan majlis tuaiannya di Kampung Gong Machang, Besut, kelmarin.

BESUT 16 April - Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pelagat dekat sini bakal menjadi pengeluar utama keledek vitato di negeri ini apabila projek tanaman tersebut diperluaskan kepada 100 hektar tidak lama lagi.

Pengurus Besar PPK Pelagat, Hasmadi Hassan berkata, pada masa ini seluas 50 hektar tanaman itu sedang diusahakan secara berkelompok oleh 47 ahlinya yang hasilnya telah mula dituai.

Katanya, projek penanaman di Kampung Gong Machang, Tembila dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera itu merupakan projek perintis di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Menurutnya, PPK Pelagat merupakan antara dua PPK di negeri ini yang diberi peluang mengusahakan tanaman keledek vitato selain dua lagi PPK di Kelantan iaitu PPK Bachok dan PPK Kandis.

"Projek yang dimulakan sejak awal Januari lalu akan turut menjadikan Kampung Gong Machang, Tembila sebagai Lembah Vitato.

''Ia sekali gus membantu penduduk setempat menyertai aktiviti pertanian yang menguntungkan," jelasnya selepas majlis perasmian tuaian keledek vitato di kampung itu semalam.

Perasmian yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof turut dihadiri oleh Pemangku Pengarah LPP negeri, Sulaiman Embong.

Hasmadi berkata, projek tersebut turut mendapat kerjasama Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

"Setiap peserta dijangka memperolehi pendapatan kira-kira RM6,000 bagi setiap hektar bergantung kepada keluasan tanaman masing-masing dan mampu membantu golongan petani menambah pendapatan sekeluarga.

"Lebih ramai ahli serta petani di kawasan ini akan mendapat peluang untuk mengusahakan tanaman ini yang boleh memberikan pulangan lumayan jika diusahakan bersungguh-sungguh," ujarnya.

Abai keselamatan lesen senjata api ditarik balik

Oleh OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI 16 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merampas dan menarik balik lesen senjata api daripada pemegangnya yang gagal mematuhi aspek keselamatan ditetapkan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Ong Aik Chang berkata, aspek keselamatan wajib diambil perhatian serius oleh pemegang lesen senjata api bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Polis tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengabaikan aspek keselamatan semasa mengendalikan senjata api.

"Jika terbukti bahawa mereka cuai dan leka, maka kita akan mencadangkan supaya lesen senjata api ditarik balik," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas kejadian seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang bertindak menembak anaknya sendiri kerana disangka pencuri di Jeniang, Gurun dekat sini 8 April lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, Mohamad Zulfaqar Mohd. Sobri, 19, cedera parah akibat ditembak bapanya, Mohd. Sobri Ahmad, 45, dengan senapang patang menggunakan peluru penabur kerana disangka pencuri masuk rumah di Kampung Batu 9.

Akibat kejadian itu, Mohamad Zulfaqar yang dimasukkan ke Hospital Sik sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Star untuk rawatan lanjut.

Aik Chang berkata, dalam kes berkenaan, polis telah merampas balik senjata api yang dimiliki Mohd. Sobri bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960.

Katanya, siasatan awal juga mendapati keterangan yang diberikan anggota Rela tersebut mempunyai unsur keraguan.

"Kita merujuk kepada dua laporan polis yang bercanggah dibuat lelaki terbabit. Pada mulanya laporan dibuat mengatakan dia menyangka anjing masuk rumah dan dia terus lepaskan tembakan.

"Laporan kedua pula mengatakan dia tersalah sangka bahawa orang yang masuk rumahnya itu adalah pencuri,'' katanya.

Aik Chang berkata, alasan ahli keluarga mangsa yang diberitahu kepada media bahawa Mohd. Sobri terpaksa melepaskan tembakan kerana geram rumahnya beberapa kali dimasuk pencuri juga tidak begitu kukuh.

"Semakan indeks jenayah yang dibuat mendapati dalam tempoh Januari hingga 13 April lalu hanya ada sembilan kes kecurian berlaku di kawasan itu dan ia melibatkan curi motor.

"Sementara empat lagi kes adalah kecurian kecil dan satu kecurian dalam bangunan kedai. Kes pecah rumah tidak pernah dilaporkan berlaku di situ,'' jelasnya.

Dalam kes berasingan, Aik Chang berkata, polis berjaya menahan 12 wanita warga Thailand berusia antara 30 hingga 45 kerana dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka bekerja di premis rumah urut dalam tempoh Januari hingga semalam.

"Selain itu, kita juga berjaya menahan seramai 71 individu berusia antara 18 hingga 16 tahun kerana terlibat dalam beberapa kesalahan berjudi termasuk nombor ekor haram dalam tempoh tersebut,'' katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka telah dituduh di mahkamah mengikut pelbagai seksyen di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Perlis e-state bangunkan ekonomi berasas pengetahuan

KANGAR 16 April - Kerajaan negeri Perlis akan melaksanakan pelan pembangunan ekonomi dan infrastruktur yang lebih berkesan dalam usaha mengubah negeri ini daripada ekonomi konvensional berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.

Sehubungan itu, Perlis e-state akan diwujudkan yang antara lain melibatkan penyediaan infrastruktur rangkaian jalur lebar (broadband) berkelajuan tinggi selain pembangunan dan penyediaan aplikasi e-kerajaan.

Rangkaian jalur lebar menawarkan penyambungan Internet antara 10Mbps hingga 50Mbps yang dikendalikan oleh VDSL TT Frontiers Sdn. Bhd. yang mendapat tawaran eksklusif.

Menteri Besar, Datuk Dr. Md. Isa Sabu berkata, kewujudan Perlis e-state akan menjadikan negeri ini sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang teknologi maklumat (IT) terutama bagi e-kerajaan.

"Matlamat mewujudkan Perlis e-state ini adalah bagi menjadikan infrastruktur e-kerajaan yang digunakan di negeri ini sebagai pusat kecemerlangan di peringkat nasional dan antarabangsa.

''Kerajaan akan menggunakan kelebihan sumber di sektor swasta selain tanggungjawab sektor awam sendiri," katanya di sini hari ini.

Md. Isa berkata, penyediaan infrastruktur seumpama itu juga menepati kehendak selain mengikut garis panduan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

"Projek permulaan yang akan dijalankan di bawah Perlis e-state termasuk pembangunan modal insan, portal maklumat negeri, pusat khidmat perkongsian, portal pertanian, pengurusan rangkaian bekalan pertanian, hab logistik, pusat data dan pembayaran elektronik.

"Inisiatif ini akan saling menyokong aplikasi e-kerajaan sedia ada dan akan turut membuka peluang pelaburan terutama di sektor teknologi maklumat (IT) dan telekomunikasi di negeri ini," katanya.

Menurut beliau, inisiatif itu juga akan meletakkan negeri Perlis sebagai hab untuk perkhidmatan jalur lebar dan aplikasi e-kerajaan bagi kawasan utara termasuk menyokong Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Syarikat industri IT dan telekomunikasi utama yang bersetuju untuk melabur dan membangun serta menyediakan cadangan pelaksanaan berhubung projek Perlis e-state ialah VDSL TT Frontiers Sdn. Bhd., MCM Technologies Sdn. Bhd., CENS (Singapore) Pte. Ltd., VDSL Network Sdn. Bhd. dan GI Solutions Gateway Sdn. Bhd.

Kerajaan tanggung subsidi minyak RM18 bilion

17/04/2008 6:10pm

CYBERJAYA 17 April - Kerajaan akan menanggung subsidi minyak antara RM18 bilion hingga RM19 bilion tahun ini ekoran kenaikan harga minyak dunia yang melambung tinggi.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, berbanding tahun lalu tanggungan kerajaan adalah sebanyak RM7 bilion hingga RM8 bilion yang mana ia menjadikan harga minyak yang dijual di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau ini.

KDN akan bincang dengan Wisma Putra bantu wanita dijadikan alat sindiket


17/04/2008 5:55pm

KUALA LUMPUR 17 April — Kementerian Dalam Negeri akan berbincang dengan Wisma Putra bagi membantu wanita Malaysia yang ditahan di luar negara kerana terlibat dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata pihaknya akan berhubung dengan Wisma Putra bagi memastikan mereka yang ditahan pihak berkuasa di luar negara dapat dilawati dan dihubungi oleh kedutaan Malaysia di sana.

“Melalui Wisma Putra kita boleh berhubung dengan kedutaan negara-negara yang terlibat untuk melihat keadaan sebenar wanita yang ditahan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang mendakwa 20 wanita Malaysia yang berumur awal 20-an dikurung sindiket dadah di Sepanyol.

14 April 2008

Statut 102

Kertas Statut 102 Tahun 1980
MALAYSIA

DIKEMUKAKAN DALAM DEWAN RAKYAT/DEWAN NEGARA

MENURUT STATUT

AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980

Menurut  seksyen 5 Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, Yang di-Pertuan Agong                            Akta 237 
dengan ini mengarahkan supaya elaun-elaun dan keistimewaan-keistimewaan
bagi Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Rakyat
adalah dinyatakan atas kadar-kadar dan syarat-syarat yang
ditetapkan di bawah ini

1. ELAUN KERAIAN


Elaun ini layak dibayar sebanyak RM5,000 sebulan. ST162/04 mdt 1.10.04

2.
KEDIAMAN RASMI


a) Disediakan rumah Kerajaan dengan penuh kelengkapan dan
diselenggarakan percuma.

b) Jika tidak disediakan rumah Kerajaan, Elaun Rumah layak dibayar
seperti berikut:

(i) jika mendiami rumah sendiri, dibayar Elaun Rumah sebanyak
RM2,000 sebulan;

(ii) jika mendiami rumah yang disewa, dibayar sewa rumah terus
kepada empunya rumah atau kepada Timbalan Yang di-Pertua tetapi
tidak melebihi RM2,000 sebulan.
3.  BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK

Layak dibekalkan dengan percuma bekalan air dan elektrik bagi kediaman rasmi
atau tempat kediaman.

4. TELEFON

a) Bagi Kediaman rasmi/tempat kediaman

(i) Dibekalkan dengan 1 telefon talian terus.

(ii) Bayaran-bayaran pemasangan dan sewa telefon rasmi tersebut
ditanggung oleh Kerajaan.

(iii) Bayaran panggilan telefon ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.

b) Bagi Pejabat di kawasan pilihan raya bagi Ahli Dewan Rakyat atau S7 147/02 mdt. 1.7.02
tempat kediaman asal bagi Ahli Dewan Negara

(i) Dibekalkan dengan satu telefon talian terus.

(ii) Bayaran-bayaran pemasangan dan sewa telefon rasmi tersebut
ditanggung oleh Kerajaan.

(iii) Bayaran panggilan telefon atas urusan rasmi sebagai Ahli Parlimen
ditanggung oleh Kerajaan tertakluk kepada had maksimum sebanyak
RM200 sebulan.

c) Telefon Bimbit S7 147/02 mdt. 1.7.02
                   (i)   Timbalan Yang di-Pertua layak  dibekalkan dengan suatu  telefon bimbit
yang berharga tidak melebihi RM2,000 termasuk aksesori.

(ii) Semua bayaran yang perlu berhubung dengan pembelian, pendaftaran,
laluan, dsb. ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.

(iii) Telefon bimbit itu tidak boleh digantikan lebih awal daripada 3 tahun
dari tarikh pembelian.

(iv) Timbalan Yang di-Pertua bebas untuk mendaftar dengan mana-mana
syarikat telefon/telekomunikasi.

(v) Timbalan Yang di-Pertua layak diberi semua kemudahan asas dan
kemudahan berbayar yang lain yang disediakan oleh syarikat
telefon/telekomunikasi.

(vi) Caj bagi panggilan daripada telefon bimbit yang dilakukan berkenaan
dengan urusan rasmi ditanggung oleh Kerajaan tertakluk kepada
maksimum sebanyak RM400 sebulan.

5. ELAUN HIDUP HARIAN SEMASA BERTUGAS RASMI

a) Elaun ini dibayar atas kadar RM120 bagi tiap-tiap 24 jam atau ST 173/03 mdt. 1.10.2003
sebahagian darinya, sekiranya tugas rasmi tersebut dilakukan
di luar Kuala Lumpur iaitu di luar lingkungan 32 km (20 batu) dari
pejabat tempat bekerja.
        b) Sekiranya tugas rasmi tersebut  dilakukan di luar Malaysia, elaun                        ST 173/03 mdt. 1.10.2003
ini dibayar atas kadar RM200 bagi tiap-tiap 24 jam atau
sebahagian darinya.
6. PERBELANJAAN  MAKAN SEMASA BERTUGAS RASMI                      


a) Perbelanjaan makan yang sebenar disokong dengan resit bagi
sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam layak dituntut
semasa menjalankan tugas rasmi di luar Kuala Lumpur iaitu di luar
lingkungan 32 km (20 batu) dari pejabat tempat bekerja.

b) Jika bertugas rasmi di luar Malaysia, Perbelanjaan Makan yang
sebenar disokong dengan resit layak dituntut bagi sarapan pagi,
makan tengah hari dan makan malam.
7. SEWA HOTEL/ELAUN LOJING SEMASA BERTUGAS RASMI


a) Bayaran Sewa Hotel semasa bertugas rasmi di luar Kuala Lumpur
iaitu di luar lingkungan 32 km (20 batu) dari pejabat tempat bekerja
dan memerlukan bermalam di luar tempat kediaman, adalah atas
perbelanjaan sebenar termasuk bayaran perkhidmatan (service
charge) dan cukai perkhidmatan yang terwajib berkaitan dengan
sewa hotel itu dan hendaklah disokong dengan resit.

b) Bayaran Sewa Hotel semasa bertugas rasmi di luar Malaysia
adalah sebanyak perbelanjaan sebenar dan hendaklah disokong
dengan resit. Bayaran perkhidmatan (service charge), cukai dan
lain-lain bayaran yang diwajibkan ke atas sewa bilik hotel bolehlah
dikira sebagai sebahagian dari kadar bayaran sewa hotel itu.
8. BELANJA  PELBAGAI

Belanja Pelbagai bagi perjalanan semasa menjalankan tugas rasmi layak
dituntut seperti berikut:


a) tambang pengangkutan awam jika tidak menggunakan kereta
rasmi;

b) bayaran telefon dan telegram atas urusan rasmi;

c) belanja dobi yang disokong dengan resit semasa menginap di
hotel;
           d) bayaran cukai lapangan  terbang yang disokong dengan resit; 
           e) bayaran "excess baggage" untuk barang-barang rasmi yang disokong
dengan resit;
            f) bayaran  tempat letak  kereta  dan   bayaran  "toll"  yang  disokong
dengan resit;
           g) 25% dari Perbelanjaan   Makan   bagi    maksud   bayaran   "tips",
"gratuities" atau "porterage"
           h) 3% daripada jumlah tuntutan perjalanan di luar Malaysia sebagai ganti
rugi berkaitan penukaran matawang asing.
9.  KELAYAKAN  PERJALANAN

a) Bagi perjalanan rasmi dengan menaiki kapal terbang, Timbalan
Yang di-Pertua dan juga isteri (jika mendapat kebenaran) layak
dibekalkan tiket kapal terbang kelas satu.

b) Timbalan Yang di-Pertua layak dibekalkan dua Pas Kereta api
Percuma bagi kelas satu termasuk tempat tidur bagi diri sendiri dan
isteri.

c) Bagi perjalanan yang menggunakan feri, keutamaan istimewa
adalah diberi.
10. KERETA RASMI                                                                                                                         ST 102/01 mdt. 1.1.01

Dibekalkan dengan sebuah kereta rasmi jenis Proton Perdana V6 Executive
Standard Edition, yang dilengkapi dengan radio dan pendingin udara.
Kereta yang diperuntukkan ini tidak boleh diganti lebih awal daripada tempoh
tiap-tiap empat tahun.

11. PEMANDU KERETA

a) Elaun Pemandu Kereta ST 102/01 mdt 1.1.01

Timbalan Yang di-Pertua layak dibayar Elaun Pemandu Kereta bulanan
bersamaan dengan gaji dan syarat-syarat perkhidmatan pemandu
kereta Kerajaan bagi seorang pemandu kereta termasuk apa-apa
faedah kewangan seperti yang dibayar atau diberikan kepada pemandu
kereta Kerajaan atau layak dibekalkan dengan seorang pemandu
kereta Parlimen.

b) Elaun bagi membekalkan pakaian seragam

Jika tidak dibekalkan dengan pemandu kereta Parlimen, Timbalan
Yang di-Pertua layak diberi peruntukan bagi tujuan membekalkan
pemandu kereta dengan:

(i) 3 pasang pakaian seragam baju/seluar.

(ii) 2 pasang kasut.

c) Elaun Makan/Elaun Harian bagi pemandu kereta ST 173/2003 Mdt. 1.6.2003

Jika Timbalan Yang di-Pertua menggaji pemandu kereta sendiri bagi
kereta rasmi itu dan menggunakan pemandu kereta itu bagi memandu
kereta rasmi semasa menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya,
Timbalan Yang di-Pertua layak menuntut Elaun Makan atau Elaun Harian
bagi pemandu kereta itu bersamaan dengan Elaun Makan atau Elaun Harian
bagi pemandu kereta Kerajaan mengikut terma-terma dan syarat-syarat
seperti terdapat dalam Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan atau
apa-apa pindaan kepadanya.
          d)  Elaun bagi bayaran sewa hotel / elaun  lojing bagi pemandu kereta                               ST  173/200 MdL 1.6.2003

Jika Timbalan Yang di-Pertua menggaji pemandu kereta sendiri bagi
kereta rasmi itu dan menggunakan pemandu kereta itu bagi memandu
kereta rasmi semasa bermalam menjalankan tugas rasmi di luar Ibu
Pejabatnya, Timbalan Yang di-Pertua layak menuntut Bayaran Sewa
Hotel atau Elaun Lojing bagi pemandu kereta itu bersamaan dengan
Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing bagi pemandu kereta Kerajaan
mengikut terma-terma dan syarat-syarat seperti terdapat dalam Pekeliling
Perbendaharaan yang berkaitan atau apa-apa pindaan kepadanya.

e) Elaun Caruman Syer Majikan kepada KWSP

Elaun Caruman Syer Majikan kepada KWSP bersamaan dengan caruman
bulanan majikan yang telah dibayar oleh Timbalan Yang di-Pertua bagi
faedah pemandu kereta rasminya layak dituntut kembali sebagai
elaun bulanan.

f) Elaun Saguhati Pemandu Kereta Rasmi

Elaun Sagu hati Pemandu Kereta Rasmi layak dibayar kepada Timbalan
Yang di-Pertua bagi faedah pemandu kereta rasminya atas syarat-syarat
dan perkiraan seperti berikut:

(i) pemandu kereta rasmi yang layak ialah yang akhir berkhidmat
dengan Timbalan Yang di-Pertua pada tarikh tamat perkhidmatan
atau kematian Timbalan Yang di-Pertua sewaktu dalam
perkhidmatan;

(ii) banyaknya Elaun Sagu hati Pemandu Kereta Rasmi yang
layak dibayar ialah bersamaan dengan 171/2% daripada elaun
bulanan pemandu kereta rasmi yang akhir dibayar kepada
Timbalan Yang di-Pertua bagi tiap-tiap bulan perkhidmatan
yang tidak terputus oleh pemandu berkenaan;

(iii) caruman syer majikan kepada KWSP serta faedah atasnya
hendaklah ditolak daripada jumlah Elaun Sagu hati Pemandu
Kereta Rasmi itu sebelum bayaran dilakukan;

(iv) Elaun ini adalah layak dibayar kepada Timbalan Yang di-Pertua
selepas tamat perkhidmatannya atau terus kepada pemandu
kereta rasmi berkenaan jika Timbalan Yang di-Pertua telah
meninggal dunia semasa dalam perkhidmatannya.

12. ELAUN PAKAIAN PANAS

Timbalan Yang di-Pertua yang menjalankan tugas rasmi di luar
Malaysia di negara beriklim sederhana adalah layak menuntut Elaun
Pakaian Panas atas kadar RM1.500 sekali dalam tempoh 3 tahun, dengan
syarat tuntutan tersebut dibuat sebelum pergi ke luar Malaysia atau
selewat-lewatnya satu bulan selepas balik ke Malaysia.
    
13. ELAUN PAKAIAN RASMI ISTIADAT

Elaun Pakaian Rasmi istiadat layak dibayar sebanyak RM 1,000 sekali
dalam tempoh 3 tahun.

14. SURAT-MENYURAT

Layak menghantar surat atas urusan rasmi sebagai Ahli Parlimen secara
percuma di dalam Malaysia menurut peraturan seperti ditetapkan oleh
Jawatankuasa Dewan Parlimen.

15. WARTA KERAJAAN

Dibekalkan percuma di pejabat Kawasan Pilihan raya bagi Ahli Dewan
Rakyat atau tempat kediaman bagi Ahli Dewan Negara satu naskhah
Warta Kerajaan Persekutuan bagi tiap-tiap keluaran semasa.

16. LENCANA KERETA

Satu lencana kereta percuma layak dibekalkan untuk digunakan menurut
arahan Jawatankuasa Dewan Parlimen.

17. LESEN PERCUMA SENJATA API

Lesen percuma bagi satu senjata api yang didaftarkan atas nama sendiri
adalah dibekalkan.

18. LESEN PERCUMA KERETA MOTOR

Satu lesen percuma kereta motor layak dibekalkan bagi sebuah kereta
yang didaftarkan atas nama sendiri.

19. KAD AHLI PARLIMEN

Satu kad Ahli Parlimen percuma yang ditandatangani sendiri oleh Yang
di-Pertua Dewan Negara atau Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang mana
berkenaan, layak di bekal untuk digunakan menurut arahan Jawatankuasa
Dewan Parlimen.

20. CUTI REHAT

Bagi setahun perkhidmatan, Timbalan Yang di-Pertua layak mendapat cuti
rehat sebanyak 30 hari tidak termasuk hari-hari kelepasan mingguan atau
hari cuti am. Dengan kebenaran Yang di-Pertua Dewan yang berkenaan,
baki cuti rehat boleh dibawa ke tahun berikutnya dengan syarat jumlahnya
bagi sesuatu tahun berkenaan menjadi tidak melebihi kelayakan cuti
bagi 2 tahun.
        
21. KEMUDAHAN PERUBATAN
         a)  Diberi   kemudahan    rawatan   dan   perubatan    secara   percuma,
dikecualikan daripada bayaran wad di hospital-hospital serta klinik-
klinik Kerajaan dan berkelayakan mendapat tempat di dalam wad
kelas satu bilik khas (jika ada kosong); melainkan di dalam
keadaan kecemasan di mana Timbalan Yang di-Pertua itu terpaksa
mendapatkan rawatan dan perubatan di sesuatu hospital atau klinik
swasta (tetapi tidak termasuk rawatan pergigian), bayaran
mengenainya serta bayaran wad akan dibayar balik oleh Kerajaan.
         b)  Ketika  berada di luar Malaysia semasa menjalankan tugas rasmi,
Kerajaan akan membayar balik sepenuhnya bayaran rawatan dan
perubatan termasuk bayaran wad di hospital tetapi tidak termasuk
rawatan pergigian.
         c)  Timbalan  Yang di-Pertua yang memerlukan rawatan khas di luar
Malaysia layak mendapat kemudahan atas syarat-syarat yang
sama seperti dinikmati oleh pegawai Kerajaan.
         d)  Kemudahan  perubatan    ini  dipanjangkan  juga    kepada  keluarga
Timbalan Yang di-Pertua. Bagi maksud ini keluarga bermakna:
              (a)  isteri  atau suami; 
              (b)  anak  yang ditanggung sepenuhnya oleh Timbalan Yang di-
Pertua dan berumur di bawah 21 tahun kecuali anak-anak
yang daif dtsebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani
yang mana had umur ini tidak dipakai.
22. PINJAMAN KERETA
         a)  Timbalan    Yang    di-Pertua   layak    memohon     pinjaman   kereta                             ST 173/2003 mdt. 1.10.2003
sehingga maksimum RM100,000 bagi pembelian kereta nasional
atau RM60,000 bagi pembelian kereta lain daripada kereta
nasional untuk sekali dalam tempoh 4 tahun dengan dikenakan
bayaran perkhidmatan 4% setahun yang dikira atas baki bulanan
yang belum selesai.
         b)  Pinjaman   dan    bayaran   perkhidmatan   hendaklah    dibayar  balik
dengan bayaran yang sama banyak jumlahnya pada tiap-tiap bulan
dalam masa tidak melebihi 60 bulan bagi sebuah kereta yang baru
dan 48 bulan bagi kereta yang sudah dipakai atau sebelum tamat
tempoh perkhidmatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua.
         c ) Syarat dan peraturan lain  mengenai pinjaman kereta bagi Timbalan
Yang di-Pertua adalah seperti ditetapkan oleh Jawatankuasa
Dewan Parlimen.

23. PINJAMAN PERUMAHAN ST 147/02 mdt. 1.7.02

a) Timbalan Yang di-Pertua layak memohon pinjaman perumahan sehingga ST 173/2003 mdt.1.10.2003
maksimum RM400,000 bagi maksud-maksud seperti berikut:

(i) membeli tanah dan rumah yang telah siap dibina;

(ii) membina rumah di atas tanah sendiri;

(iii) membeli tanah dan terus membina rumah;

(iv) menyelesaikan pinjaman wang perumahan atau baki pinjaman
yang diambil dari bank aiau punca-punca lain yang disahkan oleh
Kerajaan;

(v) membeli tanah sabaja dengan syarat kadar pinjaman adalah
separuh daripada kelayakannya. Baki pinjaman layak diberi
apabila hendak mendirikan rumah atas tanah itu.

b) Pinjaman perumahan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 4%
setahun yang dikira atas baki bulanan yang belum selesai.

c ) Tempoh pembayaran balik adalah seperti berikut:

(i) bagi jenis pinjaman tersebut di (a) (i), (ii), (iii) dan (iv). tempoh
pembayaran balik adalah tidak melebihi 25 tahun;

(ii) bagi membeli tanah sahaja, tempoh pembayaran balik
adalah tidak melebihi 12 tahun.
         d)  Pinjaman  perumahan adalah juga bagi memperbaiki rumah dan
kelengkapan rumah yang dipasang tetap.
         e)  Syarat-syarat    dan      peraturan-peraturan     mengenai      pinjaman
perumahan adalah seperti dalam Pekeliiing Perbendaharaan Bil.
5/1980.
24. PERBELANJAAN MENGENAI MEMEGANG/MELEPASKAN JAWATAN

Apabila Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara atau Timbalan
Yang di-Pertua Dewan Rakyat mula memegang jawatan ataupun semasa
melepaskan jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara atau
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, perbelanjaan-perbelanjaan layak
dituntut seperti berikut;
           a)  Tambang  kapal terbang Kelas satu dari tempat mastautinnya ke
Kuala Lumpur (apabila mula memegang jawatan) dan dari Kuala
Lumpur ke tempat mastautinnya (apabila melepaskan jawatan)
bagi diri dan isterinya. Bagi anak-anak dan orang gaji yang
diperlukannya layak menuntut tambang kapa! terbang kelas
ekonomi, atau perbelanjaan pengangkutan awam atas kadar
sebenar.
           b)  Perbelanjaan  pengangkutan dan bungkus membungkus termasuk
upah buruh, bayaran stor, insurans dan apa-apa perbelanjaan lain
yang perlu ditanggungnya untuk mengemas dan menjaga
keselamatan barang-barangnya layak dituntut atas kadar sebenar.
           c)  Layak   menuntut    atas   kadar   sebenar    tambang   pengangkutan
kerana membawa kenderaan kepunyaannya sendiri dan tempat
mastautinnya ke Kuala Lumpur apabila mula dilantik atau dari
Kuala Lumpur ke tempat mastautinnya apabila melepaskan
jawatan.
           d)  Layak  menuntut Perbelanjaan Makan dan Sewa Hotel atas kadar
sebenar bagi dirinya, keluarga dan orang gajinya sebelum berlepas
ke Kuala Lumpur dan sesudah sampai di Kuala Lumpur dan
sebaliknya apabila melepaskan jawatan. Dengan syarat bagi
tempoh menginap di hotel, Elaun Rumah tidak akan dibayar.
25A. ELAUN PEMBANTU RUMAH

Elaun yang layak dibayar ialah RM1,000 sebulan. ST 147/02 mdt. 1.7.02
25B. ELAUN  MENYELENGGARA RUMAH

Timbalan Yang di-Pertua layak dibayar e!aun menyelenggara rumah
sebanyak RM3,000 setahun.

25C. PINJAMAN KOMPUTER

Timbalan Yang di-Pertua layak diberi pinjaman komputer mengikut
amaun terma-terma dan syarat-syarat yang terdapat dalam Pekeliling/Surat
Pekeliling Perbendaharaan mengenai Pinjaman Membeli Komputer bagi
anggota perkhidmatan awam.

25D. KEMUDAHAN CUTI SEBERANG LAUT

a) Timbalan Yang di-Pertua layak mendapat tambang untuk
percutian di seberang laut sekali dalam tiap-tiap tahun, iaitu 2
tambang kapal terbang kelas satu bagi Timbalan Yang di-Pertua
dan isteri/suami dan kelas ekonomi untuk 3 orang anak dalam
tanggungan iaitu yang berumur kurang daripada 21 tahun tetapi
kemudahan itu tidak boleh melebihi tambang bagi perjalanan
pergi balik di antara Kuala Lumpur dan London.
          b) Timbalan  Yang   di-Pertua  boleh  dibayar   RM300  sehari  bagi
penginapan, tanpa bukti resit bagi percutian di seberang laut.
Jika menginap di rumah tetamu Kerajaan, elaun ini tidak layak
dibayar.
           c) Kemudahan  ini   diberikan   selepas  satu   tahun   perkhidmatan
sebagai Timbalan Yang di-Pertua.

25E. KEMUDAHAN MERAIKAN PELAWAT ST 147/02 mdt. 1.7.02

Apabila meraikan pelawat, Timbalan Yang di-Pertua layak diberi
kemudahan atas kadar-kadar dan syarat-syarat seperti yang berikut:

a) Makan Tengah Hari ST173/2003 mdt.1.10.2003

Tidak melebihi RM50 bagi seorang pelawat termasuk kos minuman.

b) Makan Malam ST 173/2003 mdt.1.10.2003

Tidak melebihi RM65 bagi seorang pelawat termasuk kos minuman.

c) Bayaran Perkhidmatan

Bayaran perkhidmatan dan cukai yang dikenakan, dan bayaran-bayaran
lain yang dikenakan berhubung dengan subperenggan (a) dan (b) boleh
dikira sebagai tambahan kepada kadar maksimum.

d) "pelawat" ertinya orang kenamaan atau rombongan rasmi dari
luar atau dalam Malaysia yang dikehendaki untuk diraikan
secara rasmi berhubung dengan urusan Kerajaan.

Statut 95

Kertas Statut 95 Tahun 1980
MALAYSIA

DIKEMUKAKAN DALAM DEWAN RAKYAT/DEWAN NEGARA

MENURUT STATUT

AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980

                     
MENURUT Seksyen 5 Akta Ahli Parlimen (Saraan 1980. Yang di-Pertuan Agong Akta 237
dengan ini mengarahkan supaya elaun-elaun dan keistimewaan-keistimewaan
bagi Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah
dinyatakan atas kadar-kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah ini;

1. ELAUN KERAIAN

Elaun ini layak dibayar sebanyak RM7,000 sebulan ST161/04 mdt 1.10.04

2.
KEDIAMAN RASMI


a) Disediakan rumah Kerajaan dengan penuh kelengkapan dan
diselenggarakan percuma.
b) Jika tidak disediakan rumah Kerajaan. Elaun Rumah layak dibayar
seperti berikut:

(i) jika mendiami rumah sendiri, dibayar Elaun Rumah sebanyak
RM3,000 sebulan;
(ii) jika mendiami rumah yang disewa, dibayar sewa rumah terus
kepada empunya rumah atau kepada Yang di-Pertua tetapi
tidak melebihi RM3,000 sebulan.

3. ELAUN PEMBANTU RUMAH

Layak dibayar elaun pembantu rumah secara bulanan sebanyak RM2,000 atau
dibekalkan dengan 4 orang pembantu rumah termasuk seorang tukang kebun.

4. BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK

Layak dibekalkan dengan percuma bekalan air dan elektrik bagi kediaman
rasmi atau tempat kediaman.

5. TELEFON

a) (i) Bagi Kediaman rasmi/tempat kediaman

(ii) Bayaran-bayaran pemasangan dan sewa telefon rasmi tersebut
ditanggung oleh Kerajaan.

(iii) Bayaran panggilan telefon ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.

b) Bagi Pejabat di Kawasan Pilihan raya bagi Ahli Dewan Rakyat atau tempat
kediaman asal bagi Ahli Dewan Negara.

(i) Dibekalkan dengan satu telefon talian terus.

(ii) Bayaran-bayaran pemasangan dan sewa telefon rasmi tersebut
ditanggung oleh Kerajaan,

(iii) Bayaran panggilan telefon atas urusan rasmi sebagai Ahli Parlimen
ditanggung oleh Kerajaan tertakluk kepada had maksimum
sebanyak RM200 sebulan.

c) Telefon Bimbit ST 101/01 mdt. 1.1.01

(i) Yang di-Pertua layak dibekalkan dengan suatu telefon bimbit yang
berharga tidak melebihi RM2,000 termasuk aksesori.

(ii)Semua bayaran yang perlu berhubung dengan pembelian,
pendaftaran, laluan, dsb. Ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.

(iii)Telefon bimbit itu tidak boleh digantikan lebih awal daripada 3 tahun
dari tarikh pembelian.

(iv)Yang di-Pertua bebas untuk mendaftar dengan mana-mana syarikat
telefon/telekomunikasi.

(v) Yang di-Pertua layak diberi semua kemudahan asas dan kemudahan
berbayar yang lain yang disediakan oleh syarikat telefon/telekomunikasi.

(vii) Caj bagi panggilan daripada telefon bimbit yang dilakukan
berkenaan dengan urusan rasmi ditanggung oleh Kerajaan, tertakluk
kepada maksimum sebanyak RM500 sebulan.
6. ELAUN HIDUP HARIAN SEMASA BERTUGAS RASMI

a) Elaun ini dibayar atas kadar RM175 bagi tiap-tiap 24 jam atau sebahagian
darinya, sekiranya tugas rasmi tersebut dilakukan di luar Kuala Lumpur iaitu
di luar lingkungan 32 km (20 batu dari pejabat tempat bekerja). ST 172/2003 mdt.1.10.20O3
      b) Sekiranya tugas  rasmi tersebut dilakukan di luar Malaysia, elaun ini dibayar 
atas kadar RM300 bagi tiap-tiap 24 jam atau sebahagian darinya.


7. PERBELANJAAN MAKAN SEMASA BERTUGAS RASMI

a) Perbelanjaan Makan yang sebenar disokong dengan resit layak dituntut
semasa menjalankan tugas rasmi di luar Kuala Lumpur iaitu di luar lingkungan
32 km (20 batu) dari pejabat tempat bekerja.


b) Jika bertugas rasmi di luar Malaysia, Perbelanjaan Makan yang sebenar
disokong dengan resit layak dituntut.

8. SEWA HOTEL/ELAUN LOJING SEMASA BERTUGAS RASMI

a) Bayaran Sewa Hotel semasa bertugas rasmi di luar Kuala Lumpur iaitu di luar
lingkungan 32 km (20 batu) dari pejabat tempat bekerja dan memerlukan
bermalam di luar tempat kediaman, adalah atas perbelanjaan sebenar
termasuk bayaran perkhidmatan (service charge) dan cukai perkhidmatan
yang terwajib berkaitan dengan sewa hotel itu dan hendaklah disokong
dengan resit.

b) Bayaran Sewa Hotel semasa bertugas rasmi di luar Malaysia adalah
sebanyak perbelanjaan sebenar dan hendaklah disokong dengan resit. Bayaran
perkhidmatan (service charge), cukai dan lain-lain bolehlah dikira sebagai
sebahagian dari kadar bayaran sewa hotel itu.
9. BELANJA PELBAGAI

Belanja Pelbagai bagi perjalanan semasa menjalankan tugas rasmi layak
dituntut seperti berikut:

a) tambang pengangkutan awam jika tidak menggunakan kereta rasmi;

b) bayaran telefon dan telegram atas urusan rasmi;

c) belanja dobi yang disokong dengan resit semasa menginap di hotel;

d) bayaran cukai lapangan terbang yang disokong dengan resit;

e) bayaran "excess baggage" untuk barang-barang rasmi yang disokong
denqan resit:

f) bayaran tempat letak kereta dan bayaran "toll" yang disokong
dengan resit;

g) 3% daripada jumlah tuntutan perjalanan di luar Malaysia sebagai ganti
rugi berkaitan penukaran mata wang asing.

10. BAYARAN "TIPS" SEMASA BERTUGAS RASMI DI LUAR MALAYSIA

Bayaran bagi perbelanjaaan "tips" semasa bertugas rasmi di luar Malaysia
layak dituntut sebanyak seperti berikut:

a) tidak melebihi RM200 sehari; atau
b) jika tinggal di rumah kediaman rasmi yang disediakan
oleh negara yang menjadi tuan rumah, sebanyak
perbelanjaan "tips" yang sebenar dibayarkan.
11. KELAYAKAN PERJALANAN                       

a) Bagi perjalanan rasmi dengan menaiki kapal terbang,
Yang di-Pertua dan juga isteri (jika mendapat
kebenaran) layak dibekalkan tiket kapal terbang kelas satu.

b) Yang di-Pertua layak dibekalkan dua Pas Keretapi Percuma bagi
kelas satu termasuk tempat tidur bagi diri sendiri dan isteri.

c) Bagi perjalanan yang menggunakan feri, keutamaan istimewa
adalah diberi.

12. KERETA RASMI

a) Kereta rasmi, jenis Proton Perdana V6 Executive ST. 101/01 mdt. 1.1.01
Standard Edition, yang dilengkapi dengan radio dan pendingin
udara, hendaklah dibekalkan. Kereta rasmi yang dibekalkan ini
tidak boleh digantikan lebih awal daripada sekali dalam tiap-tiap
empat tahun.

b) Yang di-Pertua diberi keistimewaan, sekali dalam perkhidmatannya
dengan Kerajaan, untuk membeli kereta yang pernah digunakannya
sebagai kereta rasmi mengikut terma-terma dan syarat-syarat yang
ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Kereta itu hanya boleh dibeli
pada masa Yang di-Pertua menamatkan perkhidmatannya.

13. PEMANDU KERETA

a) Elaun Pemandu Kereta

Yang di-Pertua layak dibayar Elaun Pemandu Kereta Bulanan ST. 101/01 mdt. 1.1.01
bersamaan dengan gaji dan syarat-syarat
perkhidmatan pemandu
kereta Kerajaan bagi seorang pemandu kereta termasuk apa-apa
faedah kewangan seperti yang dibayar atau diberikan kepada
pemandu kereta Kerajaan atau layak dibekalkan dengan seorang
pemandu kereta Parlimen.

b) Elaun bagi membekalkan pakaian seragam

Jika tidak dibekalkan dengan pemandu kereta Parlimen, Yang di-Pertua
layak diberi peruntukan bagi tujuan membekalkan pemandu kereta
dengan:

(i) 3 pasang pakaian seragam baju/seluar;
(ii) 2 pasang kasut.

c) Elaun Makan/ Elaun Harian bagi pemandu kereta ST.172/2003 mdt.1.6.2003

Jika Yang di-Pertua menggaji pemandu kereta sendiri bagi kereta rasmi
itu dan menggunakan pemandu kereta itu bagi memandu kereta rasmi
semasa menjalankan tugas rasmi di luar pejabat tempat bekerja, Yang
di-Pertua layak menuntut Elaun Makan atau Elaun Harian bagi pemandu
kereta itu bersamaan dengan Elaun Makan atau Elaun Harian bagi
pemandu kereta Kerajaan mengikut terma-terma dan syarat-syarat
seperti yang terdapat dalam Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan
atau apa-apa pindaan kepadanya.
     d) Elaun bagi bayaran  Sewa Hotel/Elaun Lojing bagi pemandu  kereta                              ST.172/2003 mdt.1.6.2003

Jika Yang di-Pertua menggaji pemandu kereta sendiri bagi kereta
rasmi itu dan menggunakan pemandu kereta itu bagi memandu
kereta rasmi semasa bermalam menjalankan tugas rasmi di luar
pejabat tempat bekerja, Yang di-Pertua layak menuntut Bayaran
Sewa Hotel atau Elaun Lojing bagi pemandu kereta itu bersamaan
dengan Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing bagi pemandu kereta
Kerajaan mengikut terma-terma dan syarat-syarat seperti yang terdapat
dalam Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan atau apa-apa pindaan
kepadanya.

e) Elaun Caruman Syer Majikan kepada K.W.S.P.

Elaun Caruman Syer Majikan kepada K.W.S.
P. bersamaan dengan
caruman bulanan majikan yang telah dibayar oleh Yang di-Pertua bagi
faedah pemandu kereta rasminya layak dituntut kembali sebagai
elaun bulanan.
      f) Elaun Sagu hati Pemandu Kereta Rasmi.


Elaun Sagu hati Pemandu kereta Rasmi layak dibayar kepada
Yang di-Pertua bagi faedah pemandu kereta rasminya atas syarat-syarat
dan perkiraan seperti berikut:


(i) pemandu kereta rasmi yang layak ialah yang akhir berkhidrnat
dengan Yang di-Pertua pada tarikh tamat perkhidmatan atau
kematian Yang di-Pertua sewaktu dalam perkhidmatan;

(ii) banyaknya Elaun Sagu hati Pemandu Kereta Rasmi Yang layak
dibayar ialah bersamaan dengan 17 1/2% daripada elaun
bulanan pemandu kereta rasmi yang akhir dibayar kepada
Yang di-Pertua bagi tiap-tiap bulan perkhidmatan yang tidak
terputus oleh pemandu berkenaan;

(iii) caruman syer majikan kepada K.W.S.P. serta faedah atasnya
hendaklah ditolak daripada jumlah Elaun Sagu hati Pemandu
Kereta Rasmi itu sebelum bayaran dilakukan;

(iv) Elaun ini adalah layak dibayar kepada Yang di-Pertua selepas
tamat perkhidmatannya atau terus kepada pemandu kereta
rasmi berkenaan jika Yang di-pertua telah meninggalkan dunia
semasa dalam perkhidmatannya.

14. ELAUN PAKAIAN PANAS

Yang di-Pertua yang menjalankan tugas rasmi di luar Malaysia di negara
beriklim sederhana adalah layak menuntut Elaun Pakaian Panas atas
kadar RM 2,000 sekali dalam tempoh 3 tahun, dengan syarat tuntutan
tersebut dibuat sebelum pergi ke luar Malaysia atau selewat-lewatnya
satu bulan selepas balik ke Malaysia.

15. ELAUN PAKAIAN RASMI ISTIADAT

Elaun Pakaian Rasmi Istiadat layak dibayar sebanyak RM1,000
sekali dalam tempoh 3 tahun.

16.KEMUDAHAN MERAIKAN PELAWAT


Yang di-Pertua diberi kernudahan meraikan pelawat atas kadar-kadar
dan syarat-syarat seperti berikut;

a) Bagi Makan Tengahari ST.172/2003 mdt.1.10.2003

Tidak melebihi RM 65 bagi seorang pelawat termasuk kos minuman.

b) Bagi Makan Malam ST.172/2003 mdt.1.10.2003

Tidak melebihi RM90 bagi seorang pelawat termasuk kos minuman

c) Bayaran perkhidmatan (service charge) cukai dan lain-lain bayaran
yang diwajibkan berhubung dengan perenggan kecil (a) (b) di atas
bolehlah dikira sebagai tambahan kepada kadar maksimum.

d) Erti kata "pelawat" ialah orang-orang kenamaan atau rombongan
rasmi baik dari luar Malaysia ataupun dalam negeri yang diakui
terwajib diraikan secara rasmi berkaitan dengan urusan Kerajaan.
17. SURAT-MENYURAT

Layak menghantar surat atas urusan rasmi sebagai Ahli Parlimen secara
percuma di dalam Malaysia menurut peraturan seperti ditetapkan oleh
Jawatankuasa Dewan Parlimen.

18. WARTA KERAJAAN

Dibekalkan percuma di pejabat Kawasan Pilihan raya bagi Ahli Dewan Rakyat
atau tempat kediaman bagi Ahli Dewan Negara satu naskhah Warta Kerajaan
Persekutuan bagi tiap-tiap keluaran semasa.

19. LENCANA KERETA

Satu lencana kereta percuma layak dibekalkan untuk digunakan menurut
arahan Jawatankuasa Dewan Parlimen.

20. LESEN PERCUMA SENJATA API

Lesen percuma bagi satu senjata api yang didaftarkan atas nama sendiri
adalah dibekalkan.

21. LESEN PERCUMA KERETA MOTOR

Satu lesen percuma kereta bermotor layak dibekalkan bagi sebuah kereta
yang didaftarkan atas nama sendiri.

22. KAD YANG DI-PERTUA

Satu Kad Yang di-Pertua percuma layak dibekalkan untuk digunakan menurut
arahan Jawatankuasa Dewan Parlimen.

23. CUTI REHAT


Bagi setahun perkhidmatan, Yang di-Pertua layak mendapat
cuti rehat sebanyak 30 hari tidak termasuk hari-hari
kelepasan mingguan atau hari cuti am. Dengan kebenaran Perdana Menteri,
baki cuti rehat boleh dibawa ke tahun berikutnya dengan syarat jumlahnya
bagi sesuatu tahun berkenaan menjadi tidak melebihi kelayakan cuti bagi
2 tahun.

23A. KEMUDAHAN CUTI LAUT REHAT DI SEBERANG

a) Yang di-Pertua layak mendapat kemudahan tambang berbayar untuk
bercuti rehat di seberang laut sekali dalam tiap-tiap tahun, iaitu ST 30/97 mdt 1.1.1996
tambang kapal terbang kelas satu untuk 2 orang dan kelas ekonomi
untuk 3 orang anak tanggungan tetapi kemudahan itu tidak boleh
melebihi tambang bagi perjalanan pergi balik di antara Kuala Lumpur
dan London.

b) Yang di-Pertua boleh dibayar sebanyak RM 600 sehari bagi bayaran
penginapan, tanpa bukti resit, bagi cuti rehat di seberang laut.

c) Kemudahan ini hendaklah diberikan setelah perkhidmatan
Yang di-Pertua genap setahun.

24. KEMUDAHAN PERUBATAN


a) Diberi kemudahan rawatan dan perubatan secara percuma,
dikecualikan daripada bayaran wad di hospital-hospital serta
klinik-klinik Kerajaan dan berkelayakan mendapat tempat di dalam
wad kelas satu bilik khas (jika ada kosong); melainkan di dalam
keadaan kecemasan di mana Yang di-Pertua itu terpaksa
mendapatkan rawatan dan perubatan di sesuatu hospital atau
klinik swasta (tetapi tidak termasuk rawatan pergigian), bayaran
mengenainya serta bayaran wad akan dibayar balik oleh Kerajaan.

b) Ketika berada di luar Malaysia semasa menjalankan tugas rasmi,
Kerajaan akan membayar balik sepenuhnya bayaran rawatan dan
perubatan termasuk bayaran wad di hospital tetapi tidak termasuk
rawatan pergigian.

c) Yang di-Pertua yang memerlukan rawatan khas di luar Malaysia layak
mendapat kemudahan atas syarat-syarat yang sama seperti dinikmati
oleh pegawai Kerajaan.

d) Kemudahan perubatan ini dipanjangkan juga kepada keluarga Yang
di-Pertua. Bagi maksud ini keluarga bermakna:

(a) isteri atau suami;
                          (b) anak yang  ditanggung sepenuhnya oleh Yang di-Pertua
dan berumur di bawah 21 tahun kecuali anak-anak yang
daif disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani yang
mana had umur ini tidak dipakai.


25. PINJAMAN KERETA ST.17 2/2003 mdt.1.10.2003

a) Yang di-Pertua layak memohon pinjaman kereta sehingga maksimum
RM100,000 bagi pembelian kereta nasional atau RM60,000.00 bagi
pembelian kereta lain daripada kereta nasional untuk sekali dalam
tempoh 5 tahun dengan dikenakan bayaran perkhidmatan 4% setahun
yang dikira atas baki bulanan yang belum selesai.

b) pinjaman dan bayaran perkhidmatan hendaklah dibayar balik dengan
bayaran yang sama banyak jumlahnya pada tiap-tiap bulan dalam
masa tidak melebihi 60 bulan bagi sebuah kereta yang baru dan
bulan bagi kereta yang sudah dipakai atau sebelum tamat tempoh
perkhidmatan sebagai Yang di-Pertua.

c) Syarat-syarat dan peraturan-peraturan lain mengenai pinjaman kereta
bagi Yang di-Pertua adalah seperti ditetapkan oleh Jawatankuasa
Dewan Parlimen.
26. PINJAMAN PERUMAHAN
   a) Yang di-Pertua layak  memohon pinjaman perumahan sehingga                                ST.172/2003mdt.1,10.2003  
maksimum RM400,000 bagi maksud- maksud seperti berikut:
                  (i) membeli tanah dan rumah yang telah siap dibina;


(ii) membina rumah di atas tanah sendiri;


(iii) membeli tanah dan terus membina rumah;


(iv) menyelesaikan pinjaman wang perumahan atau baki pinjaman
yang diambil dari bank atau punca-punca lain yang disahkan
oleh Kerajaan;


(v) membeli tanah sahaja dengan syarat kadar pinjaman adalah
separuh daripada kelayakannya. Baki pinjaman layak diberi
apabila hendak mendirikan rumah atas tanah itu.

b) Pinjaman perumahan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 4%
setahun yang dikira atas baki bulanan yang belum selesai.
     c) Tempoh pembayaran balik adalah seperti berikut:


(i) bagi jenis pinjaman tersebut di (a) (i), (ii), (iii) dan (iv), tempoh
pembayaran balik adalah tidak melebihi 25 tahun;

(iii) bagi membeli tanah sahaja, tempoh pembayaran balik adalah
tidak melebihi 12 tahun.

d) Pinjaman perumahan adalah juga bagi memperbaiki rumah dan
kelengkapan rumah yang dipasang tetap.

e) Syarat-syarat dan peraturan-peraturan mengenai pinjaman perumahan
adalah seperti dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5/1980.

27. PERBELANJAAN MENGENAI MEMEGANG/
MELEPASKAN JAWATAN.

Apabila Yang di-Pertua Dewan Negara atau Yang di-Pertua Dewan Rakyat
mula memegang jawatan ataupun semasa melepaskan jawatan sebagai
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, perbelanjaan-perbelanjaan layak dituntut
seperti berikut:

a) Tambang kapal terbang Kelas satu dari tempat mastautinnya ke Kuala Lumpur
(apabila mula memegang jawatan) dan dari Kuala Lumpur ke tempat
mastautinnya (apabila melepaskan jawatan) bagi diri dan isterinya. Bagi
anak-anak dan orang gaji yang diperlukannya layak menuntut tambang kapal
terbang kelas ekonomi, atau perbelanjaan pengangkutan awam atas
kadar sebenar.
     b) Perbelanjaan pengangkutan dan bungkus membungkus  termasuk upah  
buruh, bayaran stor, insurans dan apa-apa perbelanjaan lain yang perlu
ditanggungnya untuk mengemas dan menjaga keselamatan barang-
barangnya layak dituntut atas kadar sebenar.
     c) Layak menuntut atas kadar sebenar tambang pengangkutan kerana
membawa kenderaan kepunyaannya sendiri dari tempat mastautinnya
ke Kuala Lumpur apabila mula dilantik atau dari Kuala Lumpur ke tempat
mastautinnya apabila melepaskan jawatan.
     d) Layak menuntut Perbelanjaan Makan dan Sewa Hotel atas  kadar sebenar
bagi dirinya, keluarga dan orang gajinya sebelum berlepas ke Kuala Lumpur
dan sesudah sampai di Kuala Lumpur dan sebaliknya apabila melepaskan
jawatan. Dengan syarat bagi tempoh menginap di hotel, Elaun Rumah
tidak akan dibayar.

27A. PINJAMAN KOMPUTER ST. 101/01 mdt. 1.1.01

Yang di-Pertua layak diberi pinjaman komputer mengikut amaun,
terma-terma dan syarat-syarat yang terdapat dalam Pekeliling/Surat
Pekeliling Perbendaharaan mengenai Pinjaman Membeli Komputer bagi
anggota perkhidmatan awam.